Kenapa semua gambar saya gigil medal finisher? Pernah tak korang terfikir kenapa atkit-atlit yang menang pingat pun gigit medal diorang. Sebenarnya, amalan turun temurun sekiranya ingin menguji sama ada syiling emas yang diperolehi itu emas tulen atau besai bersadur emas. Kalau gigit, ada kesan pada syiling itu maknanya emas tulen. Kalau gigi patah, memang tak original lah. Untuk cerita ini, gigit medal hanya suka-suka. Dah tahu dah medal tu besi.
Sempat jugak nak pukul gambar yang jalan raya yang kosong ni, sebenarnya dah ada kereta start lalu lalang.
Walaupun hanya 5km, sangat-sangat puas hati. baru masuk larian ke 4 ni, belum cukup kekuatan rasanya nak lari 10km.
Punyalah lambat saya sampai, datang sini sahaja semboyan pelepasan larian dah mula.
Selalu jalan-jalan kat sini naik kereta. Bila semua jalan ditutup untuk saya lari, bangga sungguh rasanya. Jangkaan masa sehingga jam 10 pagi aje jalan tutup.
Selautan manusia yang sama-sama berlari bersama-sama saya. Saya tak kenal pun walau seorang tetapi masing-masing saling bersaing untuk tamatkan larian. Saya memang tak harap pun boleh dapat nombor 1 (tak pernah umur kot) yang penting saya berjaya tamatkan larian kurang dari 1 jam. Ada kata lambat, ada kata cepat, taki kisahlah kan. Rekod untuk diri sendiri, apa ada hal.
Selalu datang sini dengan kereta, sekarang dengan kaki sambil berlari
Sampai di dataran merdeka bepusu-pusu orang berposing di sini. Saya sekadar mengambil gambar bangunan sahaja. Tak dan nak selpiak lah.
Last sebelum balik, ternampak "TALL, DARK & HANDSOME" baru sampai. Menyelit jugalah nak bergambar dengan si dia. Walaupun sipi-sipi aje, not bad lah.
Apa punlarian kali ini best, sebab Abam sayang saya hantar ke tempat larian dan jemput saya. Yeay!!!
0 comments:
Post a Comment