YEAY !!! MOOD RAYA. Eh siapa yang excited lebih ni. Cikgu ke anak murid? Apapun saya sangat gembira kerana saya sempat nak buat deko-deko untuk kelas 2 Aktif. Bila idea tu sampai, saya terus jumpa pelajar, pesan carikan kad raya, cari tikar, kipas sate, tisu roll, kuali dan macam-macam lagi. Saya? Saya bertindak sebagai tunggak utama sebagai tukang anyam ketupat.
Siapa sangka, hasil hiasan kelas tema raya ini, menjadikan kelas 2 Aktif kelas pilihan untuk dijadikan kelas contoh sempena lawatan delegasi dari Filipina pada 24 Julai nanti. Berita istimewa ini disampaikan oleh Penolong Kanan 1 saya pada hari ini. Seronok bukan kepalang.
Walaupun ini satu peluang terbaik untuk saya dan anak-anak murid 2 Aktif, saya tetap merasakan debar dalam hati. Mahu tak debor. Berbahasa Inggeris pun kadang-kadang "patah-patah", apatah lagi nak mengajar di hadapan 25 orang perwakilan dari Filipina ini.
Apa-apa pun, kita raya dulu lah ye. Lepas cuti sambutan hari raya, baru kita cerita. Kepada semua anak-anak murid ustazah, selamat hari raya. Pada teman dan taulan, selamat hari raya. Semoga selepas cuti raya nanti kita berjumpa lagi.
Kebetulan, ruang belakang kelas saya luas. Boleh lah nak bentang tikar plastik ni kat belakang kelas. Dan yang paling best, kelas saya, satu-satunya kelas yang buat tema hari raya dalam kelas. Seronok budak-budak.
Nampak tak? Tisu roll tu anak-anak murid jadikan kayu api, kononnya nak masak ketupat.
0 comments:
Post a Comment