6.13.2015

, , , ,

SEHARI DI RMC


Royal Military College. Pernah sampai? Saya pertama kali jejak kaki ke sini setelah menjadi guru. Hari Sabtu, 13 Jun, saya telah dijemput untuk membantu guru Pendidikan Islam di sini mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Loncat kegembiraan (dalam hati aje tau). Pertama, sebab tak pernah sampai. Kedua, nak berkongsi ilmu untuk calon-salon SPM, memang saya suka cari pengalaman baru. 

Program kelas tambahan di RMC ini berlangsung selama seminggu semasa cuti sekolah. Dari pagi sampailah malam. Kental sungguh jiwa budak-budak RMC. Walaupun penat, mereka gagahkan juga diri untuk belajar. Meskipun ternampak dua tiga orang terlelap kerana kepenatan, mereka tetap siapkan kerja dan sangat usaha mengekang mata daripada ngantuk. 

sehari di rmc, leamustafa.com, mtd, maktab tentera diraja,
Dapat juga sekeping di sini

sehari di rmc, leamustafa.com, mtd, maktab tentera diraja,
Inilah kawan, Pn Zubaidah yang jemput saya datang ke sini. Terima kasih beb.

sehari di rmc, leamustafa.com, mtd, maktab tentera diraja,
Selagi tak tabik, jangan masuk kelas ye.
Budaya di sini, kalau nak masuk ke kelas, akan beri tabik dan hentak kaki di luar kelas. Memandangkan saya ni bukan orang RMC, jadi saya tak faham pun. Pelajar ini, ketuk pintu nak masuk kelas. Saya pandang sekali sahaja. Rupaya dia tak masuk-masuk. Saya perlu cakap, "ok, kamu boleh masuk". Dia tabik dan hentak kaki, baru masuk. Saya terus ketawa.

Dan yang paling best, pelajar di sini panggil guru-guru mereka "Tuan atau Puan/ Madam". Singkatnya "mem". Mula-mula mereka panggil "mem", rasa nak ketawa pun ada. Tapi dah sampai empat lima kali, rasa dah biasa. Seronok pulak. 

Ada sekali tu, tengah beri penerangan, seorang pelajar berdiri dan tabik. "Mem". Terperanjat saya. Rupanya dia nak minta izin ke tandas. Allah, baiknya minta izin macam tu sekali.

sehari di rmc, leamustafa.com, mtd, maktab tentera diraja,
Antara guru yang terlibat dengan kelas tambahan Pendidikan Islam
 Kepada barisan guru pendidikan Islam RMC, terima kasih jemput saya ye. In sha Allah, ada peluang kita berjumpa lagi.


sehari di rmc, leamustafa.com, mtd, maktab tentera diraja,
Kalau tak jumpa kapal terbang ni, maknanya korang belum sampai RMC

sehari di rmc, leamustafa.com, mtd, maktab tentera diraja,
Itu dia perwira-perwira negara

Sepanjang kelas tambahan berlangsung, ketepatan masa sangat dijaga. Kata mula 10.30 pagi, 10.29 pagi tu dah penuh kelas. Dan mereka dah mula sambung kerja masing-masing. Mereka ini perwira nusa dan bangsa, latihan macam ni memang bagus dalam membentuk akhlak yang baik.

sehari di rmc, leamustafa.com, mtd, maktab tentera diraja,
Khusyuk menyiapkan tugasan dalam modul

Sepanjang program, mereka sangat memberi kerjasama. Perangai pun perangai yang menyejukkan hati dan mata. Menghormati orang lebih tua. Saya doakan semoga calon-calon spm RMC tahun ini memperoleh keputusan yang cemerlang. Orang-orang hebat memang banyak dugaan. Nak belajar aliran akademik dan latihan ketenteraan, memang memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Semoga berjaya di masa-masa akan datang ye.


8 comments:

  1. terima kasih sbb buat review bekas skolah sy ni mem! =)

    - OP Fazeerul
    - F Coy
    - LORDS 9902

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama fazeerul.
      Sekolah kamu memanh AWESOME !!!

      Delete
  2. Kenangan bersekolah di sini pada tahun 1986-1990... Banyak mengajar saya tentang nilai-nilai murni kehidupan :-)

    Tabik hormat untuk RMC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaahhh.. lama dah tu. Saya percaya RMC berjaya mendidik awak menjadi seseorang sekarang. Tahniah Azmizam. Dah pergi melawat? Dah masuk bangunan baru tau.

      Delete
  3. This blog link dh jadi viral dalam page-page OP (old putera a.k.a. bekas putera). Tq mem!

    Ade rezeki nnti, jadi la cikgu di RMC.

    OP Syairazi
    06-07

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab sudi singgah blog saya.
      OP - old putera ke?

      Satu lagi, baru juga saya tahu, gelaran boys ni maksudnya pelajar-pelajar lelaki.
      Puas jugak nak faham, bila cikgu-cikgu panggil kamu boys.
      hikhik...

      Delete
  4. Macam itu lah 'budak-budak Boy' ini dididik cikgu. Satu yang teristimewa dari lain-lain sekolah atau maktab. Rasanya cikgu amat bertuah kerana dapat merasai pengalaman mengajar 'budak-budak Boy' ni.. Bukan semua cikgu yang berpeluang. Nakal tu memang nakal tapi disiplin tetap mereka jaga. Ada kesempatan cikgu apply lah mengajar di RMC..mana tau ada rezeki..

    Ikhlas.. Ex Boy 81-83

    * sori cikgu..tadi ada kesilapan ejaan.. sebab tu saya delete. Dah RMC mendidik kami supaya buat sesuatu yang perfect dengan zero defect.. maaf cikgu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih En Mazlan. Memang saya rasa sangat-sangat bertuah dapat merasai pengalaman di RMC. Doakanlah, mana tahu ada rezeki saya mengajar di RMC. Nakal itu biasa, tapi bila bab belajar, mereka sangat bersungguh-sungguh plus disiplin ketenteraan yang mendidik jiwa jadi kental, memang saya salute lah.

      Tabik SPRING gitu. Kalau boleh nak datang lagi.

      Delete