Assalamualaikum dan salam ukhuwah
Hari ini hujan lebat sangat kat area Persiaran Surian. Lepas aje Abe, pergi kerja, hujan turun mencurah-curah dan guruh sambung menyambung. Rancangan saya nak pergi ke perpustakaan UM kene tangguh dulu la ye.
Sambil-sambil pasang The Big Bang Theory, saya mula mengarang untuk tugasan kumpulan yang perlu hantar hari Jumaat ini. Dengan cuaca yang sejuk dan sepoi-sepoi bahasa ini, memang buat saya lemau aje. Perut pun lapar. Ini kat rumah, kalau dalam library terperangkap hujan, memang tak boleh lari lah nampaknya.
Makin lama, makin menurun pulak semangat menaip tugasan ni. Tutup buku dan layan tengok tv. Dah lah rancangan zaman sekarang ni dah tak best, cerita pun, alahai.. geli saya nak tengok. Maaf cakaplah ye, banyak cerita tak berpijak pada bumi yang nyata.
![]() |
Tengoklah, Abe pun dok ketawakan saya bila saya cakap saya nak pi jogging. Kuang asam sungguh. |
Dah pasang niat maka kene turun lari lah kan? Pasang stopwatch dan terus lari. Cadang nak buat 2 pusingan aje, tapi rasa seronok pulak. Gigihlah lari dalam 3 pusingan. Rupanya, kalau nak lari memang kene pilih kasut yang betul ek? kasut yang Abe belikan ni memang kategori untuk running. Selepas habis 3 pusingan, memang buku lali tak sakit.
Abe pernah cakap, sebelum buat, kita memang rasa malas sangat. Tapi bila dah mula kita buat, kita tak ingat dah. Samalah tadi, nak turun ke bawah, aduh... bercinta tahap gaban. Bila dah mula lari, semangat berkobar-kobar, konon nak buat 10 pusingan. Padahal mampu buat tiga aje.
![]() |
Selfie kaki sahaja, untuk sebab-sebab tertentu. |
![]() |
Catatan masa untuk 3 pusingan. Esok kene tambah masa, paling tidak 1 jam latihan untuk event larian sterusnya. |
Masa lari tadi, baru perasan bahawa jalan yang selama ini duk guna dengan kereta rupanya berbukit. Memang mencabar diri sendiri lah ni kan? Selesai untuk larian hari ini. Harap-harap esok boleh buat lagi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Semoga esok lebih kuat semangat. Badan yang rasa lemau tadi pun, kembali bersemangat.
0 comments:
Post a Comment