8.31.2015

, , , , , , , , , , , ,

AL-KISAH ~ KOS GUAMAN BELI RUMAH

Alhamdulillah! Permohonan Pembiayaan untuk beli rumah telah diluluskan oleh CIMB Bank, RHB Bank dan Maybank. Aku dah pilih untuk terima tawaran dari Maybank setelah mereka memaklumkan permohonan aku diluluskan pada Jumaat 21 August 2015.

Hari Rabu 26 August, sign Letter Offer. Pegawai Bank siap datang kat opis bawak semua dokumen untuk sign. Mengah jugak nak sign beberapa set dokumen dari bank. adeh!

Setelah tangan aku kejang dek kerana nak menurunkan tandatangan atas dokumen bank, aku berazam, dokumen SnP nanti, aku nak bawak balik rumah. Esoknya hari Khamis, lawyer call nak maklumkan mereka akan siapkan SnP. Diorang tak kisah aku nak bawak balik SnP, cun!!. Esoknya Jumaat, lawyer call kata SnP dah ready. Sekali dia call 3:30pm aku tengah kerja. Terpaksa hello ayahanda mintak jadik despatch for the day.

Malam tadi, selepas mercun sambutan merdeka selesai pum pang pum pang, aku baca la 15 muka surat isi kandungan SnP tu dengan tenang. Very well drafted, Timeline memang clear cut. Tak macam SnP bahlol nak beli rumah isteri aku d Muar dulu....#MacamHaram.

Pukul 4:30pagi, selesai aku sign semua dokumen dan initial semua mukasurat sambil mendengar ceramah Dr Zaharuddin di youtube. Tetibe aku terkenang satu mende yang bapak aku penah cakap dulu-dulu, "Is that you signature?!!! you'll regret it the day you buy a house." He is right. Aku senyum je la.

Lepas aku settle semua yang perlu sign, aku baca la pasal kos kos guaman yang tuan lawyer letak sekali dalam packaging tu, pandai, dia selit bill guaman ni kat mukasurat laaaaast skali dlam timbunan dokumen. That is what brings us to the topic at hand.




Aku bukan la kedekut macam Yahudi berkira duit dengan cucu, tapi kot ye la pon lawyer nak charge aku. Cuba tengok caj-caj berikut:

BANKRUPTCY SEARCH ~ Kos Sebenar hanya RM10 dan boleh buat online jer....

PHOTOCOPY~ SnP 16 muka surat darab empat set; pada kadar fotostat RM0.10 sekeping, that sums up to RM6.40; 

TELEPHONE ~ Dua phone call tak sampai 7 minit perbualan; pada kadar RM0.15 seminit, that sums up to RM1.05. Takkan call land office pon nak charge? Phone call land line to land line kan percuma.

TRAVEL EXPENSES ~ lawyer cakap kat aku, Mat Despatch skang demand wooooo!! Tapi aku still rasa travel expenses yang dinyatakan agak keterlaluan. RM150 dah bersamaan 5 bulan petrol untuk motor aku weh!!

Aduhai pelaburan hartanah... dah la "Miscellaneous" RM50 tu bleh masuk kategori GHARAR.
Itemized Bill Yuran Guaman untuk Sale and Purchase Agreement.




Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com





8.30.2015

, ,

AIR TANGAN ISTERI


masak sendiri, air tangan isteri, leamustafa.com,



Bila suami kata, masakan kita lebih sedap dari kedai mamak, rasa lega sikit hati saya ni. Maklumlah, kalau nak banding dengan masakan ibu mertua, kita memang tak masuk dalam senarai pemenang. Hikhikhik.

Bukan tak boleh masak, cuma takut masakan saya ni tak sedap. Biasanya memang macam tu bila saya rasa bila saya nak mula masak. Kalau saya tanya kawan-kawan macam mana mereka masak, jawapan yang saya dapat ialah, "ala lea, masak campak-campak aje, letak garam settle". Owh, punya lah power air tangan kawan isteri ni kan, campak aje siap.

Masak kat rumah ni, hanya nasi sahaja, lauk-lauk biasa beli kat luar aje. Bila dapur elektrik saya rosak baru dua minggu beli pada bulan Mac hari tu, projek masak-masak tergendala. Bila dah masuk 3 bulan tak siap, Abe mengamuk di Hauz Depot, maka dapatlah set dapur elektrik yang baru. Sejak tu, saya dah mula memasak di rumah.

Saya mula rajin tengok you tube, screenshot resepi-resepi mudah. yelah, makan berdua. Rupanya sangat nikmat dapat masak sendiri. Kan? Lebih-lebih lagi kita masak dengan penuh kasih sayang. Ye, bila penuh kasih dan sayang, semua benda jadi sedap.

Pada isteri-isteri yang macam saya, walaupun celam-celum memasak, jangan sampai tak masak. Beri peluang suami merasa masakan kita. Meskipun adakalanya rasa masakan kita tersangat tawar, tersangat masin dan tersangat manis, ketahulah, kita sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Tak gitu?

8.17.2015

, , , , , , , , , , , ,

KOS PELABURAN

Bile sebut pasal pelaburan, ia takkan lari dari persoalan modal. Ade modal, maka kite boleh mula melabur. Tapi adakah mempunyai modal sahaja sudah dikira memadai? Aku berpendapat setiap pelaburan ada kos tersendiri. Ini termasuklah kos nyata dan kos sampingan, samada ia kos sekali atau kos berulang-ulang kali . Orang berniaga di pasar malam pun kena keluarkan modal (kos), inikan pula kita yang melabur.

Pelabur mesti berupaya membezakan modal pelaburan dan kos pelaburan. Contoh paling mudah; korang mampu beli kereta sebab dah ada modal untuk bayar downpayment kereta 10%, dan korang mampu bayar installment bulanan kereta, mampu isi minyak kereta dan korang juga mampu tanggung kos penyelenggaraan kereta secara berkala.

Fokus entry kali ni ialah kos pelaburan. Ada modal sahaja belum boleh dikira cukup untuk mengorak langkah melabur sana-sini fund itu fund ini. Fikir-fikirkan kos bagi setiap pelaburan berikut.


Tabung Haji:

Ada pendapat mengatakan Tabung Haji bukanlah tempat melabur. Aku kurang bersetuju dengan pendapat tu, kerana dividen tahunan yang Tabung Haji beri kepada ahli yang menyimpan setanding (malah lebih baik) daripada dividen Amanah Hartanah Bumiputera.

Memandangkan korang baca penulisan di blog ni secara online, maka kite assume korang semua tak buta IT la kan. Kos transaksi bagi duit yang kite berhajat nak simpan di tabung haji, very straight forward:

  1. Kalau transfer simpanan melalui Maybank2u, kos pindahan:
    • Maybank ke Tabung Haji ~ RM1.00+RM0.06
    • Tabung Haji ke Maybank ~ RM1.00+RM0.06 [tak caya, gi update buku kat Bank Islam]
  2. Kalau setiap bulan transfer ke Tabung Haji RM50, kos transaksi RM1.06 sudah bersamaan dengan 2.12%
Kos transaksi 2.12% sudah menyamai sales charge yang dikenakan setiap kali beli Unit Trust. Bagi mengurangkan kos transaksi, aku cadangkan setiap kali transfer duit ke Tabung Haji, kena transfer amaun yang besar :-)



Pelaburan Emas:

Selalunya, modal pembelian emas dalam kategori pelaburan is very straight forward. Ada modal mencukupi boleh beli emas dan terus dapat emas. Tetapi, kos untuk menyimpannya dengan selamat mesti diambil kira.

Emas ni, kalau kite ada setakat satu dinar sekeping aje, mungkin kite tak risau kat mana nak simpan. Mungkin boleh campak campak je celah sofa je (MasyaAllah! kaya betul korang).

Tetapi, semakin bertambah kepingan Dinar emas yang korang kumpul, saban tahun simpanan bertambah, maka korang kena pertimbangkan kat mana korang nak simpan pelaburan korang ni dengan selamat. Pelabur emas yang bijak pasti akan mengambil salah satu dari langkah-langkah berikut:

  1. Persiapan beli peti besi, berapa ribu kos peti besi sebiji?
  2. Up-front kos beli peti besi mungkin mahal sangat, barangkali murah sket kalau beli Takaful Home Content je kot? berapa ratus premium Takaful ni? Takaful ada tetapkan syarat had maksimum emas dalam rumah?
  3. Kalau sewa peti besi di bank/swasta amacam? kalau diorang kena rompak (minta di jauhkan), diorang ada perlindungan Takaful nak bayar ganti rugi emas yang hilang?


Kadar sewa peti besi termurah di pasaran.



Pelaburan Saham: 

Setiap kali bei saham, dan setiap kali kita jual saham (harapnya kerana untung la), kite akan dikenakan keempat-empat kos berikut:

  1. Brokerage fee; yuran broker pada kadar 0.10% atau minimum RM12
  2. Clearing fee
  3. Stamp duty
  4. Sahabat baru ~ G.S.T
Ni contoh statement dari pembelian yang aku buat baru-baru ni:

Pelaburan saham dan kos-kos yang terlibat



Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust):

Unit trust ni pelik skit, lain fund house, lain charges yang akan dikenakan. Tak macam jual-beli saham dimana ada empat kos memang konfirm pelabur akan kena bayar. Jadi, sebelum beli unit trust, semak dulu berapa kadar yang dikenakan bagi caj dan yuran-yuran berikut:
  1.  Sales Charge; Caj jualan 2%-5.5%
  2. Annual Management Fee; Yuran Pengurusan Tahunan 1.5% setiap tahun, walaupun pada masa pelaburan sedang dalam fasa    rugi.
  3. Trustee Fee; Yuran Pemegang Amanah 0.08%
  4. Redemption Fee; Yuran Tebus ~ macam pajak gadai pulak nak tebus-menebus dalam Unit Trust.
  5. Tak lupa ~ G.S.T :-)

FundSuperMart.com.my adalah antara tempat terbaik untuk semak caj dan yuran di atas bagi kebanyakan unit trust di pasaran. Bagi funds yang tidak tersenarai di FundSuperMart.com, kite boleh semak directly di website fund house berkenaan.

Kos Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust).



Pelaburan Hartanah:

Beli rumah ni, kalau dah ade modal 50% dari harga rumah sekalipun, ia tetap satu pelaburan yang paling leceh setakat pengalaman aku. Sikit punya berdebar tunggu loan nak approve/reject tau. Kalau benar masa itu emas, maka kos menunggu jawapan dari bank sahaja boleh masuk dalam kiraan rugi.

Empat perkara berikut adalah antara kos paling basic kite kena bersedia untuk cover bile kite buat keputsan nak beli rumah:
[contoh harga rumah RM201,300]
  1. Deposit minimum 10% dari harga rumah; RM20,130
  2. Yuran guaman, SnP, duti setem = RM 4,024.75 [quotation dari firma guaman A]
  3. Yuran guaman, Perjanjian Pembiayaan & duti setem = RM 4,456.28  [quotation dari firma guaman A]
  4. Jumlah kos: RM28,701.03
Mane nak cekau RM28k++? Jual koleksi setem? Jual pingat atuk kau dapat anugerah tewaskan Jepun?

Boleh try kalkulator di sini 

By the way, calculator tu cuma memaparkan yuran guaman untuk SnP dan yuran guaman Perjanjian Pembiayaan basic legal fee dan duti setem je tau, belum campur kos yang firma guaman akan caj seperti caj:
  • fotostat la, 
  • telefon, 
  • faks, 
  • travelling expenses, 
  • bankruptcy search (kau tak bankrap pun still kena search jugak), 
  • land search 
  • bla bla bla
Ambil perhatian ok, aku notice these charges aku kena dua kali tau ~ satu dikenakan oleh law firm yang handle SnP dan lagi satu kali dikenakan oleh firma guaman yang handle loan agreement. Kalau dua-dua perjanjian diselia oleh satu firma guaman sekalipun, aku tetap kena charge dua kali:

Berikut adalah  quotation dari firma guaman B:

Ni quote dari firma guaman B untuk perjanjian jual beli rumah SAHAJA 



Ni quote dari firma guaman B untuk perjanjian pembiayaan SAHAJA

Perasan tak? Kalkulator online cuma boleh memaparkan kiraan standard legal fee (anak panah) dan duti setem sahaja. Tetapi fee yang lain-lain, berbeza dari satu firma ke satu firma guaman yang lain. 

Jumlah legal fees Firma guaman A = RM 8,481.03
Jumlah legal fees Firma guaman B = RM11,200.93
                                                  Beza = RM2,719.90

Kalau lah mak abah kite ade law firm sendiri, kan?
By the way, korang perasan tak ade satu lagi kos yang aku leh jamin korang semua terlepas pandang. Assuming rumah ni di beli untuk kediaman sendiri, tentu kena ambil kira kos pindah rumah :-) Setakat nak angkut barang orang bujang pindah dari rumah sewa, mungkin RM400 leh settle lori dan pekerja. Kalau orang dah berkawin? rumah sewa dah ada macam-macam? mau tak cecah RM1000 untuk kos pindah rumah je.

Macam aku cakap awal-awal tadi, pelaburan hartanah ni paling leceh sekali!




Pelaburan Penternakan; Lembu dan Kambing

Ape kata kos dalam penternakan lembu kambing ni aku tinggalkan untuk imaginasi korang pulak? OK? :-D



Pendek cerita, semua kat dunia ni ada nilai tersendiri dan ada kos tersendiri. Kena ingat pepatah berikut,


"Price is what you pay, cost is supplementary, value is what you get"




Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com



8.12.2015

, , , , , , , , , , ,

JOM! PELABURAN MATAWANG ASING

Dulu masa pelaburan emas dan perak tengah mALAtOp, semua orang asyik tengok graf emas jek. Asal jumpa sedara-mara/kawan-kawan promote pelaburan emas dan perak,  mesti mereka akan pakai graf harga emas/perak tempoh tahun 2001-2011 untuk promote pelaburan emas/perak.

Oh well! Itu dulu. Emas tetap berkilau, tetapi bernilai atau tidak emas itu bergantung kepada siapa yang sudi membelinya bile kita hendak menjual, terutama sekali pada hari ini di mana emas berada dalam trend harga menurun sejak 2013. Jangan salah faham ye, aku tak kata emas takde value.

Hari ini, matawang Euro dan matawang US Dollar naik. Malah, kalau kite lihat kadar tukaran matawang asing Euro/Ringgit:


Kadar tukaran matawang Euro/Ringgit

Kali terakhir aku tengok kadar tukaran wang EURO/Ringgit pada paras ni ialah semasa aku bertugas di Barcelona pada Ogos 2013. Aku tak terkesan pun dengan kejatuhan Ringgit dari RM3.80 - RM4.40 pada masa tu, maklumla, belanja harian company tanggung :-)


Sekarang, kite tengok pula kadar tukaran matawang asing bagi matawang US Dollar/Ringgit:

Kadar tukaran matawan USD/Ringgit

Aku ade beli matawang US Dollar dua kali semasa kadar tukaran USD/RM pada kadar berkut:
 - beli semasa USD1 = RM3.35; sekarang aku dah untung 19.40%
 - beli semasa USD1 = RM3.72; sekarang aku dah untung 7.53%

Aku tak hairan kalau selepas ni, ade pulak bisnes ajak melabur dalam pelaburan matawang asing.
Dulu kat kedai kopi, segala Hassan, Hussin & Ali cakap pasal emas/perak.
Aku tak hairan kalau selepas ni, Hassan, Hussin & Ali cakap pasal Ringgit dan matawang asing pula.

Dulu, masing-masing syok tengok harga emas/perak hari-hari;
Lepas ni, masing-masing syok tengok harga matawang Euro & US Dollar pula setiap hari.

Mana tidaknya, pegangan matawang US Dollar dari 1 Januari 2015 sehingga hari ini 12 August 2015, nilai matawang US Dollar naik 14.61%. Maka aku boleh bayangkan ayat-ayat takleh blah mempromosi pelaburan matawang asing seperti:
 - "Tabung Haji pernah ke bagi pulangan dividend sebanyak ni?"
 - "ASB pernah ke bagi pulangan sebanyak ni?"
 - "Kita kena diversified bro! tak boleh semua simpan dalam Ringgit semata-mata"




Aku nak bagi pesanan ringkas dan pesanan percuma, Malaysia ni terkenal dengan segala jenis skim pelaburan, MLM yang halal pun boleh diada-adakan skim untuk menarik orang menyertai MLM, begitu juga dengan tragedi pelaburan emas, dan siapa tahu, akan datang skim pelaburan matawang asing pula yang berleluasa.

"Berhati-hati di jalan raya, jangan lepas kena serbu dek Bank Negara, baru nak ternganga!" 



 Penulis undangan,


M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #01557
|| Chief Digital Curator,
|| http://SolidusDenarius.com


8.09.2015

, , , , , , , , ,

GIGIT MEDAL ASEAN

Kenapa semua gambar saya gigil medal finisher? Pernah tak korang terfikir kenapa atkit-atlit yang menang pingat pun gigit medal diorang. Sebenarnya, amalan turun temurun sekiranya ingin menguji sama ada syiling emas yang diperolehi itu emas tulen atau besai bersadur emas. Kalau gigit, ada kesan pada syiling itu maknanya emas tulen. Kalau gigi patah, memang tak original lah. Untuk cerita ini, gigit medal hanya suka-suka. Dah tahu dah medal tu besi.  


Sempat jugak nak pukul gambar yang jalan raya yang kosong ni, sebenarnya dah ada kereta start lalu lalang. 


Walaupun hanya 5km, sangat-sangat puas hati. baru masuk larian ke 4 ni, belum cukup kekuatan rasanya nak lari 10km. 



Punyalah lambat saya sampai, datang sini sahaja semboyan pelepasan larian dah mula. 


Selalu jalan-jalan kat sini naik kereta. Bila semua jalan ditutup untuk saya lari, bangga sungguh rasanya. Jangkaan masa sehingga jam 10 pagi aje jalan tutup. 


Selautan manusia yang sama-sama berlari bersama-sama saya. Saya tak kenal pun walau seorang tetapi masing-masing saling bersaing untuk tamatkan larian. Saya memang tak harap pun boleh dapat nombor 1 (tak pernah umur kot) yang penting saya berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Ada kata lambat, ada kata cepat, taki kisahlah kan. Rekod untuk diri sendiri, apa ada hal. 


Selalu datang sini dengan kereta, sekarang dengan kaki sambil berlari







Sampai di dataran merdeka bepusu-pusu orang berposing di sini. Saya sekadar mengambil gambar bangunan sahaja. Tak dan nak selpiak lah. 


Last sebelum balik, ternampak "TALL, DARK & HANDSOME" baru sampai. Menyelit jugalah nak bergambar dengan si dia. Walaupun sipi-sipi aje, not bad lah. 

Apa punlarian kali ini best, sebab Abam sayang saya hantar ke tempat larian dan jemput saya. Yeay!!!






8.08.2015

, , , , ,

UCAPAN PENGARAH JPN SELANGOR YANG AWESOME


Setiap kali habis majlis, bukan senang kita nak tumpu pada ucapan perasmian penutup. Betul tak? Kadang-kadang tu, ada juga masa dengar tak dengar aje. Saya cakap untuk diri saya sendiri lah ye, orang lain mungkin khusyuk dan tawaduk. Bila Pengarah JPN Selangor dah tiba di luar auditorium, semua AJK Pelaksana Seminar Budaya Pendidik Cemerlang Tahun 2015, beransur masuk ke dalam dewan. 

Apa yang saya fikir? Tolonglah mata .. janganlah engkau mengantuk bila dengar ucapan pengarah. Maklum, dari semalam berhempas pulas pack goodies bag peserta, takut otak yang letih ni minta berehat. Dewan sejuk, alamatlah kalau terlelap. Hati saya terdetik, bila nampak orang teknikal cabut mic dari rostrem. Bila tuan pengarah mula bersuara, masih lagi terdengar bunyi bising di bahagian belakang dewan. Lama-kelamaan, dewan sunyi kerana mengamati isi ucapan beliau. Dan sampailah habis, tak sekalipun saya bosan atau mengantuk. Pandai sungguh tuan pengarah, tarik hati peserta seramai 500 lebih dalam dewan tu tadi. Serius, ucapan terbaik yang saya pernah dengar dengan gaya penyampaian yang sangat AWESOME. 

AWESOME nya ucapan tuan pengarah bukan sahaja pada waktu-waktu saya ketawa tak berhenti-henti, tapi pada setiap PUNCH LINE yang disampaikan kena pada semua yang bergelar pendidik. Bukan ucapan yang nak menghentam, malah ucapan yang membuatkan saya sesekali muhasabah diri. Maaflah tuan pengarah, ada juga 2 3 kali kat part hujung-hujung tu saya terlelap. #kipidap tuan pengarah. Nanti mai sekolah saya ye untuk rapat dengan guru-guru. Bukan cari salah guru. Hehehehe. 

Apa yang paling terkesan di hati saya? Tuan pengarah tekankan bahawa setiap pelajar sentiasa ada PELUANG. Tidak kira, kelas depan, kelas belakang, kelas tengah, selalu tak datang, hari-hari datang, kejap datang, kejap hilang, dah berhenti, kene gantung, sekolah semula, semua ini ada peluang untuk berjaya. Jangan nafikan peluang itu dan guru wajib beri peluang mengikut kemampuannya. Masa ni sendu sikit. 

Ada banyak part tuan pengarah sentuh, tentang PPIPM, aspirasi murid, aspirasi sistem dan ada gambar kapal. Simbolik kepada hubungan organisasi dengan pengetua dan guru serta staff sokongan. 

Terus terang, sepanjang saya jadi cikgu 10 tahun, inilah kali petama saya mendengar ucapan pengarah yang begitu AWESOME. Bukan orang lain tak bagus, saya hanya memberikan komentar berdasarkan apa yang saya alami. Tidak hanya di rostrem, membaca slide satu persatu, dan yang penting lain dari yang lain. Gaya ucapan dan penyampaian membuatkan saya begitu selesa dan seronok mendengar. (Ini dah habis perkataan nak cari yang sesuai). 


leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,


leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Bergambar kenangan dengan barisan guru-guru cemerlang SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Ini adalah sebahagian sahabat-sahabat di sekolah yang banyak membantu saya, lebih-lebih lagi dari segi emosi. Banyak no sendu sedan. 

leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Seminar kali ini berlangsung di UNITAR, Petaling Jaya. Besor sungguh tempat ni. Hari ni aje, dok main lift dia mahu 20 kali agaknya. Dapat replika aje. Kalau nak ambil bangunan betul, mahu kene hon dengan kereta yang sesak barat depan UNITAR ni. 

leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Pn Ang Ying Chee, salah seorang pembentang kertas kajian dalam bidang bahasa, juga dari sekolah saya. Ini cikgu Bahasa Melayu tau. Masuk ni dah 3 tahun berturut-turut menjadi pembentang. Tahun depan saya pulak ye? 

leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Ini pengerusi guru cemerlang PPD Petaling Utama, Nazima. 

leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Pn Loo, ketua unit penajaan. Perfect, buat kerja macam ada tangan lapan. 

leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Ok, nak jugak bergambar. Kalau bos nak tengok, boleh tengok kat sini. 

leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Ini adalah sebahagian daripada AJK program dari pelbagai bahagian. Bila bergambar, semua orang akan stay sahaja dan semua nak nampak cantik. Penat, itu biasa. Yang luar biasa, bila kita dapat berkongsi banyak benda dari pelbagai guru yang hebat-hebat. Saya? Masih belum hebat lagi. 

Lepas sesi selari selesai, GKMP sekolah saya, panggil dan pesan, "Lea, hang punya KPI tahun depan, hang mesti dapat bentang macam ni." Saya angguk-angguk, terus dalam kepala macam-macam benda nak kene buat. Pergh !!! Tak sempat nak balik, terus dah dapat harapan dan cita-cita dari pentadbir sekolah. Maknanya, tahun ni kena #kipidap lah kajian tindakan saya. 


leamustafa.com, seminar kajian tindakan, kajian tindakan, ppd petaling utama, seminar budaya pendidik cemerlang, guru cemerlang,

Kawan-kawan ajk pelaksana, tahniah semua. Semua telah menjalankan tugas dengan baik. Saling bantu membantu, terkucil sana sini tu, biasalah. Moga diperbaiki pada masa akan datang. Harapan saya untuk saya sendiri, semoga saya sentiasa rajin dan berusaha untuk diri saya. Penat, berehatlah. Habis penat, sambung lagi. Moga-moga rakan-rakan lain pun akan berjaya. Mungkin tahun depan giliran kita pula menjadi pembentang. Amacam? Ada berani? 



8.06.2015

, , , , , ,

JOM! NAK BELI RUMAH?

Barangkali hari ni Allah nak tunjukkan cabaran-cabaran membeli rumah dalam pasaran sekarang.

Nak jadikan cerita dua tiga hari lepas aku berkenan kat satu unit walk-up apartment nih. Keluasan 750sqf. Tuan rumah nak jual termasuk dengan PERABOT LENGKAP untuk ketiga-tiga bilik tidur + 4 katil single bed & 4 tilam + 4 meja belajar + set meja makan 6 orang + fridge + 3 aircond + kabinet dapur yang pada mata aku, sempurna + toilet dah modified + water heater. All in dia nak let go RM201,300. Flooring rumah sampai ke toilet semua dah baru.

Murah kan? in fact, ni kira kategori MURAH GILE BABs weh!!!

Aku dan Lea, petang tadi, pi usha unit apartment ni. WE LOVE IT!







Tapi agen spoil gile:
 - Mintak booking fee RM5,000.00, RM500.00 tak mau layan.
 - Lepas bank loan lulus, barulah dia akan ajak sign Sale and Purchase rumah (SnP)
 - Lepas sign SnP, terus bayar baki 10% deposit, nak cash TAKMAU TUNGGU AKU NAK KELUARKAN DUIT KWSP
 - timing maximum dia sanggup tunggu untuk aprove loan ~ 3 minggu je. {boleh ke loan kerajaan approve dalam 3 minggu?}

Aku terkesima la sekejap, all the sudden jadi serabut. Kenape? Sebab ape yang aku paham, basically, tuan rumah nak pembeli yang ada cold hard cash 10% dari harga rumah. Sebahagan bayar sebagai tanda jadi, dan baki di bayar sejurus selepas loan rumah diluluskan pihak bank. ABAH DIA!!

Untuk menenangkan hati, aku bawak Lea pergi solat maghrib kat surau sebelah. sambil berjalan kaki ke surau, Lea sebut kat aku, "Sayang, dulu i beli rumah kat Muar tu, booking RM50 je...".

Lepas solat, sambil tunggu Lea settle kat surau, dalam kepala aku dok crunch numbers macam kalkulator:
 - Berapa banyak duit Z aku dah kumpul?
 - Berapa face value duit-duit Z aku?
 - Berapa Euro aku ade?
 - Berapa USD aku ade?
 - Palm PDA aku ade value tak kalau nak dijual?
 - Saham-saham aku ade berapa value agaknya?
 - Netbook Dell mini 10v aku ade value lagi tak kalau nak dijual?
 - Austrian Philharmonics, dinar & dirham yang aku ade, berapa value agaknya?
 - Hari tu Zahidi derma ke akaun Tabung Haji aku, agak-agak berapa billion ek?
 - Commemorative coins & commemorative banknotes yang aku ade berapa value agaknya
 - Sekuriti deposit rumah sewa ni berape aku bagi landlord dulu yek? (kene refer balik tenancy agreement)
 - berapa ekar tanah kelapa sawit yang aku takde?
 - berapa ekor lembu yang aku takde?

Sesungguhnya, ilmu hisab lebih mudah dengan calculator.... tak payah la belagak nak kire secara mental arithmetic walaupun Add Maths kat sekolah dulu dapat A.




Lea selesai solat, jam dah pukul 8:05PM...
Aku kena masuk kerja 9:30PM. So we decided makan kat KFC je sebab nak cepat.

Selesai makan, aku luahkan rasa hati pada isteri aku Lea; Honestly, duit aku dalam KWSP Akaun-II lebih dari mencukupi untuk cover the 10% downpayment for the apartment. Tapi bile dia letak syarat untuk memudahkan dia sebagai penjual, that is, nak orang yang boleh fork out 10% tu macam petik jari je, tu yang buat aku down. Aku dah banyak tengok apartment kat Kota Damansara ni ~ Palma Puteri, Palma Perak, Gugusan itu, Gugusan ini, De Rozelle, De Rimba, De Shire, Tania. Boleh dikatakan semua orang letak harga yang pada mereka adalah "fair price" dan menawarkan kabinet dapur yang dah reput macam nak roboh dan lantai parque yang dah tertanggal sana-sini; to me that is overpriced. Jadi bile ada apartment yang dalam kemampuan aku, dan unit pun bersih, furniture yang dia nak bagi semua dalam keadaan baik tak berbau lipas, of course la aku nak beli. Tapi....tuan rumah pulak demand memilih pembeli.

Apelah nasib.
So aku cerita kat wife aku. "Sayang, you tau tak, berbanding dengan beli rumah, nak beli saham kat Bursa Malaysia lagi mudah tau. Sebelum i keluar rumah nak view this apartment tadi, i dah letak order beli dua lot Inari Amertron tau. klik! klik! je dah settle urusan". Lea respon, "So KPI bonus you dapat baru-baru ni, you beli saham ek, i tak dapat merasa ke?".... Ya Allah! ke situ pulak dia.



Allah Maha Adil. Orang bandar diberi peluang jadi kaya, orang di kampung pon diberi peluang jadi kaya.

Orang yang belum mampu, baik di bandar, mahupun di kampung, boleh memulakan simpanan secara berterusan dalam akaun Tabung Haji, unit Amanah Hartanah, unit Amanah Saham dan  simpanan emas (kalau tak sebut emas ade pulak yang kecik hati nanti).

Dinar Kelantan
Orang duduk bandar KL, PJ, KJ, SJ, Cyber-j, sedia maklum tanah kat bandar ni memang terhad. Siapa yang mampu (bile dia mampu), dia beli apartment banyak-banyak kemudian boleh sewakan; menjadi Aset Produktif a.k.a Harta Bermanfaat.

Orang duduk kampung, ramai hijrah ke bandar, tanah lapang memanjang kiri-kanan, mereka tanam kelapa sawit + bela lembu & kambing, bela kuda, ajar kelas menunggang kuda, buat kelas memanah; semua menjadi Aset Produktif a.k.a Harta Bermanfaat.

Adik ipar aku bermanja mesra dengan harta-harta nya

Aku belum cukup mampu nak petik jari untuk "jelmakan" 10% deposit rumah. Sedih gak, duit ade pun tak mampu nak beli rumah, inikan pula orang yang sememangnya tak mampu nak beli rumah.

Takpelah, kita sambung menyimpan. Jangan putus asa! Jangan kecewa!


Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator
|| http://SolidusDenarius.com











8.01.2015

, , , , , ,

TEMUDUGA HLP


Assalamualaikum dan salam lebaran. 

Lepas cuti raya, saya tak sempat-sempat nak "update" blog dengan "entry" baru. Cuti 7 hari pada saya tak cukup. Kalau setahun pun tak cukup kot. Sebetulnya hati, berdebar-debar. Permohonan saya untuk program HLP Separuh Masa masuk ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai calon berjaya untuk di temuduga. Hati memang girang, tetapi kepala dah melilau memikirkan cadangan kajian yang perlu di bawa. Mungkin sedikit sebanyak perkongsian ini boleh membantu kawan-kawan lain yang akan menghadiri temuduga Isnin ini. 

temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Entah berapa kali dah jejak kaki ke sini, pertama kali dapat bergambar betul-betul depan nama bangunan ni. Nama dah lebih kurang nama bapa saya. 

temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,

Sedikit sebanyak, saya uruskan dahulu bahan-bahan yang perlu di bawa. Saya hanya kemas kini sahaja, masukkan yang terbaru, supaya mudah untuk dilihat oleh si panel temuduga. Dah siap "tagging" mengikut tahun, rasa sebahagian besar "part" fail-fail ni dah selesai. 

Apa nak bawa? Bawalah apa sahaja yang ada untuk ditunjukkan kepada panel. panel tak kenal kita, maka kitalah yang bertanggungjawab nak bagi panel kenal kita. Macam mana? Dengan cara paling berhemah. 
1. Segala mak datok nenek sijil
2. Program yang ada kaitan dengan proposal
3. Kajian tindakan 
4. Hasil artikel
5. Program bergambar

WAJIB 

2 SET PROPOSAL IKUT FORMAT YANG TELAH DIBERI 

Dan apa sahaja yang anda rasa, memang nak kene tunjuk pada panel. Saya siap bawa laptop dan pikul 1 beg penuh sampai sakit-sakit bahu. 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Mula tahun 2011 saya mulakan "tagging" sebab bermula tahun 2011 saya dilantik sebagai Guru Cemerlang. 
temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Sampai senget-senget bahu pikul semua mak nenek ni pergi "interview". 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,

Persediaan nak cakap omputih. Bila buat "study" antara soalan awal-awal panel tanya "Tell Me About Yourself". Ada satu video beri panduan jawapan kita kepada 3 part, "education, experience and strenght". Tuliskan "point" penting tentang anda mengikut 3 skop ini. Buat latihan bercakap depan cermin. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kita merapu-rapu bila "panic" dengar suara panel. 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,

Ini antara soalan kegemaran panel temuduga. Saya pun dah siap-siapkan. Siap rangka, dan harap-harap berjaya menjawab mengikut apa yang sudah saya rancang. Hakikatnya, memang saya jawab ikut plan, tetapi dah menyasar-nyasar jugak sedikit. 


PROPOSAL.

MESTI HADAM!!!! 
Kalau tak hadam, susahlah nak jawab soalan dari panel. Proposal saya bertukar tajuk saat akhir. Itu pun atas perbincangan dengan seorang pegawai dari kementerian. Saya olah semula proposal walaupun rasa tak sempat, saya sempatkan juga. Jadi, pastikan cadangan kajian ini asli milik anda. Kalau tidak, anda pasti tergagap dan ternganga dalam bilik seram itu. Bila kita ada buat perbincangan, sedikit sebanyak membantu anda mencari maklumat untuk jual "proposal" anda pada mereka. Bersedialah dalam segala hal kertas cadangan yang anda telah tulis. 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Semua khusyuk membaca. Masa ni jam 8 pagi, giliran saya patut nombor 4, entah macam mana kene panggil dua nombor lebih cepat. Terkedu sat!

Masa duduk di bilik menunggu ni pun dah seram sejuk. Semua calon yang bermacam rupa, kalau saya tengok satu-satu. Mahu melayang apa yang ada dalam pala otak ni. Saya ambil tempat yang hujung, jauh dari orang. Ok masa ini, ada juga kita terlihat, calon-calon yang duduk berbincang, bersembang, abaikan. Kalau ada calon nak tanya sesuatu yang relevan, jawablah. Kalau rasa lebih kepada bersembang, minta "excuse" dengan cara terhormat. Kang, bila nampak ada benda pelik-pelik diorang buat, jadi gelabah pulak. Yakinlah bahawa persiapan anda adalah yang terbaik. Jangan buang masa nak pergi "photo copy" bahan orang lain sedangkan masa yang ada boleh guna untuk diri sendiri. 


Bila dah duduk dalam bilik khas bersama panel, pastikan anda : 

1. Beri salam, kalau sama jantina boleh salam. 
2. Senyum dulu, tarik nafas dan serahkan kertas cadangan kajian serta bahan-bahan yang anda bawa tadi. (panel tengok atau tidak tengok, jangan persoalkan) 
3. Bersedia dengan soalan panel dan jawapan. 
4. Jawab secara teratur. 
5. Jawab soalan yang anda tahu jawapan, kalau tak tahu, jawap sahaja tak tahu. Daripada jawab tapi salah, lagi haru. Tetapi, sambung lah dengan ayat " Maaf encik, saya akan pastikan selepas ini saya perbaiki kelemahan saya ini". Ini jawapan skema saya. Anda boleh aje guna apa-apa jawapan yang dirasakan munasabah. 
5. Pertahankan proposal? Itu mesti. Walaubagaimanapun, pertahankan dengan cara yang betul. Sebab ini baru kertas cadangan, belum lagi "viva". Sekiranya, terdapat kesilapan di mana-mana dalam kajian cadangan, terima dengan hati terbuka. Sebab, kita tak kenal panel kita, boleh jadi mereka lebih mengetahui apa yang kita tak tahu. 
6. Apabila selesai, sesi berdebat, ucapkanlah terima kasih dan berikanlah salam. Sentiasa pautkanlah doa kepada yang Maha Esa agar temuduga ini berjaya. 

Isu semasa? Sila bersedia. Apa yang berlaku dalam pendidikan, dasar-dasar, PIPPM dan banyak lagi. Berpeluh dahi nak menjawab soalan-soalan isu semasa ini. Apa pun jawapan yang anda beri, sentiasa lah positif dan berfakta. Mudah-mudahan mudah sahaja. 

Dan yang paling akhir, gunakanlah peluang ini sebaik-baik mungkin. Gunakanlah kemahiran bercakap dan membebel anda dalam kelas dalam temuduga ini dengan sepenuhnya. Sebab, bila anda dah keluar dari bilik ini, peluang anda untuk menjawab soalan sudah tamat. Peluang lain untuk sesi akan datang ada lagi. ALL OUT!!! Buat sehabis baik.

Sepatutnya, sekali masuk bilik khas, kami berdua. Entah macam mana, panel nak seorang-seorang. Saya suka macam ni. Tak lah segan sangat kalau kene provok banyak kali dengan panel, kang ternangis kang, adui... malu.

temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Bersama kak Noor Sham dari Dengkil

Perasaan memang lega. Sebab rasa macam terlepas satu beban. Itu yang saya sempat bergambar dengan calon nombor 1 dari bilik yang sama. Kami sempat juga makan sama-sama. lepas temuduga, perut lapar, sakit kepala hilang. Badan pun rasa ringan. Hahaha. Lagi baik, elakkan berborak tentang apa yang berlaku dalam billik khas pada calon-calon yang belum selesai. Bukan tak mahu berkongsi, kita tidak mahu menganggu emosi dan debaran mereka ye. 

Kepada semua calon temuduga sesi kali ini, saya doakan anda semua berjaya. Kepada belum lagi, semoga bejaya juga. Jangan risau, Allah SWT akan permudahkan urusan anda. Semoga bertemu kalian semua di puncak kejayaan. Tahniah, sebab anda berjaya melalui sesi temuduga dengan penuh keberkatan. Semoga perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan lain membuat persiapan. 

Salam temuduga. Bai... 

Ps: Ini adalah catatan kaedah temuduga pada tahun 2015. 
Entry terbaru Temuduga HLP PhD 2020 boleh dibaca untuk bacaan terkini.