7.09.2015

, , ,

ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE


Ini ilmu yang perlu diwariskan. Kerana ia sangat RARE. Kalau dibiar sahaja, barangkali terus lupa dan hilang begitu sahaja. Mungkin masih ramai lagi generasi yang lahir sekitar 80an sebaya saya masih mengetahui cara-cara menganyam ketupat. Generasi awal dari saya, confirm tahu kot. Mungkin juga generasi bawah-bawah pun tahu. Dan kalau tak tahu, banyak dah sekarang tutorial anyam ketupat. Saya dulu belajar live dengan abah. Mak ajar tak masuk, mungkin bila anaknya susah betul nak menangkap ilmu yang turun dari mak. Tapi abah memang terror ajar. Dalam masa lima minit, saya terus dapat ilmu masuk dalam otak sampai sekarang. 

Kalau tak ada ketupat nasi ini, rasa tak lengkap juadah hari raya. Masa umur sekolah rendah, tak terfikir pun macam mana nak anyam ketupat. Bila tiba nak raya, tugas saya ialah isi nasi dalam sarung ketupat yang dah siap. Isi nasi aje, 1 per tiga dari sarung ketupat. Tak mahu nasi nanti terlalu keras. Itu yang mak ajar pada saya. Bila dah mula anyam ketupat, saya akan uruskan bahagan sarung ketupat. Terror tak terror, dalam masa 3 jam boleh siap anyam 100 biji. Sambil duduk, baring, berdiri dan macam-macam aksi sambil anyam ketupat ni. Dah siap anyam, rendam dalam besen berisi air semalaman. 

Korang kategori mana? 
ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat
Ihsan dari saharil.com

Bila dapat idea nak hias kelas dengan tema hari raya, saya pergi cari ribbon. Hamikkau!! Ketupat guna ribbon kecik, 5 bijik RM15. Mak datok, mahalnya. Boleh bussiness ni. Beli ribbon gulung, anyam sendiri. Mungkin kerana ilmu anyam ketupat ramai yang tak tahu, nilai penghasilan pun jadi mahal. Bersyukurnya saya, saya mewarisi ilmu ini. Terima kasih abah sebab bersabar ajar anak-anak abah anyam ketupat. 

ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat

Sebelum nak siap 4 biji ni, dua kali gak, termenung panjang. Nak refresh skill anyam ketupat. Hahahahha.. tergolak-golak memikirkannya. Bila dapat combine-combine warna, cantik pulak. Suka hati saya. 



ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat



ANYAM KETUPAT WARISAN YANG RARE, anyam ketupat

Bila dah siap ketupat plastik untuk hias kelas, rasa sangat puas. Anak-anak murid pulak kagum semacam. kata diorang ustazah ni macam-macam tahu buat. Padahal, deco-deco kelas ni pun ada cilok idea-idea orang lain. Walaupun nampak remeh aje ilmu anyam ketupat ni, tapi bila kita tergolong dalam kategori hebat menganyam ketupat. MEMANG RARE !!! 




0 comments:

Post a Comment