7.03.2015

, , ,

LATIHAN TOPIKAL : MENGHAYATI BULAN RAMADHAN



Assalamualaikum dan salam ukhuwah. 
Kebetulan belajar tajuk ini dalam bulan Ramadan, sesuai sangat untuk diaplikasikan dengan murid-murid sekalian. 

Soalan : Bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan lain. Berikan hujah kamu untuk menyokong pernyataan tersebut. 


Selamat menjawab. 

42 comments:

  1. Irsyad:

    Bulan Ramadhan lebih istimewa daripada bulan lain kerana pada bulan Ramadhan, pintu² keburukan ditutup dan pintu kebaikan pula dibuka. Sebagai contoh, segelintir umat Islam akan melakukan maksiat akan tetapi mereka tidak boleh melakukan sedemikian ketika berpuasa. Hal ini kerana, puasa akan terbatal jika seseorang individu melakukan maksiat. Kesimpulanya, umat Islam akan kurang mendapat dosa dan mendapat pahala kerana berpuasa.

    ~Irsyad

    ReplyDelete
  2. ALIF(boleh x lepasni sy x tulis nama dh?)

    Bulan Ramadan merupakan Bulan yg Istimewa kerana pada bulan tersebut terdapatnya malam laitul qadar.Malam Lailatul Qadar merupakan malam di mana turunnya al-quran.Dan kepada sesiapa yg berdoa pada mlm tersebut nescaya doanya termakbul dan dosanya terampun.Selain itu juga Umat Islam akan menikamti kegembiraan ketika tibanya waktu berbuka puasa.Kesimpulannya Umat Islam Haruslah berbuat amal kebaikan sepenuh jiwa pada bulan Ramadan kerana Bulan Ramadan merupakan Bulan yg sngt Istimewa berbanding bulan2 yg lain

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat saya, Bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan lain kerana bulan Ramadhan merupakan bulan dimana segala doa akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T . Selain itu juga, umat manusia yang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan akan dimurahkan rezekinya dan berpeluang besar untuk memasuki syurga, kerana Allah S.W.T telah menjanjikan ganjaran syurga bagi mana-mana umatNya yang melakukan ibadat di bulan Ramadhan. Oleh itu, kita haruslah memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan melakukan amal ibadah, mahupun, amal syariah dengan penuh keikhlasan. Setulus ikhlas hati seseorang atau sesuatu makhluk, akan membawa keberkatan dan kebaikan dirinya sendiri. Kesimpulannya, seluruh umat Islam haruslah membuat perkara yang membawa manfaat, supaya mereka dapat merasa nikmat memasuki syurga Allah S.W.T .

    ReplyDelete
  4. Khairullah

    Pada pendapat saya, bulan ramadhan merupakan bulan yang istemwa kerana pada bulan ramadhan terdapat malam lailatul qadr yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain juga malam yang lebih baik dari 1000 bulan.Hal ini kerana,malam lailatul qadr adalah malam penuh keberkatan serta malam lailatul qadr disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat akan turun untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seluruh penduduk bumi.Kesimpulanya, kita perlu mengejar bulan ramadhan kerana pada bulan ramadhan doa umat islam akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Diana :

    Pada pendapat saya , bulan Ramadan merupakan bulan keistimewaan. Antara keistimewaannya ialah terdapat malam lailatulqadar dan al-Quran diturunkan kepada Rasulullah . Malam lailatulqadar istimewa kerana satu malam lebih baik daripada seribu bulan dan malam tersebut merupakan malam kesejahteraan dan malam penuh keberkatan. Contohnya , dosa setiap orang yang menghidupkan malam lailatulqadar akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Kesimpulannya , kita mestilah menghargai keistimewaan bulan Ramadan.

    ReplyDelete
  7. Nadiah Hanani

    Pada pendapat saya, bulan ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan lain kerana bulan ramadhan merupakan bulan yang senang untuk mendapat pahala. Ini kerana, apabila kita bersedekah pada bulan ramadhan dengan niat yang ikhlas, pahala kita akan berlipat ganda dan kita akan dijauhkan daripada azab neraka dan didekatkan ke syurga. Oleh itu, kita hendaklah prihatin dengan kesusahan orang lain supaya mendapat kerahmatan Allah.

    ReplyDelete
  8. Danish

    Pada pendapat saya,bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan yang lain kerana bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan pahala berlipat ganda.Sebagai contoh,allah akan melipat gandakan ibadah yang dikerjakan di bulan suci Ramadhan seperti mendirikan solat 5 waktu,membaca Al-Quran dan mendirikan solat sunat tarawikh.Oleh itu,kita haruslah mengambil kesempatan ini di bulan Ramadhan untuk mendirikan ibadah dengan sebanyak yang mungkin.

    ReplyDelete
  9. Naza

    Pada pendapat saya, antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah bulan ini mendidik untuk mencapai ketaqwaan dengan tidak mengetahui kita mendidik diri untuk menahan lapar, dahaga dan lain lain. Hal ini, kita akan diajar tentang kehidupan orang orang susah seperti orang miskin yang tiada makanan. Oleh itu, kesimpulannya kita belajar untuk bersabar yang di dasari dengan ketaqwaan.

    ReplyDelete
  10. Saidatul

    Pada pendapat saya,bulan ramadan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan lain kerana terdapat malam lailatulqadar yang merupakan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.Hal ini demikian kerana ibadah yang dilakukan pada malam tersebut akan berganda ganjarannya.Malam lailatulqadar hanya orang tertentu yang dipilih oleh Allah.Selain itu, malam lailatulqadar juga merupakan malam dimana dosa diampunkan.Oleh itu,kita haruslah berusaha melakukan ibadah terutamanya dalam bulan ramadan agar dapat menambahkan ganjaran pahala.

    ReplyDelete
  11. Umar

    Pada pendapat saya,bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding bulan-bulan lain kerana pada bulan Ramadhan,syaitan-syaitan telah diikat supaya mereka tidak dapat membuat kekacauan terhadap umat Islam.Hal ini kerana,umat Islam boleh menunaikan amalan kebaikan serta amalan kewajipan dengan mudah.Oleh itu,umat Islam haruslah bersyukur pada bulan Ramadhan kerana senang mendapat pahala bebanding bulan-bulan lain.

    ReplyDelete
  12. Ummu Aisyah

    Jawapan :

    Pada pendapat saya , bulan Ramadhan merupakan bulan istimewa berbanding bulan lain kerana pada bulan Ramadhan , segala ibadat yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala sepuluh hingga 700 kali ganda . Hal ini kerana , banyak ibadah yang boleh dilakukan dalam bulan mulia ini . Sebagai contoh , membaca al-quran pada bulan Ramadhan , pahalanya akan dilipat gandakan . Kesimpulannya , bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan memberi banyak manfaat kepada umat islam .

    Thankyou.

    ReplyDelete
  13. Darin:

    Pada pendapat saya, bulan ramadan merupakan bulan keistimewaan kerana bulan ini khusus untuk umat Islam melakukan ibadat puasa pada siang hari Dan mengerjakan solat terawih pada malam hari. Dengan melakukan ibadat ini, umat islam akan diberikan pahala yang banyak. Selain itu, segala dosa yang dibuat akan diampunkan oleh Allah S.W.T dan Akan berpeluang untuk memasuki syurga. Oleh itu, kita sebagai umat Islam hendaklah rajin melakukan ibadat agar diredhai Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  14. Pada pendapat saya,bulan ramadhan ialah bulan suci agung yang selalu dirindukan dan dinantikan kedatangannya oleh orang-orang beriman dan taqwa kerana semua amalan mereka dilipat gandakan setiap satu kebaikan.Selain itu, berpuasa di bulan ramadhan dengan iman dan mengharapkan pahala, diampuni dosa-dosa yang telah lampau.Oleh itu,kesimpulannya bulan ramadhan dapat meningkatkan ibadat kita

    ReplyDelete
  15. Pada pendapat saya,bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding bulan-bulan lain kerana keistimewaan bulan ini terbukti apabila Allah SWT menurunkan Al-Quran pada bulan yang mulia ini iaitu pada malam lailatulqadar. Sebagai contoh,segala doa kita dimakbulkan oleh Allah SWT. Oleh itu,kita hendaklah memperbanyakkan amalan-amalan sunat pada malam ini di bulan Ramadhan

    ReplyDelete
  16. asyiqin
    pada pendapat saya,bulan ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan yang lain kerana dapat melakukan perkara yang diredhai allah s.w.t supaya mendapat pahal yang berlipat kali ganda .Selain itu umat umat islam akan dipandang tinngi dan dapat membangunkan ekonomi negara.Hal ini kerana, puasa memberi banyak faedah kepada umat islam untuk terus melakukan ibadat puasa.Oleh itu,kita perlulah sentiasa melakukan amal ibadat supaya dapat memupuk sifat sabar dan berdisiplin dalam menjalani kehidupan seharian

    ReplyDelete
  17. Syafikah
    pada pendapat saya,bulan ramadan merupakan bulan keistimewaan kerana bulan ramadhan merupakan bulan yang mulia kepada umat islam untuk menambahkan amal ibadat.sebangai contoh,doa kita akan termakbul jika kita selalu bermohon kepadanya untuk kembali kearah kebenaran. selain itu,dalam bulan ramadhan oarang yang berada dia alam barzakh akan diberhentikan seketika seksaanya daripada allah s.w.t.kesimpulannya,kita haruslah sentiasa berdoa dan melakukan perkara yang bermanfaat agar kita diredaai oleh allah s.w.t

    ReplyDelete
  18. Nadiah:

    Pada pendapat saya,bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan lain kerana pada bulan Ramadhan ,Allah telah menghadiahkan malam Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad. Hal ini kerana,malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan dan pada malam yang penuh kesejahteraan itu juga akan turunnya Jibril dan para Malaikat untuk mengucapkan salam kepada umat Islam . Selain itu, malam itu merupakan malam yang paling mustajab untuk berdoa dan segala dosa yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah. Oleh itu,kita sebagai umat Islam hendaklah merajinkan diri untuk melakukan ibadat dan bertungkus-lumus untuk mengejar malam tersebut.

    ReplyDelete
  19. Salbiah

    Pada pendapat saya , bulan ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding bulan-bulan lain kerana bulan tersebut dikhususkan untuk semua umat Islam melakukan ibadat puasa dengan sempurna malah Allah SWT melipatgandakan pahala kepada hambanya yang melakukan ibadah dan kebaikan seperti solat tarawih, mengaji al-Quran dan bersedekah kepada orang yang memerlukan. Pada bulan ramadhan juga, syaitan dan iblis diikat dan dibelenggu hanya pada bulan tersebut supaya umat Islam dapat melakukan ibadah dengan tenang dan khusyuk.Selain itu, terdapat malam yang penuh keberkatan iaitu malam lailatulqadar. Allah SWT akan memberi ganjaran pahala yang banyak dan keampunan dosa-dosa hamba-Nya yang lepas kepada sesiapa yang melakukan ibadah pada malam tersebut. Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah mengambil peluang pada bulan yang amat mulia ini untuk memperbanyakkan amal ibadat dan membentukkan diri kearah kebaikan .

    ReplyDelete
  20. Pada pendapat saya, antara keistimewaan bulan ramadan ialah kehadiran malam lailatulqadar kerana malam ini dianggap lebih baik daripada seribu bulan.Hal ini kerana, Allah akan menggandakan pahala dan menghapuskan dosa hamba-Nya yang beribadah oada malam tersebut.Kesimpulannya, kita haruslah mengejar malam lailatulqadar ini dengan melakukan amal ibadah.


    ~Azeem~

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  21. Sofea Addeena.
    Pada pendapat saya, bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa daripada bulan-bulan yang lain kerana bulan Ramadan ialah bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Adanya malam Lailatulqadar pada bulan Ramadan, umat Islam berpeluang untuk menggandakan ganjaran pahala amal ibadat yang dilakukan. Hal ini kerana, malam Lailatulqadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan. Ganjaran pahala berlipat kali ganda dan segala doa kebaikan akan dimakbulkan oleh Allah. Kesimpulannya, kita mestilah memanfaati keistimewaan yang diberi Allah pada bulan Ramadan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  22. Nurin:

    Pada pendapat saya, bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan-bulan lain kerana bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Pada bulan Ramadhan, terdapat malam lailatul qadar iaitu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadhan kerana ia juga lebih baik daripada seribu bulan. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan puasa bagi umat Islam, puasa pada siang hari dan solat terawih pada malam hari. Kesimpulannya, bulan Ramadhan membawa banyak manfaat kepada umat Islam dan mendapat pahala berlipat ganda.

    ReplyDelete
  23. -Azman-

    Pada pendapat saya,bulan ramadhan merupakan bulan istimewa berbanding dengan bulan-bulan lain kerana bulan ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran sebagai petunjuk umat manusia.Sebagai contoh,setiap satu huruf yang di baca dalam Al-Quran akan diberi ganjaran pahala 70 kali ganda berbanding bulan lain.Oleh itu,setiap muslim perlulah membaca Al-Quran sewaktu bulan ramadhan kerana bulan ramadhan adalah bulan turunnya Al-Quran.

    ReplyDelete
  24. Paa pendapat saya, bulan ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding bukan lain kerana umat islam dapat menunaikan solat terawih dan berlakunya malam lailatulqadar. Hal ini kerana bulan ramadhan merupakan bulan yang semua umatnya berlumba-lumba mencari pahala dan meminta ampun kepada allah. Kesimpulannya, umat islam perlu menghargai bulan ramadhan supaya dosa-dosa lalu dapay diampunkan oleh allah.

    Nashriq

    ReplyDelete
  25. Syazana

    Pada pendapat saya, bulan Ramadan merupakan bulan keistimewaan berbanding bulan-bulan yang lain kerana Allah menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadan iaitu pada malam Lailatulqadar. Selain itu, kita juga dapat menunaikan solat sunat tarawih di waktu malam.Oleh itu, umat Islam perlulah menghayati bulan Ramadan dan tifak mengsia-siakannya.

    ReplyDelete
  26. Pada pendapat saya,bulan ramadhan istimewa berbanding bulan lain kerana bulan ini merupakan bulan yang penuh keberkatan bagi semua umat islam.Hal ini kerana, segala amal ibadah yang dilakukan akan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.Oleh itu,kita mestilah mengambil peluang pada bulan ramadhan ini. untuk melakukan amal ibadah yang lebih sempurna.

    -azza-

    ReplyDelete
  27. hariz (my friend is back)

    pada pendapat saya,bulan ramadhan istimewaan berbanding bulan-bulan ini kerana bulan ramdhan merupakan bulan yang pernuh keberkatan.Hal ini,seluruh umat islam berkesempatan kembali dari jalan yang dimurkai ALLAH S.W.T ke jalan yang benar.oleh itu,kita haruslah mengambil kesempatan di bulan ramadhan untuk mengumpul pahala yang banyak dan berdoa pada ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  28. Razin

    Pada pendapat saya, bulan ramadahan ialah bulan yang mulia dan istimewa kerana terdapat satu malam yang bernama lailatul qadar.Sebagai contoh, jika kita berdoa pada malam lailatul qadar,doa kita akan termakbul.Oleh itu,umat islam perlulah sentiasa beribadah dan beramal soleh untuk mendapat keberkatan dan peluang berdoa pada malam lailatul qadar di bulan ramadhan ini.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Nabella 👇

    Pada pendapat saya, antara keistimewaan bulan ramadan adalah bulan yg diberkati.Justeru,Allah swt membuka pintu rahmat-Nya seluas-luasnya pada bulan Ramadan.Bula Ramadan merupakan bulan khusus untk umat Islam melakukan ibadat pada siang hari dan mengerjakan solat sunat tarawih dan bersahur pada malamnya.Keistimewaan bulan Ramadan terbukti apabila Allah swt menurunkan al-quran pada bulan yg mulia ini iaitu pada malam lailatulqadar.Disamping itu,bulan Ramadan juga dikenali sebagai "Syahrul Mubarak" yg bermaksud bulan yg penuh dengan keberkatan kerana ia merupakan bulan khusus untk beribadat.Kesimpulannya,sempena bulan Ramadan yg mulia ini, kita hendaklah melatih diri dengan sifat sabar dan ikhlas dalam melaksanakan ibadat kepada Allah swt.

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Aiman Haqiemi :~

    Pada Pendapat Saya,Bulan Ramadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan
    bulan-bulan lain kerana bulan Ramadhan Terdapat malam Lailatul Qadar yang sungguh luar biasa
    kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.Selain itu,Lailatul
    Qadar adalah malam yang penuh dengan keberkatan.Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul
    Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan
    berkat dan rahmat.Oleh itu,umat Islam Haruslah tidak melepaskan peluang untuk berdoa dan menggapai keistimewaan Lailatul Qadar di bulan Ramadhan.

    ReplyDelete
  33. Pada pendapat saya,bulan rmadhan merupakan bulan keistimewaan berbanding dengan bulan bulan yang lain kerana bulan ramadhan mengajar kita sikap sikap positif seperti sabar,mengawal nafsu dan memperbanyakkan beribadah.Sebagai contoh,kita perlu sabar dalam bulan ramadhan kerana cuaca di malaysia yang agak panas,mengawal nafsu ketika memilih makanan sebelum berbuka puasa dan memperbanyakkan beribadah untuk merebut pahala yang berganda-ganda.oleh itu,kita perlu belajar sikap sikap diatas supaya hidup kita jadi lebih baik dan memperbaiki akhlak diri.

    andi

    ReplyDelete
  34. Airyn

    Pada pendapat saya, bulan Ramadhan merupakan bulan keistemewaan berbanding dengan bulan-bulan lain kerana bulan ini merupakan bulan yang penuh dengan kerberkatan. Hal ini kerana, kita boleh melakukan pelbagai ibadat seperti menunaikan solat tarawih, membaca Al-Quran dan bersedekah. Amalan ini boleh mendapat ganjaran pahala yang lebih daripada biasa dalam bulan yang mulia ini. Kesimpulanya, bulan Ramadhan merupakan bulan yang dimuliakan oleh Allah.

    ReplyDelete
  35. Dyannie

    Pada pendapat saya,bulan ramdhan merupakan bulan yang diberkati. Justeru, bulan ramadhan merupakan bulan khusus bagi umat Islam mengejarkan ibadah puasa pada siang hari manakala menunaikan solat sunat tarawih pada malamnya. Tambahan pula,pada bulan Ramadhan adanya malam qadar iaitu lailatiqadar,malam qadar lebih baik daripada seribu malam.Pada malam itu, para malaikat serta malaikat Jibrail turun ke bumi untuk mengatur segala urusan. Oleh itu, kita hendaklah banyak melakukan amalan sunat yang menjadikan keutamaan pada bulan ramdhan.

    ReplyDelete
  36. Izyan:

    Pada pendapat saya,bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa kerana pada bulan ramadan merupakan bulan pada waktu turunnya Al-quran sebagai petunjuk bagi manusia.Selain itu,pada bulan ramadan juga terdapat Al-qadr atau malam lailatul qadr.Lailatul qadr merupakan salah satu keistimewaan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain,malam yang lebih baik dari seribu bulan.Seterusnya,pintu-pintu keburukan ditutup manakala pintu-pintu kebaikan dibuka selebar-lebarnya.Oleh itu,kita perlulah merebut peluang ini untuk berubah di samping menambahkan amalan pahala kita.

    ReplyDelete
  37. Farina

    Pada pendapat saya, bulan ramadhan merupakan bulan yang istimewa kerana bulan ini merupakan bulan yang penuh keberkatan untuk semua umat islam mengerjakan amal ibadat seperti bersedeka, membaca al-quran dan sebagainya.Dengan cara ini, kita dapat menambahkan ganjaran pahala semasa di hari pembalasan kelak. Oleh itu,kita mestilah sentiasa melakukan perkara yang berfaedah supaya tidak mensia-siakan bulan ramadhan ini.

    ReplyDelete
  38. Dina

    Pada pendapat saya,bulan ramadhan merupakan bulan yang istimewa kerana bulan ramadhan merupakan bulan yang di tutup pintu neraka dan di buka pintu syurga. Nabi Muhammad SAW bersabda 'Barang siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu'. Oleh itu umat Islam harus merebut peluang untuk melakukan ibadah bagi mengampunkan dosa-dosa dan dimakbulkan doa.

    ReplyDelete