LATIHAN TOPIKAL : AL ALIM


Assalamualaikum dan salam ukhuwah. Hari ni, pelajar-pelajar ustazah akan usaha menjawab soalan bagi tajuk Al-Alim dalam tajuk Al Asma Al Husna. Jawapan yang perlu diberikan ialah dalam bentuk KBAT. Cuba menjawab, jangan risau. 


Soalan 1 : Terangkan bukti Allah S.W.T bersifat al-Alim. 


Soalan 2 : Manusia diberi akal, penglihatan dan pendengaran. Bincangkan bagaimana cara ia digunakan untuk memperolehi ilmu. 


Pelajar sila tulis jawapan pada ruang komen di bawah. Sila asingkan jawapan bagi soalan 1 dan 2. Selamat menjawab. Semoga berjaya. 





18 comments

  1. Danish(2Aktif) Aiman Haqiemie(2Adil)

    Soalan 1:
    Jawapan:-Pada pendapat saya,bukti Allah bersifat Al-Alim ialah ilmu Allah meliputi semua perkara tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah.Sebagain contoh,Allah mengetahui tarikh Kiamat,tarikh seseorang meninggal dunia dan segala yang ada di langit dan di bumi.Oleh itu,kita perlulah sentiasa rendah diri dan tidak kedekut ilmu yg diperolehi kerana Allah lebih berpengetahuan daripada kita.

    Soalan 2:
    Jawapan:-Pada pendapat saya,cara menggunakan akal,penglihatan dan pendengaran untuk memperolehi ilmu ialah dengan pergi berguru dengan orang yang berilmu.Sebagai contoh,kita boleh mencari ilmu di kolej,universiti,sumber maklumat ilmu yang benar dengan melayari internet dan sebagainya.Oleh itu,kita mestilah sentiasa menuntut ilmu kerana dengan ilmu banyak yang boleh kita pelajari.

    ReplyDelete
  2. AQILA & NADIAH

    Al-Alim
    1) pada pendapat saya, bukti-bukti Allah S.W.T bersifat Al-Alim ialah ilmu Allah mutlak dan tidak bergantung kepada masa. Hal ini kerana, Allah S.W.T mengetahui sejarah perkembangan kehidupan manusia dan alam ini sama ada yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Kesimpulannya, Allah mempunyai pengetahuan yang tidak terbatas berbanding dengan manusia yang kurang berpengetahuan.

    2) Pada pendapat saya, cara untuk menggunakan akal, penglihatan dan pendengaran untuk memperolehi ilmu adalah dengan memanfaatkan kurnia ciptaanNya dengan mempelajari sesuatu yang berfaedah, contohnya seperti, membaca buku-buku atau majalah yang mempunyai banyak pengetahuan am di dalamnya. Kesimpulannya, kita dapat mengetahui dan mempelajari tentang isu-isu semasa dan perihal yang lain. Oleh itu, kita janganlah sesekali mensia-siakan nikmat kurniaan Allah S.W.T kerana akal yang Allah beri kepada manusia sangatlah berharga.

    ReplyDelete
  3. hariz(my friend is book)&razin

    1)pada pendapat saya,bukti allah bersifat al-alim adalah allah maha mengetahui segala-galanya yang nyata mahupun tersembunyi setiap perkara dan dan perbuatan yang berlaku didunia ini kerana semua yang berlaku didunia ini sudah tercatat sejak bumi dicipta lagi.hal ini,tiada sesiapa pun didunia ini terlepas daripada pengetahuan dan ilmu allah s.w.t maha luas.oleh itu,ilmu allah s.w.t tiada tandingannya..

    2)pada pendapat saya cara memperoleh ilmu menggunakan akal,pengilihatan dan pendengaran adalah pergi berguru dengan orang yang mempunya ilmu pengetahuan yang luas kerana jika berguru dengan orang yang tiada pengetahuan yang luas ilmu yang disampaikan mungkin sikit.hal ini,terdapat cara lain untuk memperoleh ilmu iaitu dengan menggunakan teknologi maklumat yang serba canggih pada abad ini.oleh itu,kita haruslah belajar ilmu yang berfaedah dan bukannya ilmu yang tidak berfaedah..

    ReplyDelete
  4. Nabella & Izyan 👇

    1) Pada pendapat saya, antara bukti Allah swt bersifat al-alim ialah Allah telah menceritakan sejarah umat terdahulu dalam al-quran dan Allah swt pernah berjanji memberikan balasan kepada hamba-Nya pada hari akhirat berdasarkan amalan mereka di dunia.Hal yg demikian kerana Allah swt mengetahui segala sesuatu yg wujud di alam ini.Tidak ada sesuatu pun yg tersembunyi daripada pengetahuan allah swt.Disamping itu juga, Allah swt pernah berfirman "Dialah Allah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" surah al-baqarah ayat 137.Kesimpulannya,kita perlulah menjauhkan seseorang daripada perkara mungkar kerana yakin bahawa Allah swt mengetahui apa yg berlaku.

    2) Pada pendapat saya,cara untuk memperolehi ilmu melalui akal,penglihatan & pendengaran yg diberi adalah dengan menghadiri majlis-majlis ilmu yg dapat memberi syafaat kepada kita.Selain itu,kita juga dapat menambah ilmu pengetahuan dengan menanyakan beberapa soalan kepada sesiapa yg pakar dalam bidang yg bersesuaian dengan soalan yg ingin diajukan.Oleh itu,kita hendaklh bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk menjadi mukmin yg berjaya di dunia dan di akhirat dan jangan jadikan kegagalan atau kesalahan sebagai alasan untuk tidak berjaya.

    ReplyDelete
  5. Nurin & Salbiah #1Dfulyfe #Animefulyfe

    1) Pada pendapat saya , bukti-bukti Allah SWT bersifat Al-Alim ialah ilmu Allah meliputi semua perkara , dan dapat tahu sesuatu perkara yang sedang terjadi dan akan terjadi kepada semua makhluknya. Selain itu , perkara yang tidak dapat dijangka oleh manusia juga boleh terjadi seperti bencana alam atau kemalangan kerana Allah memiliki pengetahuan yang tidak terbatas. Hal ini kerana , tiada sesiapa di muka bumi ini dapat menandingi kekuasaan Allah SWT. Oleh itu, sebagai umat islam , kita tidak seharusnya mempercayai perkara yang syirik atau yang bertahyul kerana Allah SWT lebih mengetahui segalanya dengan jelas dan tepat. Kesimpulannya, kita perlulah beriman kepada Allah SWT yang bersifat Al-Alim supaya dapat menjadi hamba yang beriman dan beramal soleh.


    2) Pada pendapat saya , Allah SWT memberi akal, penglihatan dan pendengaran yang sempurna kepada manusia kerana ia amat penting untuk manusia menjalani kehidupan seharian. Untuk memperolehi ilmu, kita perlulah memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap apa yang diajar dengan menggunakan telinga dan mata. Sebagai contoh, akal yang cerdik, pendengaran dan penglihatan yang jelas boleh dimanfaatkan dengan kemahiran yang kita ada ataupun digunakan untuk sesuatu yang berfaedah dan dapat menjamin kesejahteraan hidup. Kesimpulannya, kita seharusnya beriman kepada Allah SWT yang bersifat Al-Alim untuk menerima kebaikan di dunia dan di akhirat kelak manakala kita juga perlulah menggunakan kesempurnaan yang diberi oleh Allah SWT dengan baik.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Azman & Irsyad & Azeem

    1)Pada pendapat saya, antara bukti Allah bersifat Al-Alim ialah ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana Allah yang mengetahui segala-galanya. Sebagai contoh, Allah mengetahui asal usul bumi dan bila bumi akan musnah kerana Allah yang menciptanya. Oleh itu, kita perlulah mengikut perintah Allah kerana Allah merupakan pencipta kita.

    2)Pada pendapat saya, cara manusia menggunakan akal, pendengaran dan penglihatan untuk memperolehi ilmu adalah dengan bertanya sesuatu yang tidak difahami daripada orang yang berilmu agar kita dapat lebih memahami apa yang hendak ditanya. Sebagai contoh, semasa di dalam kelas kita dapat bertanya kepada guru yang sedang mengajar kita sekiranya kita tidak faham apa yang diajar beliau. Oleh itu, kita perlulah menggunakan akak, pendengaran dan penglihatan yang dikurniakan Allah untuk menuntut ilmu agar kita dapat menambah pengetahuan kita.

    ReplyDelete
  8. Umar,Khairullah,Nashriq

    1)Pada pendapat saya,antara bukti Allah bersifat al-Alim ialah pengetahuan Allah tidak terbatas dan tidak ada sesiapa yg bole menyekat pengetahuan Allah walau di mne kita berada.Contohnya,hari kiamat hanya allah saja yg tahu dan allah telah firmankan dlm al-quran tanda-tanda hari kiamat. Kesimpulannya , umat islam harusnya beriman kepada Allah SWt yang bersifat Al-Alim untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

    2)Pada pendapat saya,cara manusia memperolehi ilmu melalui pendengaran ialah dgn mendengar segala ilmu yg cikgu cakapkan ketika sedang belajar supaya kita ilmu itu masuk kedalam otak serta kita akan mengingatnya.Contohnya dalam bilik darjah seorang guru sedang bercakap tntang pelajaran dan kita sebagai pelajar harus fokus 100 peratus serta mendengarnye dgn teliti untuk mendapat ilmu yg diberi oleh guru.Kesimpulanya, kita harus fokus dgn ape yg di ckp oleh guru utk berjaya dlm sesebuah pelajaran serta kita juga hendaklah berusaha dan belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  9. [ummu & airyn]

    Soalan 1:
    Pada pendapat saya , bukti-bukti Allah bersifat Al-lim adalah ilmu Allah meliputi semua perkara , tidak ada sesuatu yg tersembunyi daripadaNya kerana Allah merupakan pencipta alam semesta. Dia mengetahui segala yang berlaku di bumi ini. Sebagai contoh , Allah mengetahui binatang di hutan tebal , logam yang tertanam di perut bumi dan segala aktivi manusia. Kesimpulannya , umat manusia haruslah mempunyai perasaan takut dengan Allah bagi mengelakkan daripada melakukan dosa

    Soalan 2 :
    Pada pendapat saya , cara memperolehi ilmu dengan kurniaan yang telah diberikan oleh Allah adalah dengan menggunakan akal , kita dapat membezakan antara baik dan yang buruk , manakala dengan cara penglihatan pula , kita dapat melayari internet untuk mencari maklumat . Dari segi pendengaran pula , kita boleh menghadiri majlis ilmu seperti ceramah agama dan kursus . Kita juga dapat mendengar radio bagi mendapat info terkini. Kesimpulannya , kita haruslah menggunakan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah dengan sempurna bagi mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

    Thankyou.

    ReplyDelete
  10. Sofea & Diana

    1) Pada pendapat saya , terdapat pelbagai bukti bahawa Allah bersifat Al-Alim. Antara buktinya adalah Allah maha mengetahui segalanya. Allah tidak memerlukan penyelidikan atau kajian kerana semua kejadian adalah ciptaan-Nya. Contohnya , Allah menurunkan al-quran dan telah firmankan tanda-tanda hari kiamat. Kesimpulannya , kita mestilah beriman kepada Allah s.w.t. dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan sifat al-alim.

    2) Pada pendapat saya , terdapat pelbagai cara untuk memperolehi ilmu dengan pendengaran , akal dan penglihatan . Antara cara memperolehi ilmu adalah dengan memberi perhatian dan fokus kepada segala ilmu yang diberi oleh guru lalu percakapan di dalam kelas supaya kita akan memahami ilmu yang dipelajari dengan lebih baik. Selain itu , kita dapat memperolehi ilmu dengan membaca buku , membaca al-quran dan mencari maklumat melalui internet. Dengan ini , masa lapang akan digunakan untuk perkara yang bermanfaat. Kesimpulannya , kita mestilah bersyukur dengan kesempurnaan yang diberi oleh Allah s.w.t.

    ReplyDelete
  11. Syazana & Hannah

    1. Pada pendapat saya, antara bukti Allah bersifat Al-Alim ialah Allah mengetahui sejarah perkembangan kehidupan manusia dan alam ini sama ada yang sedang berlaku atau yang akan berlaku kerana Allah merupakan tuhan sekalian alam. Hal ini kerana, Allah yang telah mencipta kita dan telah menetapkan takdir kita sejak azali lagi. Oleh itu, kita mestilah beriman dengan sifat Al-Alim.

    2.Pada pendapat saya, cara menggunakan akal, penglihatan, dan pendengaran untuk memperoleh ilmu ialah dengan memberi sepenuh tumpuan terhadap apa yang diajar oleh guru sama ada di sekolah mahupun kelas tuisyen. Sebagai contoh, jika kita tidak memahami apa yang diajar oleh guru itu, kita hendaklah menanya semula guru yang telah mengajar kita supaya tidak ketinggalan apa yang diajar oleh guru itu. Oleh itu, kita perlulah menggunakan akal,penglihatan dan pendengaran dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  12. Darin & Nadiah

    1) Pada pendapat saya, antara bukti-bukti Allah bersifat al-Alim adalah ilmu Allah tidak memerlukan kajian kerana Allah yang menciptakan segala-galanya. Sebagai contoh, Allah tidak perlu menggunakan teleskop untuk mengkaji bulan , Allah tidak perlu ke dasar laut untuk mengkaji hidupan-hidupan yang berada di dalam sana dan Allah juga tidak perlu menggunakan mikroskop untuk mengesan virus yang membiak. Hal ini kerana, Allah memiliki ilmu yang luas dan tiada apa yang dapat disembunyikan daripada-Nya. Kesimpulannya, kita janganlah berbangga diri dengan ilmu yang sedia ada sesungguhnya ilmu Allah lebih tinggi darjatnya dan tiada batasan.

    2) Pada pendapat saya, cara untuk memperoleh ilmu melalui akal adalah dengan menggunakannya untuk mencari petunjuk serta kebenaran seterusnya memilih mana yang baik untuk diikuti serta menjauhi dan meninggalkan perkara buruk manakala melalui penglihatan pula kita dapat membaca buku atau laman sesawang di internet yang terdapat unsur ilmu di dalamnya . Melalui pendengaran pula, kita dapat menonton rancangan ilmiah dan mendengar apa yang dikatakan oleh ustazah/ustazah itu. Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan nikmat yang telah Allah berikan ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  13. (Naza Ariff, Ariff Irfan, Aiman Hakeem)

    1. Pada pendapat saya, bukti-bukti Allah bersifat al-Alim ialah Allah Maha Mengetahui segala perbuatan manusia kerana setiap tutur kata dan perkara yang terlintas di hati kita diketahui oleh Allah. Selain itu, Allah juga mengetahui segala aktiviti manusia di muka bumi. Oleh itu, kesimpulannya ilmu Allah tidak terbatas dan tidak ada yang tersembunyi dari pengetahuannya.

    2. Pada pendapat saya, cara untuk memperolehi ilmu ialah dengan menggunakan akal yang diberi kerana pengetahuan manusia bergantung kepada sejauh mana kebolehannya. Hal ini, dengan ilmu, manusia boleh mangkaji bulan dengan teleskop dan banyak lagi. Oleh itu, kesimpulannya kita haruslah tidak jemu untuk mencari ilmu dan terus belajar untuk mencari ilmu

    ReplyDelete
  14. (andi,hazman,alif)

    soalan 1:Pada pendapat saya,bukti Allah bersifat Al-Alim yang bermaksud Allah maha mengetahui ialah kerana Allah mengetahui segala-galanya,tidak ada sesuatu yang boleh tersembunyi daripada Yang Esa.Sebagai contoh,Allah mengetahui hari apabila tiba hari kiamat,tarikh kematian makhluknya dan siapa yang dijodohkan dengan kita semasa 4 bulan di dalam rahim.Oleh itu,kita hambanya mestilah sentiasa merendah diri dan tidak riak dengan kebolehan kita kerana Allah lebih mengetahuinya berbanding dengan kita.

    soalan2:Pada pendapat saya,cara untuk memperoleh ilmu menggunakan akal,telinga dan mata ialah kita diberi akal untuk berfikir perkara yang baik dan buruk,kita diberi telinga untuk mendengar perkara yang memberikan faedah dan diberi mata untuk melihat perkara yang boleh memberi ilmu.Sebagai contoh,kita menggunakan akal untuk berfikir jika merokok ialah perbuatan yang elok ataupun tidak,kita menggunakan telinga untuk mendengar perkataan yang positif bukan negatif dan mata untuk kita melihat perbuatan yang positif yang dilakukan oleh orang.Kesimpulannya,kita haruslah bersyukur dengan kesihatan dan tubuh badan yang Allah beri selengapnya untuk memperoleh ilmu di muka bumi Allah.

    ReplyDelete
  15. dina dan dyannie


    1)Pada pendapat saya,anatara bukti Allah SWT bersifat al-Alim ialah ilmu allah meliputi semua pekara,tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi daripada pengetahuan Allah SWT. Kerana,setiap mukmin diwajibkan beriman kepada allah SWT bersifat al-Alim kerana ia berdasarkan firman Allah SWT iaitu 'dialah Allah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.Antar contohallah SWT bersifat al-Alim ialah Allah SWT menceritakan sejarah umat terdahulu dalam al-quran,Allah menerangkan proses kejadian manusia secara biologi dan lain-lain.Oleh itu,berimanlah kepada al-Alim untuk menjadi insan yang jujur dan amanah dalam melaksanakan tugas.


    2) Pada pendapat saya,antara cara manusia menggunakan pendengaran dan penglihatan untuk memperolehi ilmu ialah menghadiri ceramah-ceramah agama.Kerana,ilmu yang diberi tidak akan kurang sikit nilainya di sisi allah SWT iaitu di masjid dan di surau. Justeru,walau dimanapun majlis itu diadakan yang penting ialah kemahuan kita kearah itu ada tersirat di dalam hati.Tambahan pula, orang akan lebih suka mendengar kuliah daripada saluran television namun itu tidak sama dengan mendengar secara langsung dengan penceramah. Oleh itu, kita perlulah menuntut ilmu agam atau apa sahaja ilmu yang bermanfaat dari mereka yang berilmu akan dingkat darjatnya di sisi Allah SWT.

    ReplyDelete
  16. Azza dan farina

    1) Pada pendapat say, bukti Allah bersifat al-Alim ialah ilmu Allah mutlak dan tidak bergantung pada masa Allah mengetahui segalanya sama ada yang sedang berlaku atau yang akan berlaku, manakala kepakaran manusia pula bermula setelah mereka membuat kajian seperti mengkaji bulan mengunakan telesko. Hal ini kerana, ilmu pengetahuan manusia amat terbatas berbanding ilmu Allah. Oleh it, kita mestilah beriman dengan sifat Allah yang maha mengetahui supaya kita akan sentiasa berasa rendah diri.

    2)Pada pendapat saya, menggunakan segala kurnian yang diberi oleh Allah seperti akal, penglihatan dan pendengaran untuk memperolehi ilmu merupakan sesuatu yang penting bagi menjamin masa hadapan.sebagai contoh,dari segi penglihatan dan pendengaran membolehkan kita untuk mempelajari perkara yang baru dari hari demi hari. Oleh it, kita wajarlah menghargai segala kurnian Allah dengan lebih baik.

    ReplyDelete
  17. ASYIQIN,SYAFIKAH & SAIDATUL

    =Pada pendapat saya,antara bukti2 Allah bersifat al-alim ialah Allah mengetahui perkara ghaib,malah tidak ada sesuatu yang ghaib daripadanya.Hal ini demikian kerana,Allah yang menciptakan seluruh alam.Sebagai contoh,Allah mengetahui segala yang dipendam oleh seseorang individu sama ada difikiran atau dihati.Allah juga mengetahui bilanya hari kiamat dan perkara yang berlaku disekelilingnya sama ada sudah,tengah atau akan berlaku.Kesimpulannya ,kita janganlah sesekali meragui kehebatan Allah kerana kita hanya makhluk ciptaanya yang lemah.

    =Pada pendapat saya,cara memperoleh ilmu menggunakan akal,penglihatan dan pendengaran adalah dengan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mengetahui perkara yang baik dan buruk.Sebagai contoh,kita haruslah menumpukan tumpuan apabila guru sedang mengajar agar kita faham apa yang diajar.Selain itu,kita mestilah menerima nasihat/teguran dengan hati terbuka agar kita dapat membaiki kesilapan dalam diri kita.Kesimpulannya,kita mestilah berusaha untuk mencari ilmu dengan kelebihan yang diberi oleh Allah.

    ReplyDelete