JAGA AURAT


Assalamualaikum dan selamat pagi

Bulan Jun telah tiba. Sudah separuh tahun 2015. Semoga segala yang terbaik dalam hidup telah kita laksanakan. Jika belum, selagi kita masih bernyawa, kita masih ada masa. Selagi kita masih bernyawa, Allah SWT memberikan kita ruang dan peluang untuk diri kita bermuhasabah diri. 

Sedikit azam saya untuk dikongsikan bersama ialah untuk menjaga aurat dengan sempurna untuk suami saya tercinta. Mungkin sebelum ini, sedikit luwes tentang aurat, saya akan cuba perbaikinya sebaik mungkin. Kadang-kadang tak pakai stokin, kadang-kadang tudung mudah tersingkap ke atas dada. Astaghfirullah. Mudah-mudahan Allah membantu usaha dan semangat saya ini. Amin. 

Semoga akan datang akan ada lagi usaha-usaha ke arah mendapatkan redha Allah SWT di muka bumi ini sebelum dijemput datang. Sesungguhnya saya amat takut. Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan kepada saya dan kepada anda yang sudi membaca. Amin. 


riba symposium, jun quote, leamustafa.com, lea mustafa
WE ARE GIFTED IN A UNIQUE AND IMPORTANT WAY. IT IS OUR PRIVILEGE AND OUR ADVENTURE TO DISCOVER OUR OWN SPECIAL LIGHT. 

No comments