KBAT : MENGHARGAI SUNNATULLAH


TAJUK : MENGHARGAI SUNNATULLAH

SOALAN 1: 




Selepas belajar tentang kejadian siang dan malam, saya minta pelajar salin satu soalan dari buku latihan luar. Pada buku itu, soalan ini ditulis sebagai soalan KBAT. Untuk membantu pelajar saya, saya keluarkan kata kunci kehendak soalan. Pelajar akan cuba beri jawapan berdasarkan kata kunci yang diberikan. 


Kata kunci : Proses kejadian siang dan malam

Jawapan pelajar secara berpandu: 

(Ayat mula) 
Pada pendapat saya, proses kejadian siang dan malam terjadi apabila 

(Isi) 
bumi berputar pada paksinya 

(Huraian)
kerana ia berputar selama 24 jam mengelilingi matahari. 

(Huraian Lengkap / Huraian Lanjutan)
Hal ini menyebabkan, kawasan yang menerima matahari menjadi siang dan kawasan yang tidak menerima cahaya matahari menjadi malam. 

Kesimpulan 
Oleh itu, kita hendaklah mensyukuri nikmat yang Allah berikan dengan sebaik-baiknya untuk menjadi insan yang diberkati di dunia dan diakhirat. 


Jawapan dalam bentuk perenggan : 

Pada pendapat saya, proses kejadian siang dan malam terjadi apabila bumi berputar pada paksinya kerana ia berputar selama 24 jam mengelilingi matahari. Hal ini menyebabkan, kawasan yang menerima matahari menjadi siang dan kawasan yang tidak menerima cahaya matahari menjadi malam. Oleh itu, kita hendaklah mensyukuri nikmat yang Allah berikan dengan sebaik-baiknya untuk menjadi insan yang diberkati di dunia dan diakhirat. 


SOALAN 2

Kupasan ini ada dalam tajuk Menghargai Sunatullah dan ini dalam subtopik proses kejadian manusia. Mari kita sama-sama menjawab soalan yang diberikan dalam bentuk KBAT. 



Soalan : Berdasarkan kejadian manusia yang begitu unik, huraikan hikmat kejadian tersebut. 


Kata kunci kehendak soalan : 

hikmat kejadian manusia yang mempunyai peringkat-peringkat


Jawapan secara berpandu : 

(AYAT MULA)
Pada pendapat saya, hikmat  proses kejadian manusia ialah 

(ISI)
dapat membentuk sifat berdisipilin 

(HURAIAN)
supaya hidup kita lebih teratur. 

(HURAIAN LANJUTAN )
Hal ini kerana tanpa disiplin yang kuat, kita akan terdorong untuk melakukan perkara yang jahat dan mudah bergaul dengan orang yang tidak sihat.  

(KESIMPULAN)
Oleh itu, apabila kita menerapkan disiplin dalam diri kita akan membantu kita untuk mengurus masa kita dengan baik. 


Jawapan dalam bentuk perenggan : 

Pada pendapat saya, hikmat  proses kejadian manusia ialah dapat membentuk sifat berdisipilin supaya hidup kita lebih teratur. Hal ini kerana tanpa disiplin yang kuat, kita akan terdorong untuk melakukan perkara yang jahat dan mudah bergaul dengan orang yang tidak sihat.  Oleh itu, apabila kita menerapkan disiplin dalam diri kita akan membantu kita untuk mengurus masa kita dengan baik. 



No comments