7.26.2015

, , , , ,

LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015


Masa raya baru ni, memang makan bersungguh-sungguh. Meskipun dalam otak dah set dah, naik cuti hari raya dah ada satu larian. Bila dah terlebih makan tu, mulalah nak meroyan. Lagi nak berhenti... lagi banyak plak kita makan. Tapi untuk hari ini, misi larian ke garisan penamat tetap diteruskan. Kali ini bersama Ecohill Rescue Run 2015 di Semenyih. 

Ok 1st time sampai sini ye. Tengok kawasan berbukit-bukau. Sah, larian kali ini, tak macam selalu. 


LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015, leamustafa.com, larian, myraceonline.com, larian, running malaysia,

Tempat berkumpul. Amek bak hang. 

LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015, leamustafa.com, larian, myraceonline.com, larian, running malaysia,

Jangan tanya kenapa nampak kepala aje. Ini adalah kerana penyertaan secara seorang diri. Memang selpiak ajelah ye. 

LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015, leamustafa.com, larian, myraceonline.com, larian, running malaysia,

Larian kali ini bersama belon-belon yang berwarna hijau. 

LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015, leamustafa.com, larian, myraceonline.com, larian, running malaysia,

Serius, memang perut saya rasa bergoncang, Habislah segala ketupat rendang dan lemang bergoyang-goyang kat dalam. Kikiki. Selepas diselangi dengan jalan, lari, jalan, lari lari dan jalan. Kumpul juga semangat supaya larian jangan lebih sejam dalam masa 5 km. 

LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015, leamustafa.com, larian, myraceonline.com, larian, running malaysia,

Nampak aje sign board ni dah lain macam aje semangat. Fokus nak habis cepat. Tak mahu jadi orang paling last. Cheh !!!

LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015, leamustafa.com, larian, myraceonline.com, larian, running malaysia,

Maskot yang comel

LARIAN RAYA ECOHILL RESCUE RUN 2015, leamustafa.com, larian, myraceonline.com, larian, running malaysia,

Petua, bila lari sorang-sorang pastikan battery phone penuh. Rapat-rapat sikit pada tempat penamat. Tolong orang lain dulu, pastu kita pula minta tolong orang ye. Tak kisahlah walaupun anda rasa anda tetap gemuk sebelum dan selepas lari, yang penting anda dah lari. Dah habiskan 5km dengan jayanya. Yeay!!!



7.25.2015

, , , ,

JOM SERTAI PELABURAN EMAS

Dalam kalangan rakan-rakan kite, sedara-mara kite, mesti ade ejen Takaful, ejen unit trust, ade juga ejen produk perbankan konsumer seperti pinjaman perumahan, kad kredit and pinjaman A.S.B, tak lupa juga ejen hartanah. Rezeki masing-masing, asalkan tak bermalas-malasan, rajin berusaha, rezeki halal itu pasti dimana saja, insyaAllah.

Sejak harga emas jatuh lagi pada Isnin 20 July 2015, perasan tak, TIBA-TIBA, macam bercambah pulak ejen jual pelaburan emas dalam feed FB masing-masing?

Mari kite lihat apekah asbab-asbab yang sering dibentangkan agar kite menyertai Pelaburan Emas/Perak:

#1 Emas adalah matawang SUNNAH
     :: Aku memang tak gemar orang yang menjual dengan sentimen agama. Mana punya kitab Fekah yang menyatakan status emas adalah matawang sunnah? ce tunjuk sket?

#2 Emas adalah LOGAM MULIA
     :: Kalau begitu, bagaimana pulakk dengan logam tembaga yang diguna dalam pembinaan landasan LRT/MONORAIL/MRT? Tak cukup mulia kah? Manfaat untuk rakyat kot.

#3 Emas kalis inflasi
     :: Pada abad ke-16, masyarakat tidak dapat mengenalpasti kenapa harga barangan harian sekitar Eropah naik. Merujuk hujah Jean Bodin pada 1568 yang menyatakan bahawa inflasi telah berlaku di Eropah disebabkan lambakan emas/perak yang memasuki Eropah melalui Spain. Sila rujuk The Economics Book mukasurat 30-31.


#4 Emas mampu menyelamatkan ekonomi umat Islam 
     :: Kerajaan Islam Uthmaniyyah (Ottoman Empire) berhutang tahap tak ingat dunia, pada 1875, Kerajaan Islam Uthmaniyyah tak mampu nak bayar. Apehal?

#5 Emas boleh diwarisi dan diwariskan
     :: Ok yang ni aku boleh terima. Tapi jangan la promote sampai tahap seakan-akan takaful, KWSP, ASB,Tabung Haji, saham, sukuk, hartanah,  ladang kelapa sawit, lembu & kambing tak boleh diwarisi dan diwariskan. Itu dah kira melampau la.

#6 Emas naik 555% ~ sambil menunjukkan graf 10 tahun harga emas dari 2001-2011
     ::Aku tak nafikan harga emas naik sebanyak tu, tapi dalam pembentangan pelaburan kepada client, rakan-rakan, sedara-mara, tak aci la kalau asyik tunjuk good returns je, teknik hasutan ni bagi aku sangat misleading. Asal nak tunjuk performance aje mesti dia tunjuk graf harga 2001-2011, CONFIRM!!

Kalau ejen tu jujur, dia mesti tunjukkan juga prestasi harga emas dari tahun 1990-1999 di mana pelaburan emas merugikan dalam tempoh tu.

Begitu juga pelaburan dalam tempoh 5 tahun dari 2010-2015



#7 Emas sentiasa laku dimana saja sepanjang zaman;
     ::Contoh terbaik untuk menyokong dakwaan ni ialah kes  pelarian Vietnam yang melarikan diri naik sampan, membawa emas

Tak nafikan emas sentiasa ada value. TETAPI samada value tu terlalu rendah atau terlalu tinggi, terpulang kepada kite sebenarnya. Kita ambil contoh masa banjir besar di Kelantan tahun lepas, seingat aku, orang paling kaya (pada waktu itu) ialah penjual sayur, telur masin, beras dan susu bayi.

#8 Emas boleh pajak gadai
     ::Urusan jual beli emas pon belum pon settle lagi, dah cerite pasal pajak gadai?! Ni la masalah "orang kite" berniaga/ melabur for the wrong reasons. Kebolehan pajak gadai bukan sebab untuk memulakan pelaburan emas.

#9 Pelaburan emas/perak tak ada risiko ~ PTUIH!! JANGAN KENCING AKU LAA!!! 


===============//


Homework sebagai persediaan sebelum memulakan pelaburan emas; pastikan soalan berikut terjawab:

#1 Kenapa aku melabur dalam emas/perak?




#2 Sudahkah aku faham ape itu ASET?



#3 Sudahkah aku faham ape itu ASET BERMANFAAT?


#4 Sudahkah aku memahami mekanisme inflasi?



#5 Apakah matlamat pelaburan emas/perak aku ni?


#6 Dah berapa biji buku pasal emas dan pelaburan emas yang aku dah khatam?


#7 Dah berapa dokumentari yang aku dah tgk?

                                      

#8 PELABURAN BAGAIMANAKAH YANG PATUH SYARIAH? [sepatutnya ni soalan pertama]



Sebelum berpisah dengan duit hasil titik-peluh kite bekerja untuk melabur emas/perak, sebelum serah duit tu kepada agen-agen jual emas [walaupun dia sedara-mara || member lama ||sahabat qarib], sila pastikan Syarikat pelaburan emas tiada dalam senarai CONSUMER ALERT LIST BANK NEGARA MALAYSIA. 

As of 19 May 2015, masih banyak lagi syarikat yang masih tersenarai dalam Consumer Alert List BNM. Bile ejen di tanya kenapa nama syarikat ada dalam list BNM, agent kata (bekalan skrip dari upline la):

#1 Bank Negara salah maklumat, website kami tak sama dalam list BNM tu
     :: nombor pendaftaran yang SSM bagi pada Syarikat sebiji kot dalam senarai tuh!!

#2 Team yang awal-awal dulu yg byk masalah. Mereka berniaga guna nama bisnes kami, dan menyalahgunakan nama bisnes kami pada masa yang sama.
#3 Mungkin dalam list BNM Alert tu disebabkan ahli-ahli yang tak bertanggungjawab

Apapun alasan yang mereka bagi, kalau CEO bisnes tu bersungguh menjaga nama baik bisnes bagai dikata, dah lama mereka sepatutnya setup meeting dengan Bank Negara untuk membersihkan nama mereka, lantik peguam untuk sandiwara di mahkamah, dan juga laporan polis untuk menangkis tuduhan “fitnah”Bank Negara.

Kalu aku beli Nokia, aku nak beli Nokia original, aku tak sengkek nak beli Nokia underwater. Kalau aku nak beli Audi, aku nak beli Audi yang warranty nya sah di Malaysia, bukan Warranty yang hanya sah di Hungary. Tapi, itu Aku la kan. Korang aku tatau la cemane.

Berhati-hati, nak buat duit sikit punya payah, nak tengok duit hilang/hangus senang je, aku tak payah ajar pun korang patut dah tau. 
Jangan dengar cakap aku.
Aku bukan lulusan Certified Financial Planner.
Aku bukan lulusan Certified Islamic Financial Planner.

Buat homework. Sape tak buat homework memang nak kena marah ngan cikgu.



Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com




7.21.2015

, , ,

DURIAN RAYA


Raya kali ini ramai yang post tentang durian. Makan durian pagi raya, malam raya, balik dari beraya, pergi beraya dan macam-macam lagi. Malangnya, saya dan suami tak sempat singgah mana-mana kedai durian sepanjang perjalanan pergi dan balik Kuantan dan Muar. Hanya nampak lampu kedai durian lebih terang dari lampu jalan. 

Jadi, hari terakhir cuti raya ini, saya ajak suami makan durian di Petaling Jaya. Dulu terkenal di SS2, tapi sekarang dah pindah. Bukan mengidam, tapi nak lepaskan tekak nak merasa durian. 


DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,


Masa kami sampai, mungkin dah agak lewat, lebih kurang jam 11 malam. Al maklum, bila dah mula melepak kat rumah seharian, nak bersiap keluar rumah ni memanglah bercinta. Malam ni harga durian D24 sekilo rm 18. Musing King pulak sekilo rm38. Kali ni memang nak makan Musang King sebab sepanjang jalan balik kampuung, semua kedai gantung papan Musang King. Sama ada ori atau tak, itu tak tahulah kan? Pesan tokey kedai, kalau nak makan durian, makan D24 dulu, baru makan Musang King. Tak mahu downgrade rasa durian. 

DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,
Ini D24 ( gambar tak melambangkan rasa) 

Malam ni makan sebiji D24 dan sebiji Musang King. Jenuh jugakah saya nak menghabiskan durian. Selang seli minum air aje. Memang padat, likat dan sedap Musang King. Rasa penuh kesedapan Musang King dalam mulut. Tak menyesallah makan durian kat sini. Kalau tak elok isi dalam, boleh minta tukar terus kat sini. 

DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,
Ini Musang King ( gambar tidak melambangkan rasa) 

DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,

Kesukaan saya, ialah kucing tidor. 1 ulas durian ada pada satu pangsa sahaja. Tidak ada perbezaan rasa kalau makan kucing tidor pun. Cuma, ini yang paling saya suka. 

Durian, buah yang paling istimewa. Sebab ada identiti sendiri. Dan ada peminat yang tersendiri. Dan sehingga hari ini, masih terkenal dengan gelaran raja buah-buahan. 



7.19.2015

, , , ,

PROJEK LEMBU RAYA

Hari ni melepak rumah mertua aku sesudah aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai "supir" membawa isteri beraya kehulu-kehilir menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan.

Di rumah ibu mertuaku, aku sembang la ngan brother in-law aku sambil nengok citer Hercules kat Astro. Terjebak masuk citer Lembu. Aku yang bukak topik ni sebenarnya, sebab teringat adik ipar aku penah amik gambar lembu dan upload ke Fesbook 2-3 bulan lepas.



Semakin rancak plak perbualan yang tak disengajakan ni. So aku titah isteriku yang taat supaya bancuhkan kopi untuk kami :-)
Tanpa ku sedari, mother in-law aku pon menyertai diskusi sekitar penggembalaan lembu ni.

Adik ipar aku ni baru beli lembu-lembu dia bulan lepas. Raya haji belum sampai, lembu pon belum lagi beranak 1 generasi, jual sekor pon belum, tetibe dah citer pasal kereta Alphard. Maka dalam kepala aku pun menjelmalah segala jenis stereo-type #NiLaMelayuBerniaga



Berbalik kepada topik bela lembu yang kami sembang tadi, antara bab-bab yang cover dalam perbincangan ni; lembu beranak berapa kali setahun, max berapa kali beranak sebelum jual, lembu jantan cemane strateginya, lembu betina cemana strateginya, anak lembu pulak ape strateginya, pemakanannya, kesihatannya, gembalanya, asset-tagging, monitoring, aspek keselamatannya, aspek partnership owner-gembala, ZAKAT, mode of transportation, supply, demand, marketing..... Bla...bla.... Bla...

Cerita dah panjang berjela, the numbers sounds rather "too good to be true"; dalam pengalaman aku, kalau dah "too good to be true", Bank Negara kata (maksud lebih-kurang) "maknanya scam la tu". 

Matematiknya lebih kurang begini:

========================//
Lembu 7 ekor (Gen-0)= RM2,000x7= RM14,000

3 tahun= 7 Lembu Gen-0 beranak 3 kali;
:. 7x4 =28 ekor lembu kesemuanya;
{
Tahun X = 7 ekor Gen-0
Tahun X+1 = (7 ekor Gen-0) + (7 ekor Gen-1)
Tahun X+2= (7 ekor Gen-0) + (7 ekor Gen-1) + (7 ekor Gen-2)
Tahun X+3= (7 ekor Gen-0) + (7 ekor Gen-1) + (7 ekor Gen-2) + (7ekor Gen-3)
}

Hujung tahun ke-3;
- jual semua 7 ekor lembu Gen-0
- jual semua 7 ekor lembu Gen-1

Keuntungan dari jualan lembu Gen-0
:. [(RM 2,500x7)-(RM2,000x7)] / 2* = RM1,750

Keuntungan dari jualan lembu Gen-1
:. (2,500x7)/2*= RM8,750

NOTA[*] ; bahagi dua sebab keuntungan dari hasil jualan nak kena share dengan gembala.

Sales proceeds @ end of 3rd year ={
+Cost of Gen-0 = RM14,000
+Gen-0 Profit = RM1,750
+Gen-1 Profit = RM8,750
=Total Revenue= RM24,500
}
========================\\

Aku balik hotel, aku terus cari financial calculator nak kira "Geometric-mean":

PV     = -14,000
N        = 3
FV     = 24,500
PMT = 0
I          = ? [Solve] ===>> 20.507%

Apa maksud 20.507% ni?! Ini bermaksud, sekiranya modal RM14,000 di simpan dalam (contohnya) Tabung Haji/ASB/KWSP, maka tiap tiap tahun dapat dividen 20.507%

Huih!!!!
KAYO! KAYO! KAYO! 
Inilah namanya productive asset.

Ini dah hampir menyamai macam return pelabur pasaran saham yang berjaya seperti:
George Soros; excess of 30% average annual return
Peter Lynch; annual average retun of 29%
Sir John Templeton13.8% annualized average return

Kesimpulan: Agak-agak kalau korang dah boring dengar fasal segala jenis skim pelaburan haram/makruh/gharar/syubhah/hibah/mutawassitah yang tersedia ada di antara langit dan bumi, mungkin sudah sampai masa untuk kalian mengorak langkah kearah pelaburan dalam bentuk komoditi yang menyelesaikan masalah World Hunger. 

What do you think?

ps: Aku sempat pm saudara Afyan Mat Rawi, beliau seorang Islamic Financial Planner yang sohor di Malaysia. Setakat ini, beliau sendiri belum pernah dengar fasal plan Takaful yang memberikan perlindungan keatas haiwan ternakan di Malaysia. 


*Gambar-gambar dari Fesbook bro in-law.




Jika Kamu Bersyukur, Syukur



Penulis undangan,

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579   || FIMM #043-0-21048 ||



Riba, usury, haram
RIBA FREE MUSLIM

[Updated 5th April 2016, 1839HRS KUL]

7.17.2015

7.13.2015

, , ,

HIAS KELAS TEMA RAYA



YEAY !!! MOOD RAYA. Eh siapa yang excited lebih ni. Cikgu ke anak murid? Apapun saya sangat gembira kerana saya sempat nak buat deko-deko untuk kelas 2 Aktif. Bila idea tu sampai, saya terus jumpa pelajar, pesan carikan kad raya, cari tikar, kipas sate, tisu roll, kuali dan macam-macam lagi. Saya? Saya bertindak sebagai tunggak utama sebagai tukang anyam ketupat. 

Siapa sangka, hasil hiasan kelas tema raya ini, menjadikan kelas 2 Aktif kelas pilihan untuk dijadikan kelas contoh sempena lawatan delegasi dari Filipina pada 24 Julai nanti. Berita istimewa ini disampaikan oleh Penolong Kanan 1 saya pada hari ini. Seronok bukan kepalang. 

Walaupun ini satu peluang terbaik untuk saya dan anak-anak murid 2 Aktif, saya tetap merasakan debar dalam hati. Mahu tak debor. Berbahasa Inggeris pun kadang-kadang "patah-patah", apatah lagi nak mengajar di hadapan 25 orang perwakilan dari Filipina ini. 

Apa-apa pun, kita raya dulu lah ye. Lepas cuti sambutan hari raya, baru kita cerita. Kepada semua anak-anak murid ustazah, selamat hari raya. Pada teman dan taulan, selamat hari raya. Semoga selepas cuti raya nanti kita berjumpa lagi. 


HIAS KELAS TEMA RAYA

Kebetulan, ruang belakang kelas saya luas. Boleh lah nak bentang tikar plastik ni kat belakang kelas. Dan yang paling best, kelas saya, satu-satunya kelas yang buat tema hari raya dalam kelas. Seronok budak-budak. 



HIAS KELAS TEMA RAYA

Nampak tak? Tisu roll tu anak-anak murid jadikan kayu api, kononnya nak masak ketupat. 

HIAS KELAS TEMA RAYA


HIAS KELAS TEMA RAYA


HIAS KELAS TEMA RAYA


HIAS KELAS TEMA RAYA


HIAS KELAS TEMA RAYA


7.09.2015

, , ,

ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE


Ini ilmu yang perlu diwariskan. Kerana ia sangat RARE. Kalau dibiar sahaja, barangkali terus lupa dan hilang begitu sahaja. Mungkin masih ramai lagi generasi yang lahir sekitar 80an sebaya saya masih mengetahui cara-cara menganyam ketupat. Generasi awal dari saya, confirm tahu kot. Mungkin juga generasi bawah-bawah pun tahu. Dan kalau tak tahu, banyak dah sekarang tutorial anyam ketupat. Saya dulu belajar live dengan abah. Mak ajar tak masuk, mungkin bila anaknya susah betul nak menangkap ilmu yang turun dari mak. Tapi abah memang terror ajar. Dalam masa lima minit, saya terus dapat ilmu masuk dalam otak sampai sekarang. 

Kalau tak ada ketupat nasi ini, rasa tak lengkap juadah hari raya. Masa umur sekolah rendah, tak terfikir pun macam mana nak anyam ketupat. Bila tiba nak raya, tugas saya ialah isi nasi dalam sarung ketupat yang dah siap. Isi nasi aje, 1 per tiga dari sarung ketupat. Tak mahu nasi nanti terlalu keras. Itu yang mak ajar pada saya. Bila dah mula anyam ketupat, saya akan uruskan bahagan sarung ketupat. Terror tak terror, dalam masa 3 jam boleh siap anyam 100 biji. Sambil duduk, baring, berdiri dan macam-macam aksi sambil anyam ketupat ni. Dah siap anyam, rendam dalam besen berisi air semalaman. 

Korang kategori mana? 
ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat
Ihsan dari saharil.com

Bila dapat idea nak hias kelas dengan tema hari raya, saya pergi cari ribbon. Hamikkau!! Ketupat guna ribbon kecik, 5 bijik RM15. Mak datok, mahalnya. Boleh bussiness ni. Beli ribbon gulung, anyam sendiri. Mungkin kerana ilmu anyam ketupat ramai yang tak tahu, nilai penghasilan pun jadi mahal. Bersyukurnya saya, saya mewarisi ilmu ini. Terima kasih abah sebab bersabar ajar anak-anak abah anyam ketupat. 

ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat

Sebelum nak siap 4 biji ni, dua kali gak, termenung panjang. Nak refresh skill anyam ketupat. Hahahahha.. tergolak-golak memikirkannya. Bila dapat combine-combine warna, cantik pulak. Suka hati saya. 



ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat



ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat

Bila dah siap ketupat plastik untuk hias kelas, rasa sangat puas. Anak-anak murid pulak kagum semacam. kata diorang ustazah ni macam-macam tahu buat. Padahal, deco-deco kelas ni pun ada cilok idea-idea orang lain. Walaupun nampak remeh aje ilmu anyam ketupat ni, tapi bila kita tergolong dalam kategori hebat menganyam ketupat. MEMANG RARE !!! 




7.03.2015

, , ,

LATIHAN TOPIKAL : MENGHAYATI BULAN RAMADHAN



Assalamualaikum dan salam ukhuwah. 
Kebetulan belajar tajuk ini dalam bulan Ramadan, sesuai sangat untuk diaplikasikan dengan murid-murid sekalian. 

Soalan : Bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan lain. Berikan hujah kamu untuk menyokong pernyataan tersebut. 


Selamat menjawab.