Masa raya baru ni, memang makan bersungguh-sungguh. Meskipun dalam otak dah set dah, naik cuti hari raya dah ada satu larian. Bila dah terlebih makan tu, mulalah nak meroyan. Lagi nak berhenti... lagi banyak plak kita makan. Tapi untuk hari ini, misi larian ke garisan penamat tetap diteruskan. Kali ini bersama Ecohill Rescue Run 2015 di Semenyih.
Ok 1st time sampai sini ye. Tengok kawasan berbukit-bukau. Sah, larian kali ini, tak macam selalu.
Tempat berkumpul. Amek bak hang.
Jangan tanya kenapa nampak kepala aje. Ini adalah kerana penyertaan secara seorang diri. Memang selpiak ajelah ye.
Larian kali ini bersama belon-belon yang berwarna hijau.
Serius, memang perut saya rasa bergoncang, Habislah segala ketupat rendang dan lemang bergoyang-goyang kat dalam. Kikiki. Selepas diselangi dengan jalan, lari, jalan, lari lari dan jalan. Kumpul juga semangat supaya larian jangan lebih sejam dalam masa 5 km.
Nampak aje sign board ni dah lain macam aje semangat. Fokus nak habis cepat. Tak mahu jadi orang paling last. Cheh !!!
Maskot yang comel
Petua, bila lari sorang-sorang pastikan battery phone penuh. Rapat-rapat sikit pada tempat penamat. Tolong orang lain dulu, pastu kita pula minta tolong orang ye. Tak kisahlah walaupun anda rasa anda tetap gemuk sebelum dan selepas lari, yang penting anda dah lari. Dah habiskan 5km dengan jayanya. Yeay!!!
0 comments:
Post a Comment