Akhirnya sampai juga study week. Ini tandanya kelas 14 minggu sudah berakhir. Hari ini kelas terakhir dengan Dr Zaharah. Dalam sesi post mortem tadi, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Zaharah kerana terlalu banyak bertoleransi dengan saya. Semoga Allah S.W.T melimpahkan kerahmatan dan keberkatan kepada Dr Zaharah.
Saya pun guna kesempatan study week dengan menyelesaikan tugasan-tugasan yang melambak aka keje buat last minute. Nak luang masa berjam-jam kat library dengan masa keje saya, memang tak ada masa. Walaupun saya dah cuba adjust masa pun, masih lagi tidak berjaya.
Dr Zaharah beri kami tips nak exam. Macam mana anak murid saya minta, ha... macam tulah saya minta. Betul, tips saat akhir ini memang berguna. Dr Zaharah pesan pada kami, kesusahan hari ini adalah kejayaan hari esok. Sempat juga berkongsi tips untuk bersiap sedia dengan proposal disertasi. Dengar aje dah kecut perut.
Saya rasa macam semua benda nak kene baca. Macam semua ada dalam kepala otak ni nak dilemparkan ke kertas jawapan. Pening-pening. Study week hanya seminggu. Dan lepas tu terus peperiksaan akhir. Doakan saya berjaya. Semoga urusan kawan-kawan saya dan saya dipermudahkan. Amin.
![]() |
Hidup sedikit berantakan. |
0 comments:
Post a Comment