8.01.2015

, , , , , ,

TEMUDUGA HLP


Assalamualaikum dan salam lebaran. 

Lepas cuti raya, saya tak sempat-sempat nak "update" blog dengan "entry" baru. Cuti 7 hari pada saya tak cukup. Kalau setahun pun tak cukup kot. Sebetulnya hati, berdebar-debar. Permohonan saya untuk program HLP Separuh Masa masuk ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai calon berjaya untuk di temuduga. Hati memang girang, tetapi kepala dah melilau memikirkan cadangan kajian yang perlu di bawa. Mungkin sedikit sebanyak perkongsian ini boleh membantu kawan-kawan lain yang akan menghadiri temuduga Isnin ini. 

temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Entah berapa kali dah jejak kaki ke sini, pertama kali dapat bergambar betul-betul depan nama bangunan ni. Nama dah lebih kurang nama bapa saya. 

temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,

Sedikit sebanyak, saya uruskan dahulu bahan-bahan yang perlu di bawa. Saya hanya kemas kini sahaja, masukkan yang terbaru, supaya mudah untuk dilihat oleh si panel temuduga. Dah siap "tagging" mengikut tahun, rasa sebahagian besar "part" fail-fail ni dah selesai. 

Apa nak bawa? Bawalah apa sahaja yang ada untuk ditunjukkan kepada panel. panel tak kenal kita, maka kitalah yang bertanggungjawab nak bagi panel kenal kita. Macam mana? Dengan cara paling berhemah. 
1. Segala mak datok nenek sijil
2. Program yang ada kaitan dengan proposal
3. Kajian tindakan 
4. Hasil artikel
5. Program bergambar

WAJIB 

2 SET PROPOSAL IKUT FORMAT YANG TELAH DIBERI 

Dan apa sahaja yang anda rasa, memang nak kene tunjuk pada panel. Saya siap bawa laptop dan pikul 1 beg penuh sampai sakit-sakit bahu. 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Mula tahun 2011 saya mulakan "tagging" sebab bermula tahun 2011 saya dilantik sebagai Guru Cemerlang. 
temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Sampai senget-senget bahu pikul semua mak nenek ni pergi "interview". 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,

Persediaan nak cakap omputih. Bila buat "study" antara soalan awal-awal panel tanya "Tell Me About Yourself". Ada satu video beri panduan jawapan kita kepada 3 part, "education, experience and strenght". Tuliskan "point" penting tentang anda mengikut 3 skop ini. Buat latihan bercakap depan cermin. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kita merapu-rapu bila "panic" dengar suara panel. 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,

Ini antara soalan kegemaran panel temuduga. Saya pun dah siap-siapkan. Siap rangka, dan harap-harap berjaya menjawab mengikut apa yang sudah saya rancang. Hakikatnya, memang saya jawab ikut plan, tetapi dah menyasar-nyasar jugak sedikit. 


PROPOSAL.

MESTI HADAM!!!! 
Kalau tak hadam, susahlah nak jawab soalan dari panel. Proposal saya bertukar tajuk saat akhir. Itu pun atas perbincangan dengan seorang pegawai dari kementerian. Saya olah semula proposal walaupun rasa tak sempat, saya sempatkan juga. Jadi, pastikan cadangan kajian ini asli milik anda. Kalau tidak, anda pasti tergagap dan ternganga dalam bilik seram itu. Bila kita ada buat perbincangan, sedikit sebanyak membantu anda mencari maklumat untuk jual "proposal" anda pada mereka. Bersedialah dalam segala hal kertas cadangan yang anda telah tulis. 


temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Semua khusyuk membaca. Masa ni jam 8 pagi, giliran saya patut nombor 4, entah macam mana kene panggil dua nombor lebih cepat. Terkedu sat!

Masa duduk di bilik menunggu ni pun dah seram sejuk. Semua calon yang bermacam rupa, kalau saya tengok satu-satu. Mahu melayang apa yang ada dalam pala otak ni. Saya ambil tempat yang hujung, jauh dari orang. Ok masa ini, ada juga kita terlihat, calon-calon yang duduk berbincang, bersembang, abaikan. Kalau ada calon nak tanya sesuatu yang relevan, jawablah. Kalau rasa lebih kepada bersembang, minta "excuse" dengan cara terhormat. Kang, bila nampak ada benda pelik-pelik diorang buat, jadi gelabah pulak. Yakinlah bahawa persiapan anda adalah yang terbaik. Jangan buang masa nak pergi "photo copy" bahan orang lain sedangkan masa yang ada boleh guna untuk diri sendiri. 


Bila dah duduk dalam bilik khas bersama panel, pastikan anda : 

1. Beri salam, kalau sama jantina boleh salam. 
2. Senyum dulu, tarik nafas dan serahkan kertas cadangan kajian serta bahan-bahan yang anda bawa tadi. (panel tengok atau tidak tengok, jangan persoalkan) 
3. Bersedia dengan soalan panel dan jawapan. 
4. Jawab secara teratur. 
5. Jawab soalan yang anda tahu jawapan, kalau tak tahu, jawap sahaja tak tahu. Daripada jawab tapi salah, lagi haru. Tetapi, sambung lah dengan ayat " Maaf encik, saya akan pastikan selepas ini saya perbaiki kelemahan saya ini". Ini jawapan skema saya. Anda boleh aje guna apa-apa jawapan yang dirasakan munasabah. 
5. Pertahankan proposal? Itu mesti. Walaubagaimanapun, pertahankan dengan cara yang betul. Sebab ini baru kertas cadangan, belum lagi "viva". Sekiranya, terdapat kesilapan di mana-mana dalam kajian cadangan, terima dengan hati terbuka. Sebab, kita tak kenal panel kita, boleh jadi mereka lebih mengetahui apa yang kita tak tahu. 
6. Apabila selesai, sesi berdebat, ucapkanlah terima kasih dan berikanlah salam. Sentiasa pautkanlah doa kepada yang Maha Esa agar temuduga ini berjaya. 

Isu semasa? Sila bersedia. Apa yang berlaku dalam pendidikan, dasar-dasar, PIPPM dan banyak lagi. Berpeluh dahi nak menjawab soalan-soalan isu semasa ini. Apa pun jawapan yang anda beri, sentiasa lah positif dan berfakta. Mudah-mudahan mudah sahaja. 

Dan yang paling akhir, gunakanlah peluang ini sebaik-baik mungkin. Gunakanlah kemahiran bercakap dan membebel anda dalam kelas dalam temuduga ini dengan sepenuhnya. Sebab, bila anda dah keluar dari bilik ini, peluang anda untuk menjawab soalan sudah tamat. Peluang lain untuk sesi akan datang ada lagi. ALL OUT!!! Buat sehabis baik.

Sepatutnya, sekali masuk bilik khas, kami berdua. Entah macam mana, panel nak seorang-seorang. Saya suka macam ni. Tak lah segan sangat kalau kene provok banyak kali dengan panel, kang ternangis kang, adui... malu.

temuduga hlp, biasiswa pendidikan, tajaan kpm,
Bersama kak Noor Sham dari Dengkil

Perasaan memang lega. Sebab rasa macam terlepas satu beban. Itu yang saya sempat bergambar dengan calon nombor 1 dari bilik yang sama. Kami sempat juga makan sama-sama. lepas temuduga, perut lapar, sakit kepala hilang. Badan pun rasa ringan. Hahaha. Lagi baik, elakkan berborak tentang apa yang berlaku dalam billik khas pada calon-calon yang belum selesai. Bukan tak mahu berkongsi, kita tidak mahu menganggu emosi dan debaran mereka ye. 

Kepada semua calon temuduga sesi kali ini, saya doakan anda semua berjaya. Kepada belum lagi, semoga bejaya juga. Jangan risau, Allah SWT akan permudahkan urusan anda. Semoga bertemu kalian semua di puncak kejayaan. Tahniah, sebab anda berjaya melalui sesi temuduga dengan penuh keberkatan. Semoga perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan lain membuat persiapan. 

Salam temuduga. Bai... 

Ps: Ini adalah catatan kaedah temuduga pada tahun 2015. 
Entry terbaru Temuduga HLP PhD 2020 boleh dibaca untuk bacaan terkini. 


25 comments:

  1. Replies
    1. Wassalam. Sis. Lebih kurang 30 hingga 35 minit sahaja. Apa pun terpulang kepada panel.

      Delete
    2. Salam saudari..jika tak keberatan boleh share resume & proposal ke emel saya?

      Delete
    3. Pertanyaan seterusnya..boleh bawa bersama skrip yg kita sediakn sndiri sebagai guide dalam bilik khas tu?
      Tq vry mch

      Delete
    4. Pertanyaan seterusnya..boleh bawa bersama skrip yg kita sediakn sndiri sebagai guide dalam bilik khas tu?
      Tq vry mch

      Delete
    5. Salam saudari..jika tak keberatan boleh share resume & proposal ke emel saya?

      Delete
  2. Saudara Taufik Inasfiras,

    Maaf lambat respond. Tak perasan mesej tuan kerana tuan letak dalam ruangan reply.
    Tak ada masalah nak tengok proposal. Berikan email tuan.

    Skrip tu kita hafal aje.
    Sebab bila dalam bilik temuduga kita dah tak boleh tengok apa-apa atau semak apa-apa, semuanya terpulang keada kekuatan ingatan kita sahaja.

    maaf sangat-sangat. lambat respond

    ReplyDelete
  3. Assalamualikum..boleh share resume & proposal ke emel saya?
    Saya tmuduga cuti belajar gaji penuh tanpa biasiswa 29 okt ni. Ini alamat e mail say azzbira@gmail.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk info yang menarik..
    tak terfikir pun persediaan mcm ni..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, tahniah dapat temuduga, nak tanya cikgu dah dapat keputusan belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam... saya tak berjaya masa temuduga ini. Mungkin sebab saya terima biasiswa My Brain agaknya.

      Delete
  6. Salam, saya pn nk minta jasa baik berkongsi contoh proposal
    nadfiz86@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. Salam. perkongsian yang bermanfaat.jzkk.saudari, bole mnta jasa baik emel cth resume dan proposal saudari ke emel sy?

    sab_shin88@yahoo.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum cikgu....Perkongsian yang sangat bermanfaat utk sya..Mohon bantuan contoh resume dan proposal.Kalau tidak keberatan email : nazrulnadzri@gmail.com
    terima kasih byk2

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu... Mohon bantuan contoh resume dan proposal. Email faizahmustapha13@gmail.com terima kasih. Hanya Allah yg dpt jasa cikgu

    ReplyDelete
  10. salam..terima kasih atas perkongsian yang menarik..boleh saya dapatkan contoh proposal.. amir.spears@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. salam..terima kasih atas perkongsian yang menarik..boleh saya dapatkan contoh proposal.. amir.spears@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Salam. Boleh mohon kongsikan resume Dan proposal ke alamat emel saya,

    syalizaharun@yahoo.com


    Hanya Allah shj dapat balas jasa baik puan. Tq

    ReplyDelete
  13. Salam blh tak nk tgk contoh proposal.. email saya fatih.sofea@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Salam. Mohon kongsikan proposal Master di email saya,

    syalizaharun@yahoo.com

    Tq

    ReplyDelete
  15. salam boleh emailkan contoh resume kpd saya...
    ciklin965@gmail.com

    ReplyDelete
  16. salam pn, boleh share proposal dengan saya? Email address saya
    ladyrain5176@gmai.com

    ReplyDelete
  17. assalam.boleh kongsikan contoh proposal? saya interview hlp 8 mei 2017.
    zuritazulkifli12@gmail.com

    ReplyDelete
  18. salam boleh email kan proposal kpd sy utk panduan
    suhadahasan @ yahoo.com

    ReplyDelete
  19. Salam, minta cg email kn proposal kpd fauzanafauzi05@gmail.com, utk panduan saya..

    ReplyDelete