8.31.2015

, , , , , , , , , , , ,

AL-KISAH ~ KOS GUAMAN BELI RUMAH

Alhamdulillah! Permohonan Pembiayaan untuk beli rumah telah diluluskan oleh CIMB Bank, RHB Bank dan Maybank. Aku dah pilih untuk terima tawaran dari Maybank setelah mereka memaklumkan permohonan aku diluluskan pada Jumaat 21 August 2015.

Hari Rabu 26 August, sign Letter Offer. Pegawai Bank siap datang kat opis bawak semua dokumen untuk sign. Mengah jugak nak sign beberapa set dokumen dari bank. adeh!

Setelah tangan aku kejang dek kerana nak menurunkan tandatangan atas dokumen bank, aku berazam, dokumen SnP nanti, aku nak bawak balik rumah. Esoknya hari Khamis, lawyer call nak maklumkan mereka akan siapkan SnP. Diorang tak kisah aku nak bawak balik SnP, cun!!. Esoknya Jumaat, lawyer call kata SnP dah ready. Sekali dia call 3:30pm aku tengah kerja. Terpaksa hello ayahanda mintak jadik despatch for the day.

Malam tadi, selepas mercun sambutan merdeka selesai pum pang pum pang, aku baca la 15 muka surat isi kandungan SnP tu dengan tenang. Very well drafted, Timeline memang clear cut. Tak macam SnP bahlol nak beli rumah isteri aku d Muar dulu....#MacamHaram.

Pukul 4:30pagi, selesai aku sign semua dokumen dan initial semua mukasurat sambil mendengar ceramah Dr Zaharuddin di youtube. Tetibe aku terkenang satu mende yang bapak aku penah cakap dulu-dulu, "Is that you signature?!!! you'll regret it the day you buy a house." He is right. Aku senyum je la.

Lepas aku settle semua yang perlu sign, aku baca la pasal kos kos guaman yang tuan lawyer letak sekali dalam packaging tu, pandai, dia selit bill guaman ni kat mukasurat laaaaast skali dlam timbunan dokumen. That is what brings us to the topic at hand.




Aku bukan la kedekut macam Yahudi berkira duit dengan cucu, tapi kot ye la pon lawyer nak charge aku. Cuba tengok caj-caj berikut:

BANKRUPTCY SEARCH ~ Kos Sebenar hanya RM10 dan boleh buat online jer....

PHOTOCOPY~ SnP 16 muka surat darab empat set; pada kadar fotostat RM0.10 sekeping, that sums up to RM6.40; 

TELEPHONE ~ Dua phone call tak sampai 7 minit perbualan; pada kadar RM0.15 seminit, that sums up to RM1.05. Takkan call land office pon nak charge? Phone call land line to land line kan percuma.

TRAVEL EXPENSES ~ lawyer cakap kat aku, Mat Despatch skang demand wooooo!! Tapi aku still rasa travel expenses yang dinyatakan agak keterlaluan. RM150 dah bersamaan 5 bulan petrol untuk motor aku weh!!

Aduhai pelaburan hartanah... dah la "Miscellaneous" RM50 tu bleh masuk kategori GHARAR.
Itemized Bill Yuran Guaman untuk Sale and Purchase Agreement.




Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com





2 comments: