Setiap kali habis majlis, bukan senang kita nak tumpu pada ucapan perasmian penutup. Betul tak? Kadang-kadang tu, ada juga masa dengar tak dengar aje. Saya cakap untuk diri saya sendiri lah ye, orang lain mungkin khusyuk dan tawaduk. Bila Pengarah JPN Selangor dah tiba di luar auditorium, semua AJK Pelaksana Seminar Budaya Pendidik Cemerlang Tahun 2015, beransur masuk ke dalam dewan.
Apa yang saya fikir? Tolonglah mata .. janganlah engkau mengantuk bila dengar ucapan pengarah. Maklum, dari semalam berhempas pulas pack goodies bag peserta, takut otak yang letih ni minta berehat. Dewan sejuk, alamatlah kalau terlelap. Hati saya terdetik, bila nampak orang teknikal cabut mic dari rostrem. Bila tuan pengarah mula bersuara, masih lagi terdengar bunyi bising di bahagian belakang dewan. Lama-kelamaan, dewan sunyi kerana mengamati isi ucapan beliau. Dan sampailah habis, tak sekalipun saya bosan atau mengantuk. Pandai sungguh tuan pengarah, tarik hati peserta seramai 500 lebih dalam dewan tu tadi. Serius, ucapan terbaik yang saya pernah dengar dengan gaya penyampaian yang sangat AWESOME.
AWESOME nya ucapan tuan pengarah bukan sahaja pada waktu-waktu saya ketawa tak berhenti-henti, tapi pada setiap PUNCH LINE yang disampaikan kena pada semua yang bergelar pendidik. Bukan ucapan yang nak menghentam, malah ucapan yang membuatkan saya sesekali muhasabah diri. Maaflah tuan pengarah, ada juga 2 3 kali kat part hujung-hujung tu saya terlelap. #kipidap tuan pengarah. Nanti mai sekolah saya ye untuk rapat dengan guru-guru. Bukan cari salah guru. Hehehehe.
Apa yang paling terkesan di hati saya? Tuan pengarah tekankan bahawa setiap pelajar sentiasa ada PELUANG. Tidak kira, kelas depan, kelas belakang, kelas tengah, selalu tak datang, hari-hari datang, kejap datang, kejap hilang, dah berhenti, kene gantung, sekolah semula, semua ini ada peluang untuk berjaya. Jangan nafikan peluang itu dan guru wajib beri peluang mengikut kemampuannya. Masa ni sendu sikit.
Ada banyak part tuan pengarah sentuh, tentang PPIPM, aspirasi murid, aspirasi sistem dan ada gambar kapal. Simbolik kepada hubungan organisasi dengan pengetua dan guru serta staff sokongan.
Terus terang, sepanjang saya jadi cikgu 10 tahun, inilah kali petama saya mendengar ucapan pengarah yang begitu AWESOME. Bukan orang lain tak bagus, saya hanya memberikan komentar berdasarkan apa yang saya alami. Tidak hanya di rostrem, membaca slide satu persatu, dan yang penting lain dari yang lain. Gaya ucapan dan penyampaian membuatkan saya begitu selesa dan seronok mendengar. (Ini dah habis perkataan nak cari yang sesuai).
Bergambar kenangan dengan barisan guru-guru cemerlang SMK Seksyen 10 Kota Damansara. Ini adalah sebahagian sahabat-sahabat di sekolah yang banyak membantu saya, lebih-lebih lagi dari segi emosi. Banyak no sendu sedan.
Seminar kali ini berlangsung di UNITAR, Petaling Jaya. Besor sungguh tempat ni. Hari ni aje, dok main lift dia mahu 20 kali agaknya. Dapat replika aje. Kalau nak ambil bangunan betul, mahu kene hon dengan kereta yang sesak barat depan UNITAR ni.
Pn Ang Ying Chee, salah seorang pembentang kertas kajian dalam bidang bahasa, juga dari sekolah saya. Ini cikgu Bahasa Melayu tau. Masuk ni dah 3 tahun berturut-turut menjadi pembentang. Tahun depan saya pulak ye?
Ini pengerusi guru cemerlang PPD Petaling Utama, Nazima.
Pn Loo, ketua unit penajaan. Perfect, buat kerja macam ada tangan lapan.
Ok, nak jugak bergambar. Kalau bos nak tengok, boleh tengok kat sini.
Ini adalah sebahagian daripada AJK program dari pelbagai bahagian. Bila bergambar, semua orang akan stay sahaja dan semua nak nampak cantik. Penat, itu biasa. Yang luar biasa, bila kita dapat berkongsi banyak benda dari pelbagai guru yang hebat-hebat. Saya? Masih belum hebat lagi.
Lepas sesi selari selesai, GKMP sekolah saya, panggil dan pesan, "Lea, hang punya KPI tahun depan, hang mesti dapat bentang macam ni." Saya angguk-angguk, terus dalam kepala macam-macam benda nak kene buat. Pergh !!! Tak sempat nak balik, terus dah dapat harapan dan cita-cita dari pentadbir sekolah. Maknanya, tahun ni kena #kipidap lah kajian tindakan saya.
Kawan-kawan ajk pelaksana, tahniah semua. Semua telah menjalankan tugas dengan baik. Saling bantu membantu, terkucil sana sini tu, biasalah. Moga diperbaiki pada masa akan datang. Harapan saya untuk saya sendiri, semoga saya sentiasa rajin dan berusaha untuk diri saya. Penat, berehatlah. Habis penat, sambung lagi. Moga-moga rakan-rakan lain pun akan berjaya. Mungkin tahun depan giliran kita pula menjadi pembentang. Amacam? Ada berani?
0 comments:
Post a Comment