Bile sebut pasal pelaburan, ia takkan lari dari persoalan modal. Ade modal, maka kite boleh mula melabur. Tapi adakah mempunyai modal sahaja sudah dikira memadai? Aku berpendapat setiap pelaburan ada kos tersendiri. Ini termasuklah kos nyata dan kos sampingan, samada ia kos sekali atau kos berulang-ulang kali . Orang berniaga di pasar malam pun kena keluarkan modal (kos), inikan pula kita yang melabur.
Pelabur mesti berupaya membezakan modal pelaburan dan kos pelaburan. Contoh paling mudah; korang mampu beli kereta sebab dah ada modal untuk bayar downpayment kereta 10%, dan korang mampu bayar installment bulanan kereta, mampu isi minyak kereta dan korang juga mampu tanggung kos penyelenggaraan kereta secara berkala.
Fokus entry kali ni ialah kos pelaburan. Ada modal sahaja belum boleh dikira cukup untuk mengorak langkah melabur sana-sini fund itu fund ini. Fikir-fikirkan kos bagi setiap pelaburan berikut.
Tabung Haji:
Ada pendapat mengatakan Tabung Haji bukanlah tempat melabur. Aku kurang bersetuju dengan pendapat tu, kerana dividen tahunan yang Tabung Haji beri kepada ahli yang menyimpan setanding (malah lebih baik) daripada dividen Amanah Hartanah Bumiputera.
Memandangkan korang baca penulisan di blog ni secara online, maka kite assume korang semua tak buta IT la kan. Kos transaksi bagi duit yang kite berhajat nak simpan di tabung haji, very straight forward:
Pelaburan Emas:
Selalunya, modal pembelian emas dalam kategori pelaburan is very straight forward. Ada modal mencukupi boleh beli emas dan terus dapat emas. Tetapi, kos untuk menyimpannya dengan selamat mesti diambil kira.
Emas ni, kalau kite ada setakat satu dinar sekeping aje, mungkin kite tak risau kat mana nak simpan. Mungkin boleh campak campak je celah sofa je (MasyaAllah! kaya betul korang).
Tetapi, semakin bertambah kepingan Dinar emas yang korang kumpul, saban tahun simpanan bertambah, maka korang kena pertimbangkan kat mana korang nak simpan pelaburan korang ni dengan selamat. Pelabur emas yang bijak pasti akan mengambil salah satu dari langkah-langkah berikut:
Pelaburan Saham:
Setiap kali bei saham, dan setiap kali kita jual saham (harapnya kerana untung la), kite akan dikenakan keempat-empat kos berikut:
Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust):
Unit trust ni pelik skit, lain fund house, lain charges yang akan dikenakan. Tak macam jual-beli saham dimana ada empat kos memang konfirm pelabur akan kena bayar. Jadi, sebelum beli unit trust, semak dulu berapa kadar yang dikenakan bagi caj dan yuran-yuran berikut:
FundSuperMart.com.my adalah antara tempat terbaik untuk semak caj dan yuran di atas bagi kebanyakan unit trust di pasaran. Bagi funds yang tidak tersenarai di FundSuperMart.com, kite boleh semak directly di website fund house berkenaan.
Pelaburan Hartanah:
Beli rumah ni, kalau dah ade modal 50% dari harga rumah sekalipun, ia tetap satu pelaburan yang paling leceh setakat pengalaman aku. Sikit punya berdebar tunggu loan nak approve/reject tau. Kalau benar masa itu emas, maka kos menunggu jawapan dari bank sahaja boleh masuk dalam kiraan rugi.
Empat perkara berikut adalah antara kos paling basic kite kena bersedia untuk cover bile kite buat keputsan nak beli rumah:
[contoh harga rumah RM201,300]
By the way, calculator tu cuma memaparkan yuran guaman untuk SnP dan yuran guaman Perjanjian Pembiayaan basic legal fee dan duti setem je tau, belum campur kos yang firma guaman akan caj seperti caj:
Beza = RM2,719.90
Kalau lah mak abah kite ade law firm sendiri, kan?
By the way, korang perasan tak ade satu lagi kos yang aku leh jamin korang semua terlepas pandang. Assuming rumah ni di beli untuk kediaman sendiri, tentu kena ambil kira kos pindah rumah :-) Setakat nak angkut barang orang bujang pindah dari rumah sewa, mungkin RM400 leh settle lori dan pekerja. Kalau orang dah berkawin? rumah sewa dah ada macam-macam? mau tak cecah RM1000 untuk kos pindah rumah je.
Macam aku cakap awal-awal tadi, pelaburan hartanah ni paling leceh sekali!
Pelaburan Penternakan; Lembu dan Kambing
Ape kata kos dalam penternakan lembu kambing ni aku tinggalkan untuk imaginasi korang pulak? OK? :-D
Pendek cerita, semua kat dunia ni ada nilai tersendiri dan ada kos tersendiri. Kena ingat pepatah berikut,
Penulis undangan,
|| http://SolidusDenarius.com

- Kalau transfer simpanan melalui Maybank2u, kos pindahan:
- Maybank ke Tabung Haji ~ RM1.00+RM0.06
- Tabung Haji ke Maybank ~ RM1.00+RM0.06 [tak caya, gi update buku kat Bank Islam]
- Kalau setiap bulan transfer ke Tabung Haji RM50, kos transaksi RM1.06 sudah bersamaan dengan 2.12%
Kos transaksi 2.12% sudah menyamai sales charge yang dikenakan setiap kali beli Unit Trust. Bagi mengurangkan kos transaksi, aku cadangkan setiap kali transfer duit ke Tabung Haji, kena transfer amaun yang besar :-)
Pelaburan Emas:
Selalunya, modal pembelian emas dalam kategori pelaburan is very straight forward. Ada modal mencukupi boleh beli emas dan terus dapat emas. Tetapi, kos untuk menyimpannya dengan selamat mesti diambil kira.
Emas ni, kalau kite ada setakat satu dinar sekeping aje, mungkin kite tak risau kat mana nak simpan. Mungkin boleh campak campak je celah sofa je (MasyaAllah! kaya betul korang).
Tetapi, semakin bertambah kepingan Dinar emas yang korang kumpul, saban tahun simpanan bertambah, maka korang kena pertimbangkan kat mana korang nak simpan pelaburan korang ni dengan selamat. Pelabur emas yang bijak pasti akan mengambil salah satu dari langkah-langkah berikut:
- Persiapan beli peti besi, berapa ribu kos peti besi sebiji?
- Up-front kos beli peti besi mungkin mahal sangat, barangkali murah sket kalau beli Takaful Home Content je kot? berapa ratus premium Takaful ni? Takaful ada tetapkan syarat had maksimum emas dalam rumah?
- Kalau sewa peti besi di bank/swasta amacam? kalau diorang kena rompak (minta di jauhkan), diorang ada perlindungan Takaful nak bayar ganti rugi emas yang hilang?
![]() |
Kadar sewa peti besi termurah di pasaran. |
Pelaburan Saham:
Setiap kali bei saham, dan setiap kali kita jual saham (harapnya kerana untung la), kite akan dikenakan keempat-empat kos berikut:
- Brokerage fee; yuran broker pada kadar 0.10% atau minimum RM12
- Clearing fee
- Stamp duty
- Sahabat baru ~ G.S.T
![]() |
Pelaburan saham dan kos-kos yang terlibat |
Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust):
Unit trust ni pelik skit, lain fund house, lain charges yang akan dikenakan. Tak macam jual-beli saham dimana ada empat kos memang konfirm pelabur akan kena bayar. Jadi, sebelum beli unit trust, semak dulu berapa kadar yang dikenakan bagi caj dan yuran-yuran berikut:
- Sales Charge; Caj jualan 2%-5.5%
- Annual Management Fee; Yuran Pengurusan Tahunan 1.5% setiap tahun, walaupun pada masa pelaburan sedang dalam fasa rugi.
- Trustee Fee; Yuran Pemegang Amanah 0.08%
- Redemption Fee; Yuran Tebus ~ macam pajak gadai pulak nak tebus-menebus dalam Unit Trust.
- Tak lupa ~ G.S.T :-)
FundSuperMart.com.my adalah antara tempat terbaik untuk semak caj dan yuran di atas bagi kebanyakan unit trust di pasaran. Bagi funds yang tidak tersenarai di FundSuperMart.com, kite boleh semak directly di website fund house berkenaan.
![]() |
Kos Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust). |
Pelaburan Hartanah:
Beli rumah ni, kalau dah ade modal 50% dari harga rumah sekalipun, ia tetap satu pelaburan yang paling leceh setakat pengalaman aku. Sikit punya berdebar tunggu loan nak approve/reject tau. Kalau benar masa itu emas, maka kos menunggu jawapan dari bank sahaja boleh masuk dalam kiraan rugi.
Empat perkara berikut adalah antara kos paling basic kite kena bersedia untuk cover bile kite buat keputsan nak beli rumah:
[contoh harga rumah RM201,300]
- Deposit minimum 10% dari harga rumah; RM20,130
- Yuran guaman, SnP, duti setem = RM 4,024.75 [quotation dari firma guaman A]
- Yuran guaman, Perjanjian Pembiayaan & duti setem = RM 4,456.28 [quotation dari firma guaman A]
- Jumlah kos: RM28,701.03
![]() |
Boleh try kalkulator di sini |
By the way, calculator tu cuma memaparkan yuran guaman untuk SnP dan yuran guaman Perjanjian Pembiayaan basic legal fee dan duti setem je tau, belum campur kos yang firma guaman akan caj seperti caj:
- fotostat la,
- telefon,
- faks,
- travelling expenses,
- bankruptcy search (kau tak bankrap pun still kena search jugak),
- land search
- bla bla bla
Berikut adalah quotation dari firma guaman B:
![]() |
Ni quote dari firma guaman B untuk perjanjian jual beli rumah SAHAJA |
![]() |
Ni quote dari firma guaman B untuk perjanjian pembiayaan SAHAJA |
Perasan tak? Kalkulator online cuma boleh memaparkan kiraan standard legal fee (anak panah) dan duti setem sahaja. Tetapi fee yang lain-lain, berbeza dari satu firma ke satu firma guaman yang lain.
Jumlah legal fees Firma guaman A = RM 8,481.03
Jumlah legal fees Firma guaman B = RM11,200.93Beza = RM2,719.90
Kalau lah mak abah kite ade law firm sendiri, kan?
By the way, korang perasan tak ade satu lagi kos yang aku leh jamin korang semua terlepas pandang. Assuming rumah ni di beli untuk kediaman sendiri, tentu kena ambil kira kos pindah rumah :-) Setakat nak angkut barang orang bujang pindah dari rumah sewa, mungkin RM400 leh settle lori dan pekerja. Kalau orang dah berkawin? rumah sewa dah ada macam-macam? mau tak cecah RM1000 untuk kos pindah rumah je.
Macam aku cakap awal-awal tadi, pelaburan hartanah ni paling leceh sekali!
Pelaburan Penternakan; Lembu dan Kambing
Ape kata kos dalam penternakan lembu kambing ni aku tinggalkan untuk imaginasi korang pulak? OK? :-D
Pendek cerita, semua kat dunia ni ada nilai tersendiri dan ada kos tersendiri. Kena ingat pepatah berikut,
"Price is what you pay, cost is supplementary, value is what you get"
Penulis undangan,
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator || http://SolidusDenarius.com
0 comments:
Post a Comment