6.12.2015

, , ,

GIGI PALSU


Hari ini secara rasminya, suami saya pakai gigi palsu. Baru 34 tahun ye, belum masuk kategori atok-atok lagi, tapi bab gigi, dah sama dah. Kalau dulu, asal gigi palsu aje, kale emas tu kan? Terbayang gak suami saya pakai gigi emas tu kan? Tapi tak terjadi pun. 

Akibat gigi gerahamnya yang sakit, doktor buat keputusan cabut terus gigi. Maka, dengan ruang gigi geraham yang besar itu digantilah dengan gigi palsu. 

Kalau tak ganti dengan gigi palsu, ruang gusi yang kosong tu, mudah dimasuki dengan sisa-sisa makanan yang dimakan. Kesian juga kalau terselit daging ke, ikan ke, lagi parah kalau tulang tercucuk kat situ. Berperanglah dia nak keluarkan tulang yang besarnya, alahai.... jarum peniti tudung saya tu. Mata manalah yang boleh nampak? 


gigi palsu, leamustafa.com, lea mustafa, polident, gigi buat, putrajaya

Inilah rupa gigi palsu suami saya. Kata doktor, ini untuk sementara sahaja sebelum nak tanam gigi baru. Maka, inilah gigi ekspress suami saya. heheheh. Dapat bayangkan macam mana tak selesanya bila kene pakai gigi. Nampak tak gigi suami saya tu? Cangkuk besi tu nak letak pada gigi sebelah supaya gigi palsu tu dapat duduk elok aje. Korang nampak tak gusi palsu tu? Sedikit buat Abe tak selesa. Memula aje, nanti lama sikit ok dah tu. 

Benda pertama saya cakap ialah, "Sayang, you dengan atok-atok kat luar tu dah setaraf". Hamik aku gelak tak hengat dunia. Takpe, lepas raya nanti, nak mula dengan proses tanam gigi kan? Lepas dapat gigi baru, Abe bawa keluar pack POLIDENT. Tengok, POLIDENT pun disyorkan oleh para doktor. Hahahha. Teringat Kilauan Emas. Hospital bagi sampel aje ye. Pasni, kene beli sendiri. 


gigi palsu, leamustafa.com, lea mustafa, polident, gigi buat, putrajaya

Sedikit tentang  POLIDENT. Polident ialah pembersih gigi palsu dalam bentuk tablet. Dan ini merupakan cara terbersih untuk membersihkan gigi palsu ketika ia berada diluar mulut. 


gigi palsu, leamustafa.com, lea mustafa, polident, gigi buat, putrajaya

Setiap hari, sebelum tidur kene buat rutin ini. Pertama, basuh dulu gigi palsu. Kedua, rendam dalam bekas yang disediakan. 



gigi palsu, leamustafa.com, lea mustafa, polident, gigi buat, putrajaya

Ketiga, ambil satu tablet Polident dan masukkan ke dalam bekas gigi plasu. 

gigi palsu, leamustafa.com, lea mustafa, polident, gigi buat, putrajaya

Tengok tu, berbuih-buih. Kelima , tutup bekas. Biarkan semalaman. Sebenarnya, gigi suami saya cantik lagi dari gigi saya. Gigi saya tak rata. Bila tak rata, gigi kadang-kadang rasa macam nak tertanggal aje. Saya masih lagi membuat survey kalau-kalau ada hospital yang sesuai dengan bajet saya. Ini kene buat baudget perancangan 2016. 

Sambil menulis ni pun saya tersenyum. Suami saya pakai gigi palsu? Memang tak caya, tapi itulah kebenarannya. Segala nikmat Allah S.W.T yang kita masih ada, gunakan dan peliharalah sebaik mungkin. Sebab bila tak ada, akan rasa rindu yang amat sangat. Dan jangan tak tahu suami saya masih lagi simpan gigi geraham yang dicabut tempoh hari. Khazanah terbaik. 

Babai. 

0 comments:

Post a Comment