LATIHAN TOPIKAL : SOLAT FARDU


Assalamualaikum dam salam ukhuwah semua. Hari ini kita belajar sama-sama menjawab soalan KBAT tajuk solat fardu. Mari kita sama-sama belajar dengan jawapan-jawapan yang anak-anak murid ustazah berikan ini ye. 



SOALAN 1: Solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif. Berikan 2 hujah anda menyokong pernyataan di atas. 

Pelajar-pelajar, sila tulis jawapan yang munasabah dengan soalan. Pastikan jawapan anda ditulis dalam bentuk format jawapan KBAT. 
Selamat menjawab. 







39 comments

  1. Pada pendapat saya, hujah solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah kita mendapat ketenteraman dan ketenangan jiwa agar dapat menghadapi masalah dengan sabar dan tabah. Hal ini kerana Allah menjanjikan kepada hambanya ketenangan dan petunjuk kepada sesiapa yang menunaikan solat dengan khusyuk. Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat kerana solat dapat mendekatkan diri kita dengan Allah.

    Pada pendapat saya juga, hujah solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah kita dapat terhindar daripada perbuatan keji dan mungkar kerana solat dapat membentuk akhlak yang mulia. Hal ini kerana kita akan berasa takut untuk melakukan perkara yang keji dan mungkar. Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat kerana solat dapat mencegah kita daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah


    Kalau salah maafkan saya :)) ...

    - Alif Aiman -

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif adalah kita terhindar darpada melakukan perbuatan mungkar dan keji kerana solat membentuk akhlak yang mulia. Sebagai contoh, kita tidak akan melakukan perkara - perkara yang dilarang Allah oleh sebab iman kita semakin kukuh selepas bersolat. Kesimpulannya, kita mestilah menunaikan solat supaya tidak mudah terpengaruh dengan arus negatif.

    Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif adalah kita bijak mengimbangi kepentingan dunia dan akhirat kerana kita sedar akan kepentingan kedua - duanya sekiranya kita bersolat. Sebagai contoh, kita tidak akan leka dengan mengejar harta di dunia sahaja sebaliknya kita akan mengejar kepentingan di dunia dan di akhirat. Kesimpulannya, kita haruslah menunaikan solat supaya kita bijak melawan arus negatif.

    - Aina Nurain & Anina Sofea -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Sudah nampak pemahaman dalam menjawab soalan.

      Delete
  3. Pada pendapat saya, antara sebab-sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah, kita boleh mencegah perbuatan keji, syirik dan perkara-perkara yang dimurkai Allah.Sebagai contoh, apabila kita menunaikan solat, kita dapat membentuk budi pekerti yang luhur. Secara tidak langsung, kita boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.Kesimpulannya,kita haruslah menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam untuk membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif.

    Pada pandangan saya juga, solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif kerana kita dapat menjauhi sifat-sifat mazmumah dan memberikan ketenangan jiwa.Sebagai contoh, apabila kita menunaikan solat, kita dapat memperoleh keberkatan dan keredaan Allah SWT. Di samping itu, kita dapat menjauhi sifat-sifaf munafik dan neraka Allah SWT. kesimpumlannya, kita wajib menunaikan solat fardhu sebagai tanda mensyukuri nikmat dan pemberian Allah SWT.


    -Nashwa Intan Puteri & Nur Aisyah Muslimah-
    ������

    ReplyDelete
  4. Pada pendapat saya , sebab - sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat boleh memberikan ketenangan dan ketenterman jiwa kerana apabila kita menunaikan solat, kita tidak akan memikirkan hal - hal lain seperti masalah kita . Secara tidak langsung , kita dapat menunaikan solat dengan khusyuk. Kesimpulannya , kita haruslah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam supaya kita tidak terjebak dengan arus negatif yang akan merosakkan akal kita.

    - Ameera Haani
    (Jawapan seterusnya saya akan postkan kemudian )

    ReplyDelete
  5. Pada pendapat saya, antara hujah solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu ialah kita dapat terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji kerana Allah akan melindungi insan selalu menunaikan solat kepadanya. Sebagai contoh, kita akan dijauhi daripada golongan orang yang jahat untuk melakukan perkara yang dilarang oleh Allah seperti membunuh, merompak dan sebagainya. Kesimpulannya, kita mestilah menunaikan solat kerana Allah mengashihi umatnya yang sentiasa melakukan ibadat.

    Pada pendapat saya, solat juga boleh menyenangkan tekanan jiwa ketika mengalami kesusahan kerana Allah selalu meminta hambanya bahawa berdoalah kepada-Nya. Sebagai contoh, kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Hal demikian, dapat menyenangkan kita untuk menempuh segala ujian yang diberikan oleh Allah. Oleh itu, kita seharusnya berdoa ketika menunaikan solat kerana Allah sentiasa mendengar luahan hati kita dan harus diingat bahawa orang yang tidak berdoa ialah orang yang dianggap sombong.

    ~ Aninorfarhana & Amirah Hafizhah ~ ^^

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat saya, solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan aeus negatif ialah kita akan mendapat ketenangan jiwa apabila menunaikannya dengan khusyuk.Sebagai contoh, jika kita menunaikan solat dengan khusyuk ketika berada dalam masalah,kita akan berasa tenang .Kesimpulannya kita haruslah menunaikan solat kerana kita akan sentiasa dekat dengan Allah jika kita solat


    Pada pendapat saya juga, solat boleh membentuk ketabqhan diri yang jitu untuk melawan arus negatif ialah kita akan terhindar daraipada melakukan perkara yang keji kerana solat dapat membentuk akhlak yang mulia.Sebagai contoh, kita tidak akan melakukan perkara yang dilarang dan dimurkai Allah.Oleh itu, kita haruslah menunaikan solat supaya kita tidak akan terpengaruh dengan arus negatif.

    Amir Raziq & Syakir Afnan

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya,antara contoh solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah ia boleh mencegah perbuatan keji,syirik dan mungkar supaya kita tidak menjadi orang yang berdosa dan tidak berguna.Sebagai contoh,jika kita menunaikan solat dengan khusyuk,kita dapat mengelakkan diri kita daripada melakukan dosa dan perkara-perkara yang dimurkai Allah S.W.T.Kesimpulannya,kita mestilah menunaikan solat dengan khusyuk untuk menjadi orang yang berguna,disayangi Allah S.W.T dan disayangi masyarakat.


    Pada pendapat saya juga, solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif adalah ia dapat mencegah perbuatan keji dan syirik supaya kita tidak termakan hasutan syaitan seperti menyekutukan Allah S.W.T dan ada kuasa lain yang boleh mengalahkan kuasa Allah S.W.T.Oleh itu, kuta perlu menghindarkan diri dari mengabaikan solat.

    -Ain Suffiyah & Mimi Farahana-
    ������������������������

    ReplyDelete
  8. Pada pendapat saya, antara hujah solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu dan melawan arus negatif ialah solat merupakan satu perbuatan yang menenangkan jiwa. Contohnya, semasa kita tertekan, kita boleh menenangkan diri dengan solat. Kesimpulannya, kita haruslah solat supaya terhindar daripada arus - arus negatif.

    Pada pendapat saya, antara hujah solat akan membentuk ketabahan diri yang jitu dan melawan arus - arus negatif ialah rohani kita akan mantap dan kita akan terhindar daripada membuat perkara yang mungkar seperti tidak menutup aurat. Kesimpulannya, solat akan membentuk akhlak yang mulia.

    - Irdina & Nur Sazrina

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya, antara kelebihan solat membentuk ketabahan diri yang jitu melawan arus negatif ialah kita selamat dari azab kubur kerana kita mengikut perintah Allah SWT dan menghindari dari larangannya. Sebagai contoh, jika kita meninggalkan solat kita, kita akan diseksa di alam barzakh dab dilaknat oleh Allah. Kesimpulannya, kita mestilah menunaikan solat kita agar kita menjadi muslim yang beriman dan selamat di alam barzakh.

    Pada pendapat saya, antara kelebihan solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu melawan arus negatif ialah kita dapat membina kekuatan rohani kerana kita dapat ketenangan serta meningkatkan tahap kesabaran di dalam diri.Sebagai contoh, apabila kita solat, kita dapat berasa tenang dan sabar menghadapi apa-apa ujian Allah SWT. Kesimpulannya, kita perlulah menunaikan solat kita agar dapat keberkatan dan keredaan Allah SWT kerana Allah SWT sahaja yang patut disembah dan ditaati.

    -Ammar Aiman & Ross Danial

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya, sebab - sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat boleh memberi kita ketenteraman dan ketenangan jiwa kerana Allah sentiasa mengampunkan dosa hambanya yang menunaikan solat. Kesimpulannya, kita wajiblah menunaikan solat lima waktu setiap hari untuk membentuk ketabahan diri yang jitu

    Pada pendapat saya juga, solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif kerana dengan menunaikan solat lima waktu, kita sentiasa mengingati Allah dan meninggalkan serta menhindari segala laranganNya. Secara tidak langsung, kita tidak akan melakukan perkara yang keji. Kesimpulannya, solat dan pengetahuan agama Islam amat penting bagi setiap umat Islam sebagai panduan kehidupan seharian.

    ~Sean Eddry~

    ReplyDelete
  11. Pada pendapat saya, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah apabila kita solat hati dan jiwa akan sentiasa tenteram sebab segala perkara yang kita lakukan di dunia akan sentiasa mendapat keredhaan daripada allah SWT . Kesimpulannya,kita mestilah menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam.

    Pada pendapat saya, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah tanpa mengerjakan solat kita akan melakukan perbuatan yang mungkar dan keji kerana manusia yang lemah imannya akan mudah dihasut oleh syaitan. Sebagai contoh, syaitan akan mengajak kita untuk melakukan perkara yang dimungkari allah seperti berjudi . Oleh itu, kita hendaklah menguatkan iman dengan mengerjakan perintah allah supaya dapat terhindar daripada hasutan syaitan dan juga dapat melawan arus negatif ini.

    -Aida Azmi & Mia Qhadeeja.

    ReplyDelete
  12. Pada pendapat saya, solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif dimana jiwa kita akan lebih tenang dan tenteram supaya emosi kita akan lebih terkawal.Justeru itu, sebelum kita menunaikan solat,kita harus mengambil wuduk dengan sempurna agar solat kita akan diterima oleh Allah S.W.T. dan jiwa kita akan lebih tenang.Kesimpulannya, solat boleh menyenangkan dan mententeramkan jiwa .

    Pada pendapat saya juga, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif dimana rohani kita akan lebih teguh untuk melawan hasutan-hasutan syaitan kerana syaitan sentiasa berbisik kepada kita untuk melakukan kejahatan.Sebagai contoh , sewaktu kita sedang menunaikan solat,syaitan akan berbisik kepada kita untuk mengingati perkara yang kita lakukan pada hari tersebut yang menyebabkan kita lalai dalam mendirikan solat.Kesimpulannya, mendirikan solat boleh menghalang diri kita dari mengikuti hasutan syaitan .


    -Aisyah Amirah & Rafiadah Nur Ismaniah-

    ReplyDelete
  13. Pada pendapat saya,sebab-sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah dapat mengukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T..Sebagai contoh,kita akan terhindar daripada membuat dosa dan membuat benda-benda yang keji.Kita juga akan terhindar dari hasutan syaitan.Kesimpulannya,kita haruslah solat lima waktu supaya iman kita kukuh sentiasa.

    Pada pendapat saya juga,kelebihan solat boleh membentukkan ketabahn diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah jika kita solat lima waktu dengan kusyuk kita dapat membentuk kemantapan rohanj dalam diri. Ini kerana,solat yang dilakukan dengan penuh kusyuk dapat menumbuhlan pada diri kita yang melakukannya kekuatan rohani yang amat berguna dalam mengharungi ujian dalam kehidupan seharian kita. Kesimpulannya,kita haruslah solat lima waktu dengan penuh kusyuk supaya dapat memantapkan rohani dalam diri kita.

    -Aisyah Ellysia-

    ReplyDelete
  14. Pada pendapat saya, solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif adalah ia dapat mencegah perbuatan keji dan syirik supaya kita tidak termakan hasutan syaitan.Contohnya , menyekutukan Allah S.W.T. dan mempercayai ada kuasa lain yang boleh mengalahkan kuasa Allah S.W.T. Oleh itu, kita perlu menghindarkan diri dari mengabaikan solat.

    Pada pendapat saya juga, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah menunaikan solat fardhu agar mendapat pahala dan jiwa kita akan tenang. Sebagai contoh, kita perlu solat agar jiwa kita tenang untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kesimpulannya, kita perlu menjaga solat agar diri kita disayangi oleh Allah S.W.T.

    -Mimi Farahana-

    ReplyDelete
  15. pada pendapat saya,solat boleh membentuk ketabahan diri yg jitu bagi melawan arus negatif adalah ia dapat menahan kita drpd melakukan perbutan yg menghianati ALLAH supaya kita terlindung drpd godaan hasutan syaitan.Sebagai contoh,mempercayai adanya tuhan selain drpd ALLAH dan juga mempercayai bahawa adanya kuasa yg boleh mengalahkan ALLAH.Kesimpulanya,kita perlu solat 5 waktu supaya tidak diggangu oleh syaitan.

    pada pendapat saya,solat boleh membentuk ketabahan diri yg jitu bagi melawan arus negatif adalah ia dapat menahan kita drpd melakukan perbutan yg menghianati ALLAH supaya kita terlindung drpd godaan hasutan syaitan.Sebagai contoh,mempercayai adanya tuhan selain drpd ALLAH dan juga mempercayai bahawa adanya kuasa yg boleh mengalahkan ALLAH.Kesimpulanya,kita perlu solat 5 waktu supaya tidak diggangu oleh syaitan.


    -Haziq n Nik-

    ReplyDelete
  16. PEMBETULAN

    Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu ialah kita dapat sentiasa mengingati Allah agar tidak melebihkan hal duniawi sahaja. Hal ini kerana jika kita tidak dapat mengimbangi antara hal duniawi dan hal akhirat, kita akan leka , lalai dan tidak mempedulikan hal berkaitan agama dan akhirat. Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat supaya kita sentiasa dalam keadaan yang seimbang.

    Pada pendapat saya juga, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu ialah kita dapat terlindung dari segala keburukan dan kejahatan agar kita selamat dari perkara sedemikian. Hal ini kerana solat umpama benteng atau kubu yang dapat memelihara diri kita dari kejahatan yang pelbagai bentuk seperti fitnah, sihir, bunuh dan sebagainya. Kesimpulannya, kita haruslah menunaikan solat kerana solat dapat menjamin diri kita dari kejahatan yang lahir dari hati manusia yang kotor dan hasutan syaitan yang terkutuk.


    Kalau salah maafkan kami :)) ...

    - Alif Aiman & Aisyah Amirah -

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. PEMBETULAN

    Pada pendapat saya, antara hujah solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah jiwa kita akan lebih tenang dan tenteram supaya emosi kita akan lebih terkawal. Justeru itu, sebelum menunaikan solat ,kita harus mengambil wuduk dengan sempurna agar solat kita sah dan diterima oleh Allah S.W.T. Jiwa kita juga akan lebih tenang.Oleh itu, kita haruslah solat kerana ia boleh menyenangkan dan mententeramkan jiwa .

    Pada pendapat saya, solat juga dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif dimana rohani kita akan lebih teguh untuk melawan hasutan-hasutan syaitan yang mengelilingi kita kerana, syaitan sentiasa berbisik kepada kita untuk melakukan kejahatan. Sebagai contoh , sewaktu kita sedang menunaikan solat, syaitan akan berbisik kepada kita untuk mengingati perkara yang kita lakukan pada hari tersebut yang menyebabkan kita akan lalai dalam mendirikan solat. Kesimpulannya, dengan solat, kita dapat menghalang diri daripada mengikuti hasutan syaitan .

    Ismaniah&Azminda Auni

    Ustazah, nama partner saya... Saya x ingat... Nanti masa kelas, saya tunjuk je dia... Sorry ustazah...

    ReplyDelete
  19. PEMBETULAN


    Pada pendapat saya, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat menjadi jalan keluar bagi orang yang beriman apabila menghadapi sebarang kesulitan atau kesusahan.Dengan solat, jiwa orang yang beriman akan menjadi tenang dan tenteram, lantas mereka dapat mengharungi segala ujian dan cabaran dengan tabah.Kesimpulannya, kita haruslah menunaikan solat agar kita sentiasa dekat dengan Allah
    AMIR RAZIQ


    Pada pendapat saya, sebab-sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah ia dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita dan dapat membina keperibadian dan akhlak yang mulia. Apabila solat dapat dikerjakan secara istiqamah, maka jiwa kita akan mengalami perubahan dari satu keadaan yang buruk ke satu tahap yang lebih baik. Dengan solat, seseorang akan belajar mengenai sifat sabar, tenang, bersopan dan berlemah lembut. Kesimpulannya, kita wajiblah menunaikan solat lima waktu setiap hari untuk membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif

    SEAN EDDRY

    ReplyDelete
  20. PEMBETULAN

    Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu ialah solat yang khusyu' dapat menumbuhkan dalaman diri mukmin. Hal yang demikian dapat memberi kekuatan rohani dan batin dalam menghadapi semua kesulitan di dalam hidup dan juga ujian kehidupan seharian.Sebagai contoh, apabila kita ditimpa ujian seperti kehilangan orang yang tersayang, kita akan redha dengan segala yang terjadi. Dengan mendirikan solat ketika itu, kita akan berasa lebih tenang menghadapi ujian tersebut. Kesimpulannya, mendirikan solat terutama solat fardhu dapat memberikan kekuatan dalaman dan terhindar daripada unsur-unsur negatif atau godaan syaitan.

    Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu ialah melalui amalan solat dapat membantu mukmin untuk sentiasa melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan serta menjauhi perkara maksiat. Hal yang demikian, ianya boleh mengukuhkan moral dan mental seseorang mukmin. Sebagai contoh, dengan sentiasa mengerjakan solat, kita akan sentiasa mengingati Allah dan akan cuba menjauhi diri daripada melakukan kejahatan. Kesimpulannya, kita haruslah menunaikan solat kerana ianya akan membuatkan kita sentiasa mengingati Allah dan mengukuhkan hati untuk menjauhi daripada perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah.

    Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu ialah ianya boleh merawat kecelaruan dan kegelisahan hati. Ibadah merangkumi pelbagai aspek seperti zikrullah, tasbih, takbir dan tahmid. Melalui ibadah-ibadah tersebut, ianya dapat mendidik jiwa manusia ke arah kebaikan serta menjauhkan jiwa daripada kejahatan. Hal yang demikian, secara tidak langsung ianya menambahkan kecintaan diri kepada Allah dan Rasul. Kesimpulannya, cinta yang mendalam boleh memberi ketenangan kepada jiwa dan kekuatan dalaman diri seseorang.

    -Haziq, Nik & Syaqir-

    ReplyDelete
  21. PEMBETULAN

    Pada pendapat saya , sebab - sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat dapat mengukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T . Sebagai contoh , kita akan terhindar daripada membuat dosa serta benda - benda yang keji. Kita juga akan terhindar dari hasutan syaitan. Kesimpulannya , kita haruslah solat 5 waktu supaya iman kita sentiasa kukuh.

    Pada pendapat saya juga , sebab - sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat dapat memberikan ketenangan serta ketenteraman jiwa . Hal ini kerana , apabila kita menunaikan solat , kita tidak perlu memikirkan hal - hal yang lain seperti masalah kita. Secara tidak langsung , kita dapat mendirikan solat dengan khusyuk. Solat yang khusyuk dapat membentuk kemantapan rohani. Kesimpulannya , kita haruslah menunaikan solat 5 waktu sehari semalam supaya kita tidak terjebak dengan arus negatif yang boleh merosakkan akal kita.

    -Aisyah Ellysia & Ameera Haani
    (Maafkan kami jika jawapan kami mempunyai kekurangan ) ^^

    ReplyDelete
  22. PEMBETULAN

    Pada pendapat saya , solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah supaya kita dapat mendekatkan diri kita dengan Allah dan akan timbulnya rasa takut kepadanya jika kita melakukan dosa . Kita juga akan terus mencari keredhaan darinya . Sebagai contoh , jika kita selalu berzikir hati kita akan menjadi tenang dan nyaman . Rasa sedih , gelisah dan risau insyaallah akan hilang . Kesimpulannya , dirikanlah solat supaya kita dapat meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.


    Pada pendapat saya lagi , solat juga boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah kita dapat mengajar diri kita menghargai masa kerana , solat fardhu yang lima terikat dengan waktu . Ini secara tidak langsung dapat mengajar kita untuk sentiasa menggunakan masa dengan baik dan cekap . Oleh hal yang demikian , kehidupan kita juga akan menjadi lebih tenang dan tenteram . Kesimpulannya , gunakanlah masa dengan cermat supaya kita dapat melaksanakan solat tepat pada waktunya dan kita tidak perlu terkejar-kejar masa .



    Ariesyah Iman & Sarah Syazwina ;)

    ReplyDelete
  23. << PEMBETULAN >>

    Pada pendapat saya, antara hujah solat membentuk ketabahan diri yang jitu ialah kita dapat terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji kerana perkara keji adalah perbuatan yang boleh mendatang kan kemurkaan Allah S.W.T. Sebagai contoh, solat dapat mengubah orang daripada keras hati menjadi lembut hati, daripada bengis menjadi penyayang, daripada malas menjadi rajin, daripada berdusta menjadi jujur dan sebagainya sifat-sifat terpuji yang akan terbentuk dengan solat. Oleh itu, kita Mestilah menunaikan solat supaya kita menjadi insan yg berakhlak mulia agar kita tidak melakukan perkara larangan Allah.

    Pada pendapat saya, solat juga boleh menyenangkan tekanan jiwa ketika mengalami kesusahan kerana Allah selalu meminta hambanya bahawa berdoalah kepada-Nya. Sebagai contoh, kita berdoa selepas habis waktu solat agar dipermudahkan segala urusan kerana doa selepas solat adalah doa yang paling mustajab. Hal demikian, dapat menyenangkan kita untuk menempuh segala ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Kesimpulanya, kita seharusnya berdoa ketika menunaikan solat kerana Allah sentiasa mendengar luahan hati kita dan harus diingat bahawa orang yang tidak berdoa ialah orang yang dianggap sombong.

    ~ Aninorfarhana & Amirah Hafizhah ~ ^^

    ReplyDelete
  24. -PEMBETULAN-


    Pada pendapat saya, antara sebab-sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatuf ialah kerana solat memberikan satu takrif iaitu satu ibadat yang asasi dalam perhubungan antara manusia dengan Allah SWT. sebagai contoh,apabila seseorang menunaikan solat fardhu dengan sempurna dan mengingati Allah, ia dapat menghidupkan pengakuan iman secara amal atau perbuatan yang ikhlas di dalam hati. Secara tidak langsung, seseorang itu juga boleh mencegah perbuatan keji, syirik dan perkara yang dimurkai Allah SWT. kesimpulannya, kita wajib menunaikan solat untuk membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif supaya dibawa ke jalan yang lurus serta diberi petunjuk oleh Allah SWT.


    Pada pandangan saya, solat juga membawa pengaruh atau kesan positif kepada kehidupan umat islam bagi melawan arus negatif kerana solat boleh membentuk jiwa diri, akhlak mulia, sifat amanah dan perpaduan dalam menuju keberkatan hidup berkeluarga. Contohnya, solat merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah SWT atas segala nikmat dan rahman yang Allah kurniakan kepada kita. Sekiranya orang islam tidak menunaikan solat, ia amat mudah diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu untuk melakukan perkara negatif dan mungkar. Kesimpulannya, kita wajiblah menunaikan solat fardhu untuk membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif kerana orang yang tidak mengerjakan solat adalah golongan yang tidak takut dengan azab dan api neraka Allah.


    -Nashwa Intan Puter & Nur Aisyah Muslimah-

    ReplyDelete
  25. Pembetulan

    Pada pendapat saya, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat membersihkan dan menenangkan jiwa dan hati kita supaya kita dapat menunaikan solat dengan lebih kusyuk. Ini kerana, ketika dalam solat kita membasahkan lidah dengan zikir dan bacaan-bacaan surah al-quran. Dalam solat juga kita melatih sifat tawaduk dan merendah diri untuk menunjukkan sifat kehambaan kepada allah. Oleh itu, kita mestilah menunaikan solat lima kali sehari semalam supaya kita sentiasa dapat menyimpan sifat-sifat kehambaan kepada Allah.

    Pada pendapat saya, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah tanpa mengerjakan solat kita akan melakukan perbuatan yang keji dan dimungkari allah kerana manusia yang lemah imannya akan mudah dihasut oleh syaitan . Sebagai contoh, syaitan akan menghasut kita untuk melakukan perkara yang dimungkari allah seperti berjudi, mencuri, menipu dan ketika kita sedang menunaikan solat juga syaitan akan berbisik kepada kita dan ini akan melalaikan kita ketika bersolat . Oleh itu, kita hendaklah menguatkan iman dengan mengerjakan perintah allah seperti tidak meninggalkan solat supaya dapat terhindar daripada hasutan syaitan

    - Aida Azmi & Mia Qhadeeja.

    ReplyDelete
  26. (PEMBETULAN)

    Pada pendapat saya,antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialahsolat dapat mengukuhkan iman.sebagai contoh,kita akan terhindar daripada hasutan syaitan.kesimpulannya,kita haruslah solat untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

    Pada pendapat saya,antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat boleh memberi ketenteraman jiwa apabila kita menunaikan solat.sebagai contoh,apabila kita menempuh bala.oleh itu,jika kita solat kita dapat menempuh bala dengan sabar dan tenang.

    Nursazrina & Irdina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jawapan ini masih tidak mencapai tahap yang dikehendaki. perlu diperbaiki lagi.

      Delete
  27. -PEMBETULAN SOALAN KBAT (SOLAT FARDU)-

    Pada pendapat saya, antara contoh solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah ia boleh mendidik diri kita menjadi orang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab supaya kita menjadi orang yang disenangi masyarakat.Sebagai contoh,jika kita menunaikan solat dengan khusyuk,Allah akan memperbaiki kesilapan kita,menyayangi kita,dan menjadikan kita orang yang lebih berguna pada masa kini dan pada masa akan datang.Kesimpulannya,kita diwajibkan solat lima waktu sehari semalam untuk menjadi orang yang berguna,beriman dan baik akhlaknya.

    Pada pendapat saya juga,diantara kebaikan solat boleh membentuk ketabahan diri ialah solat merupakan penawar berbagai penyakit hati kerana solat boleh berkomunikasi dengan Allah SWT .Maka,mustahil kita berasa gelisah dan Allah SWT menggenggam dan menguasai hati.Sebagai contoh,jika jiwa kita tidak tenteram sebaiknya kita melakukan solat-solat sunat ,dengan ini kita dapat mengingati Allah.Dengan cara ini,hati kita akan tenteram.Kesimpulannya,kita haruslah menjaga solat dan mengingati Allah agar jiwa tenang dan tenteram.


    -AIN SUFFIYAH & MIMI FARAHANA-
    .

    ReplyDelete
  28. Pada Pendapat saya, hujah yang boleh saya berikan bahawa solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu adalah kita dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang keji lagi mungkar. Kita juga dapat menhidari diri daripada melakukan perkara- perkara yang dilarang oleh Allah. Ini kerana, apabila kita solat, kita akan dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah. Oleh yang demikian, kita juga akan lebih takut kepadanya dengan percaya bahawa adanya Allah. Kesimpulannya, solatlah 5 waktu sehari semalah agar kita dapat menjauhi hal- hal negatif dalam fikiran kita

    Pada pendapat saya, solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat dapat mengukuhkan iman dan ketaqwaan kita kepada Allah. Kita juga tidak akan memikirkan perkara-perkara yang boleh mengacau fikiran kita kerana solat dapat menjadikan jiwa kita tenteram. Dengan bersolat juga, kita dapat mendekatkan diri dengan Allah. Kesimpulannya, kita haruslah solat 5 waktu agar kita tidak memikirkan perkara-perkara yang negatif yang boleh mengacau ketenteraman jiwa kita

    -Nur Fatimah & Nur Syaheena

    ReplyDelete
  29. PEMBETULAN

    Pada pendapat saya, antara sebab solat dapat membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah kita akan mendapat ketenangan di dalam jiwa kerana sesungguhnya solat merupakan perbuatan yang mulia. Sebagai contoh, kita akan berasa lebih tenteram oleh sebab solat boleh merehatkan minda dan badan. Kesimpulannya, kita mestilah menunaikan solat agar mendapat ketenangan di dalam jiwa.

    Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif adalah kerana ketika kita solat, kita berdoa kepada Allah dan melaksanakan perintahnya justeru mengukuhkan iman kita dan membuat kita lebih positif serta terhindar daripada melakukan perbuatan mungkar dan keji. Sebagai contoh, kita akan lebih melakukan perintah Allah dan kita akan menghindari daripada melakukan perkara yang dilarang Allah. Kesimpulannya, kita perlulah solat untuk membentuk ketabahan diri.

    -Aina Nurain & Anina Sofea-

    ReplyDelete
  30. -Pembetulan-

    Pada pendapat saya,antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat dapat mendisiplinkan diri agar kita terbiasa menepati masa.Sebagai contoh,sebaik sahaja azan berkumandang,kita akan segera mendirikan solat di awal waktu supaya dapat membentuk disiplin dalam diri. Kesimpulannya, kita haruslah solat di awal waktu supaya kita dapat mendisiplinkan diri dengan menepati masa.

    Pada pendapat saya juga,antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat dapat menghapuskan dosa supaya kita dirahmati Allah S.W.T. Sebagai contoh,kita umat islam tidak terlepas dari melakukan dosa dan solat lima kali sehari semalam dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Kesimpulannya, kita haruslah mendirikan solat lima kali sehari semalam agar dosa kita dihapuskan.

    ~Nurina Fatihah & Siti khadijah~

    Kami memohon maaf sekiranya jawapan kami tidak menepati cita rasa ustazah.. kami dengan harapan ustazah akan puas dengan jawapan kami. Terima kasih.

    ReplyDelete
  31. Pembetulan

    Pada pendapat saya, antara hujah solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah kita dapat ketenangan dan ketenteraman jiwa karana apabila kita solat, kita dapat meningkatkan tahap kesabaran dalam diri kita untuk menghadapi apa-apa ujian Allah SWT. Sebagai contoh, apabila kita solat, kita akan berasa lebih dekat dengan Allah SWT dan takut untuk melakukan perkara-perkara yang dimurkainya. Kesimpulannya, kita haruslah menunaikan solat kita supaya kita dapat keberkatan dan keredaan Allah SWT.


    Pada pendapat saya, antara sebab solat boleh membentuk ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif adalah ia membentuk mukmin yang kuat dan sihat kerana apabila kita mendirikan solat, ditebus segala dosa-dosa kita terdahulu tetapi secara tidak langsung juga kita dapat menanamkan kecintaan dalam melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badan dan jasmani.Sebagai contoh, apabila kita solat, peredaran darah akan berjalan dengan lancar dan otot-otot kita akan semakin kuat. Kesimpulannya, untuk menjadi mukmin yang sihat dan bertakwa, kita hendaklah sentiasa beristiqamah dalam mengerjakan solat dan amal ibadat lain.
    ~Ammar Aiman, Ross Danial, Amirul Haziq~

    ReplyDelete
  32. Pembetulan:

    Pada pendapat saya,antara sebab solat boleh membentukkan ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah solat adalah sebagai bentuk ibadah kepada Allah melalui pertemuan ini dalam rangka memperoleh pahala dari-Nya dan takut akan Adzab-nya.Sebagai contoh,kita akan melakukan ibadat seperti solat agar memperoleh pahala dan dapat menyedari diri akan adzabnya.Kesimpulanya,
    Kita haruslah solat lima waktu sehari semala.

    Pada pendapat saya juga,antara sebab solat boleh membentukkan ketabahan diri yang jitu bagi melawan arus negatif ialah kita dapat mengelakkan diri daripada perkara yang telah dilarangkan oleh Allah.Sebagai contoh,solat dengan qusyuk dapat membentuk akhlak yang mulia dan solat juga dapat meinsafkan diri kita akan kesalahan diri sendiri.Kesimpulanya,
    Kita diwajibkan solat lima waktu sehari semalam agar kita boleh mendekatkan diri kita dengan Allah dan mendapat petunjuk daripada-nya jika solat dengan qusyuk.

    -Amirul,Aidil,Hanafiah-

    ReplyDelete