Tak pernah rasanya jejak kaki di Dataran Merdeka. Selalunya tengok kat tv aje kalau ada apa-apa event macam Hari Kebangsaan ke. Jadi malam ni saya singgah juga. Ambil angin malam sambil tengok lampu. Abe pun tak pernah, even zaman dia bercinta-cintun dulu. Ni pun 1st time dia. Auuww.
Lighting kat Dataran Merdeka, untuk Abe yang suka ambil gambar, agak mencabar juga. Jenuh jugalah nak memenuhi kehendak Abe, kejap depan, belakang, kanan kiri, toleh sana sini. Layankan aje, kalau tidak gambar yang terhasil nanti, gelap aje.
Kami selalu macam tu, suka jalan-jalan tengok lampu. Sambil Abe memandu, sambil tulah saya mula buka cerita, pot pet pot pet. Abe cuma cakap emm, ok... erm.... kalau bagi rahsia suruh dia simpan, kompem selamat aje rahsia tu. Kadang-kadang tu sampai terlajak-lajak jalan, salah masuk simpang dek kerana banyak sangat saya cakap.
 |
Bahagian ini terletak gambar-gambar Perdana Menteri Malaysia |
 |
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! |
 |
Ini kali kedua saya bergambar di jalan raya, selepas di tengah bandar Barcelona. Nampak tak Bangunan Sultan Abdul Samad tu? Cantikkan. |
 |
Pijak rumput di Dataran Merdeka tanda jiwa ini jiwa pahlawan |
 |
So comel Abe saya |
 |
Sebahagian keluarga yang berkunjung di Dataran Merdeka |
 |
Tenang aje kawasan ini dan bersih.
|
Kalau ada masa, mai lah bawa anak-anak mai sini. Bapak-bapak bawa duit lebih, sebab mesti anak-anak nak jugak beli mainan lampu-lampu yang boleh baling ke atas dan kutip balik tu. Ada juga nampak polis bandaraya round dua tiga kali. Kerap jugalah. Saya cadangkan bawa bekal air sendiri, saya tak nampak kelibat gerai-gerai jual makanan. Bagus juga, nak mengelakkan dari banyak sampah sepah sana sini. Kalau anak-anak anda haus, nanti meragam pulak, Terbantot usaha anda untuk release tension, kot-kot nanti bertambah tension.
Dah dapat bergambar di salah satu tempat yang paling bersejarah dalam negara Malaysia, rasa tak serba salah dah. Lepas 20 minit, saya dah mula berpeluh-peluh. Abe kata, waktu malam pun kawasan ni tak berangin, bendera aje yang kene angin, sebab dah terhalang dengan bangunan yang tinggi. Sebab dah rasa tekak kering, kami pun balik. Cukuplah gambar-gambar untuk koleksi entry saya.
Dataran Merdeka boleh jadi salah satu tempat untuk bawa keluarga riadah waktu malam. Boleh berbasikal, skate board, kalau tak uji kemahiran mengambil gambar, inilah salah satu tempat yang boleh dipertimbangkan. Kalau datang waktu siang, dengan berjalan kaki, boleh round sekeliling Dataran Merdeka, ada banyak bangunan lama-lama yang boleh dikunjungi, malam-malam ni tak nampak apa sangat. Hokkay?
0 comments:
Post a Comment