LATIHAN TOPIKAL : AL ADL


Assalamualaikum dan salam ukhuwah. Kali ini latihan topikal tajuk al-Adl. Anda sudah diberi peluang untuk menjawab dalam kumpulan, gunakan kesempatan yang ada untuk berbincang dan jawab soalan seperti arahan. 


Soalan 1: Bagaimanakah Allah S.W.T berlaku adil kepada manusia. 



Soalan 2: Zalim ialah sifat yang berlawanan dengan sifat adil. Gambarkan keburukan yang akan menimpa individu atau masyarakat akibat tindakan zalim seseorang. 


Jawapan hendaklah ditulis dalam format KBAT. Usahalah membuat carian untuk membantu anda mencari idea untuk menjawab soalan. Pastikan anda menulis nama ahli kumpulan supaya ustazah mudah membuat semakan semula. Terima kasih dan selamat berjaya. 



21 comments

  1. AQILA & NADIAH

    Al-Adli
    1) Pada pendapat saya, cara Allah S.W.T berlaku adil terhadap manusia ialah dengan keadilan. Ianya terbukti apabila kita melihat kepada keadilan sosial yang lahir daripada keadilan hukum Allah. Keseimbangan sosial akan wujud apabila hukum dilaksanakan. Contohnya seperti, mengeluarkan zakat dan orang miskin pula hak untuk menerima zakat. Oleh itu, umat Islam digalakkan mencari harta supaya mampu mengeluarkan zakat dan pada masa yang sama dapat membantu kearah kestabilan ekonomi negara.

    2) Pada pendapat saya, zalim merupakan sifat yang berlawanan dengan sifat adil kerana orang yang bersikap adil dalam menjalankan tanggungjawab dapat menggunakan nikmat kurniaan Allah untuk membina tamadun. Oleh kerana itu, orang yang berlawanan dengan sifat adil akan mengakibatkan berlakunya perpecahan di kalangan masyarakat. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa yakin dengan kehadiran Allah dan sedia menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan supaya dapat menghindarkan diri daripada sifat zalim yang dapat membawa diri kita ke neraka.

    ReplyDelete
  2. hariz(my fiend is book) & razin(horrible friend)

    1)pada pendapat saya,bukti ALLAH S.W.T bersifat al-adli boleh dilihat dari kejadian manusia yang sempurna akal fikiran dan tubuh badan yang sihat kerana dapat beribadat dan menyembah ALLAH S.W.T yang satu.hal ini,walaupun ada orang yang dilahirkan atau kemalangan yang menyebab diri nya kurang sempurna tetapi ALLAH S.W.T memberi keistimewaan atau kelebihan seperti kebolehan menghafal al-quran,dan menjadi saintis atau pensyarah.oleh itu,setiap yang berlaku ada hikmahnya kerana allah s.w.t bersifat adil

    2)pada pendapat saya,antara keburukan bersifat zalim adalah perpecahan masyarakat kerana ketidak adilan sesorang pemimpin dalam menguruskan pentadbiranya.hal ini,jika masyarakat berpecah mungkin ada perusuhan antara kaum dan kes membunuh dan pergaduhan meningkat seperti pada tahun 1969 iaitu peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 mei selepas habisnya pilihan raya.oleh itu,kita sebagai manusia harus bersikap adil dan saksama walaupun berbeza kaum dan agama.

    ReplyDelete
  3. Nabella & Izyan 👇

    1)Pada pendapat saya,Allah s.w.t berlaku adil terhadap manusia adalah melalui kejadian manusia kerana Allah menjadikan manusia sempurna dengan tubuh badan dan akal fikiran supaya mereka dapat membezakan mana yang baik atau buruk.Di samping itu,terdapat segelintir manusia yg cacat.Hal ini kerana,Allah s.w.t tidak mahu membebankan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti orang yg sempurna.Walau bagaimanapun,mereka juga diberi keistimewaan yg tiada pada org yg sempurna.Oleh itu,kita perlulah bersyukur dengan nikmat yang diberi kerana Allah s.w.t berlaku adil terhadap semua makhluk di muka bumi ini.

    2)Pada pendapat saya,antara tiga keburukan yg akan menimpa individu atau masyarakat akibat tindakan zalim seseorang ialah mereka akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t kerana Allah amat benci kepada sesiapa yg berlaku zalim terhadap semua makhluk.Selain itu,kehidupan juga menjadi tidak aman kerana hati mereka diselubungi perasaan benci dan dendam terhadap orang lain.Seterusnya,keharmonian masyarakat berbilang kaum terhakis kerana tidak ada persefahaman,perhubungan dan pergaulan yg baik antara satu sama lain.Oleh itu,kita perlulah menjaga keharmonian yg terjalin agar tidak berlaku perpecahan dan kezaliman sesama masyarakat.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ASYIQIN,SYAFIKAH dan SAIDATUL

    Pada pendapat saya,cara Allah s.w.t berlaku adil terhadap manusia ialah semua hukum dan peraturan yang ditentukan oleh Allah adalah adil dan saksama.Sebagai contoh,Allah s.w.t mewajibkan orang yang berkemampuan membayar zakat supaya dapat membantu fakir miskin.Hal ini demikian kerana,orang miskin berhak menerima zakat kerana mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan sesuatu benda seperti makanan.Kesimpulannya,kita janganlah berkira untuk memberi separuh harta kepada fakir miskin kerana sifat itu akan dibenci oleh Allah s.w.t.

    =Pada pendapat saya,antara keburukan yang akan menimpa individu atau masyarakat akibat tindakan zalim ialah keharmonian kita antara masyarakat yang berbilang kaum akan terhakis.Selain itu,akan berlaku perpecahan dikalangan masyarakat jika kita tidak membanteras sikap zalim pada zaman sekarang.Akhir sekali,kita akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t serta negara kita akan turut menjadi mundur.Kesimpulannya,kita janganlah bersikap zalim kerana zalim itu adalah perkara yang ditegah dalam islam.

    ReplyDelete
  6. Khairullah,Umar,Nashriq

    1)Pada pendapat saya,bukti Allah berlaku adil kepada manusia ialah dgn membuat pelbagai iklim di bumi utk manusia.Hal ini kerana,iklim ade pelbagai jenis seperti hujan contohnya hujan beri byk manfaat kepada manusia serta memberi air utk terus hidup dan menyiram pokok.Kesimpulannya,kita perlu bersyukur dgn ape yg telah diberi oleh allah serta kita juga bole tau bahawa allah maha adil dgn memberi pelbagai iklim kepada manusia.

    2)Pada pendapat saya,keburukan yang akan menimpa masyarakat akibat tindakan zalim seseorg ialah sesebuah negara tidak aman kerana kezaliman pemimpin terhadap masyarakat.Hal ini kerana, Jika pemimpin sesebuah negara tidak berlaku adil kepada masyarakat negara itu akan menjadi kucar-kacir dan tidak tentu arah kerana pentadbiran yg tidak betul.Kesimpulannya,kita perlulah bersifat adil kepada individu ataupun masyarakat kerana jika kita bersifat zalim kita akan di pandang rendah serta di pandang hina oleh Allah.

    ReplyDelete
  7. Sofea & Diana

    1) Pada pendapat saya , Allah s.w.t. berlaku adil terhadap manusia dengan tidak memandang harta , darjat dan paras rupa seseorang ketika memberi rezeki dan pertolongan kepada manusia. Contohnya , Allah s.w.t memberi balasan yang setimpal dengan amalan yang dilakukan oleh manusia. Selain itu , setiap manusia yang dicipta oleh Allah s.w.t. adalah lengkap dengan anggota fizikal dan disempurnakan dengan akal fikiran yang waras. Kesimpulannya , kita mestilah bersyukur terhadap segala nikmat yang diberi oleh Allah s.w.t.

    2) Pada pendapat saya , terdapat beberapa keburukan yang akan menimpa individu atau masyarakat apabila tidak berlaku adil . Antara keburukannya adalah , kehidupan seharian seseorang individu tidak aman dan porak-peranda. Selain itu , keharmonian antara kaum terjejas. Perkara ini dapat menimbulkan golongan penghasut yang dapat menimbulkan huru-hara dengan cerita yang berunsur perkauman. Maruah dan imej negara juga akan dipandang rendah oleh masyarakat antarabangsa. Kesimpulannya , kita perlulah bersifat adil supaya tidak berlaku perpecahan sesama individu atau masyarakat.

    ReplyDelete
  8. Aiman Haqiemi & Danish Iskandar

    1) Pada pendapat saya,Allah S.W.T Berlaku adil terhadap manusia adalah dengan menjadikan manusia sempurna dengan tubuh badan dan akal fikiran supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang normal.Walaupun ada dalam kalangan manusia yang dijadikan cacat namun Allah yang maha Adil tidak membebankan mereka dengan tugas dan tanggungjawab seperti orang yang sempurna.Selain itu,kedudukan segala anggota manusia dicipta Allah sesuai dengan fungsinya
    untuk kebaikan manusia.Oleh itu, Kita haruslah bersyukur dengan tubuh badan dan akal fikiran yang sempurna

    2) Pada pendapat saya, keburukan yang akan menimpa individu atau masyarakat akibat tindakan zalim ialah kehidupan di sesebuah negara tidak aman dan akan berlakunya perpecahan dalam masyarakat.Selain itu,Keharmonian antara kaum akan terhakis,ini akan menyebabkan seseorang individu tidak akan mendapat penghormatan orang lain.Akhir sekali Allah benci akan hambanya yang zalim,jika tindakan zalim yang dilakukan ini berterusan ini akan menyebabkan sesebuah negara menjadi kucar-kacir dan mundur.Oleh itu,kita haruslah bersifat adil dan tidak melakukan perkara atau tindakan yang zalim terhadap seseorang itu.


    ReplyDelete
  9. ALIF,HAZMAN AND ANDI

    1.Pada pendapat saya,Allah s.w.t berlaku adil terhadap manusia adalah melalui hukum hakam yg ditetapkan olehnya.Hukum hakam yg dimaksudkan itu ialah Hukum Hudud dan ia merupakan satu hukum yg di buat oleh Allah yg sesuai dan adil untu seluruh manusia tak kira bangsa dan agama.Jika hendak di bandingkan dgn Hukum hakam ciptaan manusia,Hukum Hakam ciptaan manusia lebih byk kelemahan dan perlu di kemaskini mengikut peredaran masa.Kesimpulannya,Allah merupakan sang pencipta yang sentiasa berlaku adil dlm bnyk bentuk.

    Nnti Hazman bagi lagi satu.

    ReplyDelete
  10. Salbiah & Nurin #1Dfulyfe #Animefulyfe

    1) Pada pendapat saya , Allah SWT berlaku adil terhadap manusia kerana Allah SWT telah jadikan kejadian manusia dengan lengkap dan sempurna. Selain itu , anggota tubuh badan yang ada pada manusia amat berfungsi seperti akal fikiran dapat membezakan perkara positif dan negatif yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan seharian dengan lancar. Walaupun ada kalangan manusia dilahirkan cacat, namun Allah SWT yang maha adil tidak membebankan mereka dengan tugas & bertanggungjawab seperti orang sempurna. Allah SWT juga memberi mereka keistimewaan yang tiada pada orang sempurna malah mereka juga dapat berjaya seperti penghafaz al-Quran dan sasterawan yang hebat. Kesimpulannya, sebagai umat Islam , kita seharusnya beriman terhadap Allah SWT yang bersifat maha adil untuk menjadi hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa di dunia dan di akhirat.


    2) Pada pendapat saya, zalim ialah sifat yang berlawanan dengan sifat Al-adil kerana zalim bermaksud aniaya atau celaka, manakala Al-adil adalah sebaliknya. Zalim merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT dan termasuk dalam salah satu dosa-dosa yang besar jika dilakukan.Selain itu,terdapat banyak kesan buruk terhadap perbuatan zalim ini, iaitu masyarakat tidak akan bersatu padu dalam memajukan negara malah negara akan mundur dan dipandang rendah oleh negara jiran yang lain. Oleh itu, manusia yang berbuat perkara zalim akan mendapat balasan di dunia dan diseksa pedih di akhirat kelak. Kesimpulannya, kita mestilah sentiasa berlaku adil supaya disenangi oleh masyarakat dan janganlah berlaku zalim terhadap orang lain.





    ReplyDelete
  11. [ummu & airyn]

    Soalan 1 :
    Pada pendapat saya, bukti Allah berlaku Adil terhadap manusia ialah kejadian manusia kerana Allah telah mencipta manusia yang sempurna dan ada yang cacat. Hal ini kerana, manusia yang sempurna diberikan tanggungjawab sedangkan manusia cacat tidak dibebankan dengan tanggungjawab orang yang sempurna. Di samping itu, Allah mengurniakan kepada mereka yang cacat keistemewaan tersendiri seperti akal yang cerdas dan jiwa yang halus. Kesimpulanya, sebagai hamba Allah, kita wajib menyakini bahawa keadilan dan kesaksamaan Allah dihayati dalam segala aspek kehidupan.

    Soalan 2:
    Pada pendapat saya , antara keburukan yang akan menimpa individu atau masyarakat , kehidupan tidak akan aman kerana kesalahan yang telah dilakukan sentiasa menghantui individu , mereka akan sentiasa resah dan menyesal . Selain itu , individu atau pun masyarakat tidak dapat penghormatan orang lain . Sebagai contoh , dalam suatu perbahalan , jika kita memihak kepada orang yang salah , penghormatan orang lain terhadap kita akan hilang . Pada masa yang sama , Jika ia menguasai masyarakat, kebenaran akan terhapus dan kebatilan akan dibela. Oleh itu, kita hendaklah bersikap adil kerana sikap adil tu hampir dengan bertaqwa.

    Thankyou.

    ReplyDelete
  12. Syazana & SharifahJuly 6, 2015 at 9:29 PM

    1.Pada pendapat saya,cara Allah berlaku adil terhadap manusia adalah melalui ciptaan muka bumi dengan pelbagai iklim yang sesuai dengan keperluan setempat. Sebagai contoh,penduduk di iklim khatulistiwa menjadikan nasi makanan utama mereka kerana muka buminya dan iklimnya amatlah sesuai untuk menanam padi manakala penduduk di iklim medetereneen menjadikan roti sebagai makanan utama mereka kerana bentuk muka buminya dan iklimnya sesuai untuk menanam gandum. Oleh itu,kita haruslah bersyukur atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah dah tidak perlulah berdengki terhadap seseorang yang mendapat sesuatu yang lebih istimewa atau hebat daripada kita kerana setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.


    2.Pada pendapat saya, antara keburukkan yang akan menimpa individu atau masyarakat akibat tindakan zalim ialah negara akan menjadi mundur kerana masyarakatnya yang berpecah belah akibat sifat zalim. Sebagai contoh, jika pemimpin di negara kita bersifat zalim, masyarakat akan mengadakan pemberontakan untuk menjatuhkan pemimpin itu. Hal ini menyebabkan negara tidak aman dan akan dipandang rendah oleh negara lain sekaligus menyebabkan rakyatnya sendiri menanggung malu. Oleh itu, kita perlulah mengelakkan sifat zalim dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Azman & Irsyad & Azeem

    1)Pada pendapat saya, antara bukti Allah bersifat Adil adalah melalui tanggungjawab seseorang manusia mengikut ciri fizikal supaya setiap manusia dapat bergembira sewaktu mereka hidup. Sebagai contoh, orang yang cacat mempunyai tanggungjawab lebih sedikit dari orang yang sempurna. Oleh itu, kita janganlah membenci Allah kerana Allah menilai manusia dengan adil.

    2)Pada pendapat saya, antara keburukan yang akan menimpa individu atau masyarakat akibat tindakan zalim seseorang ialah sesebuah negara akan menjadi mundur kerana pemerintahnya yang bertindak zalim ke atas rakyatnya. Hal ini kerana, rakyatnya akan memberontak kerana tiada keadilan dalam sistem pemerintahan. Oleh itu, seorang pemerintah perlulah bertindak adil ke atas rakyatnya.

    ReplyDelete
  15. Naza,Irfan,Hakeem



    1)Pada pendapat saya,sifat al adli allah ialah allah berlaku adil terhadap manusia dengan cara hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh allah.Hal ini kerana,allah mewajibkan keatas orang kaya mengeluarkan zakat dan orang miskin pula diberi hak untuk menerima zakat.Oleh itu,kesimpulannya kita mestilah bersyukur supaya hidup kita diberkati dan dihormati oleh allah


    2)Pada pendapat saya,akibat tidakan zalim seseorang ialah kehidupan tidak aman kerana berlaku perpecahan dikalangan masyarakat.Hal ini akan menyebabkab,keharmonian masyarakat terhakis.Oleh itu,kesimpulannya kita haruslah menjauhi sifat zalim ini supaya tidak mendapat kemurkaan dari allah

    ReplyDelete
  16. Naza,Irfan,Hakeem



    1)Pada pendapat saya,sifat al adli allah ialah allah berlaku adil terhadap manusia dengan cara hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh allah.Hal ini kerana,allah mewajibkan keatas orang kaya mengeluarkan zakat dan orang miskin pula diberi hak untuk menerima zakat.Oleh itu,kesimpulannya kita mestilah bersyukur supaya hidup kita diberkati dan dihormati oleh allah


    2)Pada pendapat saya,akibat tidakan zalim seseorang ialah kehidupan tidak aman kerana berlaku perpecahan dikalangan masyarakat.Hal ini akan menyebabkab,keharmonian masyarakat terhakis.Oleh itu,kesimpulannya kita haruslah menjauhi sifat zalim ini supaya tidak mendapat kemurkaan dari allah

    ReplyDelete
  17. Azza dan farina

    1) Pada pendapat saya, tanda Allah berlaku adil terhadap semua adalah mencipta manusia dengan tubuh badan dan akal yang sempurna. Sebagi contoh, seseorang yang sempurna tubuh badan wajiblah melakukan segala suruhan yang diperintah olehNya tetapi bagi segelintir manusia yang cacat Allah telah memeringankan beban untuk mereka tidak melakukan tanggungjawab seperti mereka yang sempurna. Oleh itu, kita wajarlah mempercayai bahawa Allah itu maha adil kepada semua makhluknya.

    2)Pada pendapat saya, keburukan yang akan berlaku kepada masyarakat jika seseorang itu berlaku zalim ialah negara kita mungkin tidak akan maju. Sebagai contoh, pemimpin yang tidak prihatin tentang masyarakatnya. Ini akan menyebabkan masyarakat itu akan memberontak terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Oleh itu, kita mestilah tidak berlaku zalim kerana ia mungkin memberi impak yang buruk kepada masyarakat ataupun negara.

    ReplyDelete
  18. Nadiah & Darin

    1)PADA PENDAPAT SAYA, ALLAH BERLAKU ADIL TERHADAP MANUSIA DENGAN MENCIPTA MANUSIA DENGAN TUBUH BADAN DAN AKAL FIKIRAN YANG SEMPURNA. ALLAH MENCIPTAKAN TUBUH BADAN YANG SEMPURNA UNTUK MANUSIA MELAKUKAN KERJA DENGAN SENANG DAN AGAR MANUSIA DAPAT SOLAT DAN BERDOA KEPADANYA. WALAU BAGAIMANA PON, ADA SEGELINTIR MANUSIA YANG DIJADIKAN CACAT SEJAK LAHIR. HAL INI KERANA, ALLAH TIDAK MAHU MEMBEBANKAN MEREKA DENGAN TUGASAN YANG BERAT SEPERTI ORANG YANG SEMPURNA. NAMUN, MEREKA DIBERIKAN KEISTIMEWAAN YANG TIDAK DIBERI KEPADA MANUSIA SEMPURNA . OLEH ITU, KITA HENDAKLAH BERSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH YANG MAHA ADIL.

    2) Pada pendapat saya antara keburukan yang akan menimpa individu atau masyarakat akibat tindakan zalim seseorang ialah negara tidak akan maju serta berlaku permusuhan dalam kalangan masyarakat. sebagai contoh, jika pemimpin bertindak zalim kepada rakyat, rakyat akan berusaha untuk menjatuhkan pemimpin dan berlakunya pemberontakan. Hal ini menyebabkan, negara akan terus menerus dipandang buruk oleh negara-negara lain. Oleh itu, kita wajarlah berlaku adil supaya tiada sifat hasad dengki diantara satu sama lain.

    ReplyDelete
  19. dina dan dyannie

    1) Pada pendapat saya,Allah SWT berlaku adil terhadap manusia dengan hukum dan peraturan ,Allah SWT mewajibka orang kaya mengeluarkan zakat kepada orang miskin. Hal ini kerana, orang miskin tidak mampu untuk mendapat sumber kehidupaan seperti makanan dan minuman. Oleh itu, kita tidak seharusnya tamak dengan kekayaan dan bersifat bongkak terhadap orang lainkerana Allah SWT benci akan manusia yang zalim dan angkuh.

    2) Pada pendapat saya,sifat yang berlawan dengan sifat al-adli ialah zalim.Zalim merupakan perbuatan yang dilarangkan oleh Allah SWT dan termasuk dari salah satu dosa besar.Antara keburukan daripada berbuatan zalim ialah lahirnya manusia yang tidak bertanggunjawab dan mementingkan diri sendiri. Orang yang dalam hidupnya hanya mementingkan dirir sendiri tanpa menghiraukan kepentingkan orang lain sungguh amat berbahaya, bakal bisa membinasakan masyarakat umum.Selan itu, timbulnya perasaan dendam perpanjangan sesama manusia yang boleh mengakibatkan pemusuhan.Islam larang umatnya berdendam dan bermusuhan sesama sendiri kerana ia bertentangan dengan akhlak islam dan haram. Seterusnya,wujud perasan tidak puas hati dalam kalangan orang ramai akibat daripada perbuatannya.Perasan tidak puas hati akan timbul apabila terdapat percangahan atau perbezaan dalam persepsi kuasa,nilai dan perasaan.Kita perlu menyedari bahawa segala kezaliman yang dilakukan akan diazab oleh Allah di akhirat.Oleh itu,kita perlu menyedari bahawa segala kezaliman akan di azab oleh Allah di akhirat

    ReplyDelete
  20. 2)Pada pendapat saya zalim adalah sifat berlawanan bagi adil.Terdapat pelbagai keburukan yang akan berlaku kepada seseorang individu yang tidak berlaku adil.Antaranya ialah kehidupan tidak aman,hidupnya tidak akan aman kerana tidak berlaku adil terhadap orang lain.Selain itu, keharmonian masyarakat berbilang kaum terhakis ini selalu berlaku kerana manusia zaman sekarang sering mementingkan diri sendiri.Akhir sekali,mendapat kemurkaan Allah.Allah akan murkanya jika seseorang umat itu tidak melaksanakan perintahnya.Kesimpulannya,Allah menyuruh manusia melakukan keadilan dan mengharamkan kezaliman.

    ReplyDelete