7.21.2015

, , ,

DURIAN RAYA


Raya kali ini ramai yang post tentang durian. Makan durian pagi raya, malam raya, balik dari beraya, pergi beraya dan macam-macam lagi. Malangnya, saya dan suami tak sempat singgah mana-mana kedai durian sepanjang perjalanan pergi dan balik Kuantan dan Muar. Hanya nampak lampu kedai durian lebih terang dari lampu jalan. 

Jadi, hari terakhir cuti raya ini, saya ajak suami makan durian di Petaling Jaya. Dulu terkenal di SS2, tapi sekarang dah pindah. Bukan mengidam, tapi nak lepaskan tekak nak merasa durian. 


DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,


Masa kami sampai, mungkin dah agak lewat, lebih kurang jam 11 malam. Al maklum, bila dah mula melepak kat rumah seharian, nak bersiap keluar rumah ni memanglah bercinta. Malam ni harga durian D24 sekilo rm 18. Musing King pulak sekilo rm38. Kali ni memang nak makan Musang King sebab sepanjang jalan balik kampuung, semua kedai gantung papan Musang King. Sama ada ori atau tak, itu tak tahulah kan? Pesan tokey kedai, kalau nak makan durian, makan D24 dulu, baru makan Musang King. Tak mahu downgrade rasa durian. 

DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,
Ini D24 ( gambar tak melambangkan rasa) 

Malam ni makan sebiji D24 dan sebiji Musang King. Jenuh jugakah saya nak menghabiskan durian. Selang seli minum air aje. Memang padat, likat dan sedap Musang King. Rasa penuh kesedapan Musang King dalam mulut. Tak menyesallah makan durian kat sini. Kalau tak elok isi dalam, boleh minta tukar terus kat sini. 

DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,
Ini Musang King ( gambar tidak melambangkan rasa) 

DURIAN RAYA, DURIAN, HARI RAYA, MAKAN DURIAN, DURIAN SEDAP,

Kesukaan saya, ialah kucing tidor. 1 ulas durian ada pada satu pangsa sahaja. Tidak ada perbezaan rasa kalau makan kucing tidor pun. Cuma, ini yang paling saya suka. 

Durian, buah yang paling istimewa. Sebab ada identiti sendiri. Dan ada peminat yang tersendiri. Dan sehingga hari ini, masih terkenal dengan gelaran raja buah-buahan. 



0 comments:

Post a Comment