9.30.2015

,

KALAU PAK NIL DATANG


Bila last posing-posing, entah dah lupa.
 Hari ini kene berkumpul di dataran untuk program "audition" Oh My English Day Out. 
Budak-budak suka sangat. 
Dah berangan lah tu nak jumpa artis-artis dan masuk TV. 
Malangnya, cikgu-cikgu tak ada "chance" pun.
Kalau boleh, saya pun nak menyibuk sama.
Bukan susah sangat. 
Yes, No, Thank You. 
Bereh. 
Oh No! 

Syarat nak menyertai pada pelajar, mesti ada ASTRO.
 Kalau tak ada ASTRO kene ambil borang untuk sign up dahulu. 
Bayar entah berapa. 
Budak-budak bukan kisah pasal duit, tahu kehendak dia aje. 
Kemudian, ada kuiz. 
Siapa dapat jawab kuiz, dapatlah ikut My English Day Out. 

Baguslah nak menggalakkan penyertaan pelajar. 
Pelajar-pelajar tak mampu nak ada ASTRO memang tak adalah peluang. 
Maka apa peluang yang mereka ada? 
Menganga ajelah. 

Saya hanya sebagai pemerhati melihat pelajar-pelajar yang tak mampu dengan sayu. 
Tak apa. Tunggulah... saya nak jemput Pak Nil.
Mana tau !
 Kalau-kalau Pak Nil nak datang sekolah kita, jumpa kamu semua. 
Pelajar sesi petang. 
Gempak gitu. 

Kalau Pak Nil datang, 
Bersusun peminat nak minta tanda tangan. 
Kita boleh dengar cerita hidup Pak Nil
Sekejap pun tak apa. 
Mungkin ada cerita yang boleh kita kongsikan bersama

Ayat-ayat motivasi untuk diri sendiri. 
Harap-harap ada peluang yang cerah untuk ujibakat.
kalau tak berjaya, tengok at tv ajelah. 

huhuhu. 


KAK LINAH




Ini kak linah dan abang hidir 
orang kuat saya 
dari mula isi borang nikah 
sehinggalah semuanya selesai

kak linah dan abag hidir
satu-satunya kawan yang menyokong cara kami
sepenuh pertolongan diberi 

sayang korang 
lillahi Taala
, ,

MAJLIS KAHWIN SAYA


Belanja perkahwinan sekarang berapa ye? 
Seram sejuk bila dengar kos majlis kahwin sekarang. 
Saya memang tak boleh banding-banding saya dengan orang lain. 
Orang lain, lain. Saya, lain. 

Kita selalu dengar. 
Kahwin ni sekali, masa nilah buat besar-besar. 
Saya? Kahwen dua kali kot.  
Jadi, kata-kata orang tu tak boleh pakai pada saya. 

Plan asal menikah kat masjid. 
Sebab tak perlu nak sediakan makanan. 
Nak bajet.
Lepas selesai majlis nikah, patutnya semua datang rumah mak saya. 
Semua makanan ada kat sana. 

Last minute, Tok Imam suh pindah ke rumah. 
Rumah saya, memang tak ready apa-apa. 
Kak linah kata tak apa, kita buat kopi o dan karipap aje. 

Ketua kampung, imam kampung, sedara mara dekat, 
kawan-kawan dekat.
Kawan-kawan ramai tahu saya nak kahwen. 
Ramai yang kecik hati sebab saya tak jemput datang. 
Sebab memang dah bajet banyak tu aje. 

Saya tahu, kawan-kawan saya semua berhati mulia
Dalam pada kecik-kecik hati tu, 
mereka panjatkan doa tak terhingga untuk saya
Hingga saya kecapi bahagia saya

Tiada hantaran berdulang-dulang. 
Cincin bertakhta berlian,
seutas rantai tangan dan seutas rantai leher beserta sebuah loket.
Pelamin tak ada. 
Khemah tak ada. 
Door gift pun tak ada. 
Suami saya nak lari kalau saya buat semua tu. 

Foto? 
Jiran saya datang bawa camera besar dia. 
Saya minta gambar dari dia aje.
Suami pakai Ipad, gambar cantik-cantik.
Gambar kat handphone saya, 
habis punah ranah. 
Gegarlah, terpotog muka, gelap dan entah apa-apa lagi lah. 

Lepas majlis akad nikah, 
suami saya terus update status di FB
Married to Lea Mustafa
Maka, selesailah tanggungjawab menghebahkan perkahwinan kami. 
Mudahkan? Semua tulis kat situ. 

Mak dan makcik-makcik masak lauk kampung
Yang saya rasa bajet penyediaan yang murah. 
Hidang dalam rumah. 
Entah dari mana datangnya rezeki, 
ada coklat, ada kek dan kuih-muih. 

Gaduh? Jangan cakap tak gaduh. 
Mak saya mana terima cara saya. 
Tak pernah dibuat orang, katanya. 
Isu hantaran lah, isu orang kampung cakap lah, 
apa kata orang keliling dan sebagainya.
Ada drama sikit, nangis-nangis,
adegan macam cerita Melayu kat TV, macam tulah. 
Saya yakinkan mak abah saya, 
saya sendiri nak macam ni. 
Puas pujuk, puas cakap, 
Mak abah pun terima dengan hati terbuka. 

Bila fikir-fikir balik, 
saya bahagia dengan majlis kahwin saya. 

Pertama kali dalam hidup, 
saya berjaya tentukan apa yang saya nak dalam hidup saya. 
Dan bermula detik itu, 
sedikit-sebanyak banyak perubahan penting berlaku dalam hidup saya

Meskipun, ada yang tak suka cara saya, 
ada yang marah-marah, 
saya tak boleh buat apa
saya hanya mengharapkan mereka akan faham
kenapa 
saya pilih majlis kahwin saya 
ikut cara saya

Dan 
saya sangat bahagia

Lebih bahagia, 
bajet-bajet yang di potong pada pelamin, 
khemah, jemputan, dan apa-apa lagi yang cecah ribuan ringgit
dibalas dengan sebuah percutian
yang membuka pandangan saya seluas-luasnya
ditaja penuh oleh suami saya yang tercinta

MAJLIS KAHWIN SAYA, istanbul aku datang, istanbul, hagia sofea, ayasofia,
Pertama kali jejak kaki di Istanbul dengan busana pengantin
Naaah..... 
Istanbul Aku Datang
Ini cerita lama
Yang sentiasa segar dalam ingatan saya
Masuk tahun ketiga
Semoga dipermudahkan segala-galanya
Feeewww!!!


9.28.2015

, ,

P. RAMLEE TETAP LAGENDA


Tiap malam Isnin, pukul 10 malam mesti ada cerita P. Ramlee. Walaupun dah berpuluh kali tengok, saya tetap nak tengok. Kadang-kadang, sampai merajuk-rajuk dengan Abe. Kenapa suka sangat tengok cerita P. Ramlee ni? Dan berapa kali ulang? Tak apa, saya tetap nak tengok. 

Cerita P. Ramlee tak memenatkan otak saya. Jalan cerita padat. Tak merapu-rapu. Tak ada part yang saya tak suka. Kadang-kadang saya sampai hafal dialog dalam cerita. Tak semua lah.. tapi ada juga. Mana-mana ayat yang boleh guna untuk menyakat Abe, saya akan guna. 

Satu benda yang buat saya kagum, mungkin orang lain dah nampak banyak. P. Ramlee TAHU apa dia buat. Tahu mesej yang beliau nak sampaikan dalam setiap dialog, setiap watak, "scene". Tahu. Ideanya hebat pada zamannya. Kelakar, sedih, cinta, duka, semua ada. 

Kita selalu laung-laungkan, bila kita tahu apa kita buat, kita akan berjaya. P. Ramlee dah buktikan. Jadi, kita boleh contohi. Durasi cerita yang pendek tetapi penuh teladan. Beliau memang lagenda. 

Abe sangat suka dengan MADU TIGA. Nampak tak? 


9.25.2015

, , , ,

CHEESE ROLL WITH AIR FRYER

CHEESE ROLL WITH AIR FRYER, air fryer,
Lagi resepi dengan Air Fryer. 

Resepi ni ada banyak kat FB. Ramai dah buat, saya pun tumpang share dan menyibuk sama. Lepas keluar dari hospital saya pun cubalah resepi ini. 

1. Roti gardenia. Leperkan roti ni. Kalau ada roller baguslah, kalau tak ada, boleh guna botol kicap, atau mug tapi, janganlah lenyek kuat-kuat sangat. Asalkan boleh leper roti tu sahaja sudah mencukupi.  

2. Cheese keping-keping. 

3. Sosej. Ada yang suka ayam mas, pilihlah mana-manayang anda suka. Boleh belah dua kalau nak jimat, boleh pakai seketul besar sahaja. 

4. Telur. Saya gabung aje telur kuning dan putih. Belasah. 

5. Serbuk roti. Sebetulnya nak bagi crispy. 

Langkah-langkah. 

Roti gardenia yang dah leper-leperkan. Letak cheese keping. Letak sosej dan gulungkan roti. Tekan-tekan sikit roti supaya padat isi kat dalam. Kemudia, celup roti dalam telur, kemudian golekkan pada serbuk roti. 

Dah siap. Ulang langkah-langkah di atas untuk dapatkan 5 hingga 6 cheese roll. Tak mahu minyak-minyak kan? Pakailah AIR FRYER AJAIB. Masukkan semua cheese rol tadi, set suhu 180 dan 15 minit. Biarkan sehingga bunyi TING !!! Cheese roll anda siap tanpa minyak. Makan 3 keping pun dah kenyang. 

Hati-hati kalau panas nanti melecur lidah. Selamat mencuba. 

, , , , ,

MYBRAIN15 REZEKI LAST MINUTE



MYBRAIN15, biasiswa mybrain15, kpot, biasiswa pendidikan, leamustafa.com,

MyBrain15? Sumpah, saya tak pernah dengar pun benda ni. Maksud saya, MyBrain15 adalah satu jenis biasiswa. Sejak bila? Nampak sangat pengetahuan pendidikan saya ni masih cetek. Suami saya pun tahu pasal MyBrain15. Apa yang saya tahu dan kenal ialah PTPTN (pinjaman) dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk cikgu-cikgu.

Kesedaran tentang MyBrain15 makin tinggi apabila sepupu suami saya, Sarah Ezanee tamat belajar di peringkat sarjana dengan tajaan MyBrain15. Menurut Sarah, isi borang, download borang, minta tanda tangan mengikut kehendak borang dan upload semula. (bunyi macam senang). Dalam hati dah mula tanam niat nak buat awal-awal. Rupa-rupanya hanya angan-angan.

25 Julai 2015

Saya menghadiri kursus Integriti di Universiti Selangor (Kampus Shah Alam). Semasa sesi pembukaan, saya mendengar tentang kata-kata aluan dari seorang pegawai PPD Petaling Utama. Beliau ada menyebut tentang sambung belajar, dan tiba-tiba telinga saya menangkap dia menyebut tentang MyBrain15 yang akan tamat pada 31 Julai 2015. Tiba-tiba, saya gelisah. Ye, memang patut sebab tinggal 6 hari lagi. Dan saya masih belum buat apa-apa.

Rasa dah putus asa sangat-sangat. Malas nak mengisi pun ada. Saya tanya suami saya, patut buat ke tak, jawapan dia cuma "biar menyesal sebab you buat, dari menyesal sebab tak buat". Tarik nafas panjang-panjang, dan saya mula atur semula "work list". Saya ada masa, saya cuma perlu atur masa supaya semua benda boleh selesai.

 29 Julai 2015

Saya semak semula kertas cadangan yang saya bawa semasa temuduga HLPS. Seingat saya, ada beberapa bahagian dalam kertas cadangan saya ditegur oleh panel. Memang patut pun, sebab "last minute" saya tak tunjuk pun kertas cadangan kepada penyelia. Saya baca semula dan buat beberapa pembetulan pada kertas cadangan. Saya tahu, kalau banyak sangat salah, penyelia saya pasti akan tolak mentah-mentah sebab kertas cadangan tak rujuk padanya.

30 Julai 2015

Dari Isnin hingga hari khamis, saya berada di Melaka menhadiri kursus. Waktu malamnya saya isi dengan meneliti borang MyBrain15. Kursus saya tamat jam 12 tengahari, hari Khamis.  Dengan segala borang MyBrain15 yang dah siap tulis, saya bercadang untuk singgah UM untuk mendapatkan pengesahan. Dari Melaka jam 1 petang, lebih kurang jam 3 petang saya sampai UM.

MYBRAIN15, biasiswa mybrain15, kpot, biasiswa pendidikan, leamustafa.com,
1. Pengesahan pertama dari pejabat Bendahari

MYBRAIN15, biasiswa mybrain15, kpot, biasiswa pendidikan, leamustafa.com,
2. Pengesahan dari Institut Pengajian Siswazah

2 part dah selesai. Dalam hujan renyai-renyai, saya kembali ke kereta. Dan, kereta suami saya tak leh hidup. Huwaaaarghhh!!! Suami saya tengah kerja. Kalau call suami pun, dia mesti suruh setelkan sendiri. Nasiblah saya berdua dengan kawan, Atiqah. Dan paling mujur, saya park kereta saya di tempat yang betul. Memang rasa nak menjerit. Dan masa tu pulak, bateri handphone saya mati masa tu jugak. Ya Allah, besarnya ujian Allah. Atiqah kata, perlahan-lahan kita selesaikan masalah. Telefon Etiqa insurans dan dalam masa 30 minit, sampailah penyelamat kami. Rupa-rupanya, wayar tak contact dengan bateri kereta. Kalaulah saya tahu bagaimana nak selesaikannya....

MYBRAIN15, biasiswa mybrain15, kpot, biasiswa pendidikan, leamustafa.com,
Mujurlah ada seseorang yang bersama saya pada masa itu, kalau tidak kalut saya sorang-sorang. 

MYBRAIN15, biasiswa mybrain15, kpot, biasiswa pendidikan, leamustafa.com,


31 Julai 2015

Jam 11 pagi, saya singgah ke sekolah dulu untuk dapatkan tanda tangan pengetua. Pengetua saya beri masa sehingga jam 12.30 tengahari untuk jumpa sebab beliau nak berkejar ke masjid untuk solat Jumaat. Pengetua saya pun tidak pernah mendengar tentang MyBrain15. (bukan saya seorang ) Selesai urusan di sekolah, saya datang lagi ke fakulti pendidikan untuk minta tanda tangan penyelia. Malangnya, penyelia saya ada mesyuarat sehingga tengah hari. Jadi penyelia minta saya letakkan kertas cadangan di pintu dan ambil pada waktu petang. Nampaknya saya kena ke UM semula selepas jam 6.45 petang (tamat sesi persekolahan). Adoi.

MYBRAIN15, biasiswa mybrain15, kpot, biasiswa pendidikan, leamustafa.com,


Selepas sekolah, saya terus ke UM sekali lagi. Kira-kira jam 7.20 malam, saya sampai ke fakulti pendidikan. Baiknya hati penyelia saya, letakkan kertas cadangan dalam plastik. Saya lihat ada pembetulan pada tajuk kertas cadangan. Panik sekejap. Rupa-rupanya penyelia saya dah sediakan satu kertas kosong siap tanda tangan dan cop untuk saya buat cetakan sekali lagi. Terharunya. 

Jam 9 malam, saya singgah ke rumah kawan saya, Kak Waheedah. Saya minta bantuan kak Waheedah walaupun masa tu beliau baru aje selesai terima tetamu bertandang ke rumah sempena Hari Raya. Masa memang dah suntuk. Saya masih belum scan semua bahan. Mujurlah, rumah kak Waheedah ada scanner, printer dan internet, jadi saya boleh buat semua serentak di rumahnya. Setelah berpeluh-peluh, adjust itu ini dan sebagainya, lebih kurang jam 10.30 malam, permohonan saya lengkap di muat naik ke laman web MyBrain15 dengan jayanya. Perasaan? Sangat-sangat lega. Allah SWT permudahkan segala urusan saya, meskipun dah "last minute". 

21 September 2015
MYBRAIN15, biasiswa mybrain15, kpot, biasiswa pendidikan, leamustafa.com,

Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tawaran MyBrain15. Mungkin tidak sehebat HLP yang ada elaun, tajaan penuh dan sebagainya, saya amat bersyukur dengan apa yang saya terima. HLP? Masih belum ada berita, mungkin itu bukan rezeki saya. Semoga tajaan ini menjadi satu titik permulaan saya menjadi lebih baik pada masa akan datang. 

Ini memang rezeki "last minute" untuk saya. Bila kenangkan balik, usaha "last minute" saya tu, rasa tak sia-sia berusaha walaupun masa dah suntuk. Ini memberi kesedaran kepada saya bahawa jangan cepat mengalah. Jangan sekali-kali mengalah. Betul kata suami saya, saya akan menyesal sebab tak buat. 
Agaknya, 10 tahun menjadi pendidik, sudah terbiasa sangat dengan "last minute". Sudah terasuh rupanya. Sehingga saat bila-bila pun, saya akan sentiasa ingat, usaha itu sehingga saat terakhir dan jangan cepat mengalah kerana biarpun "last minute", kalau dah rezeki, tidak akan ke mana-mana. Tapi yang lebih penting, jangan buat kerja "last minute". Naya aje...

9.23.2015

, ,

WUQUF DI DOHA

Tahun ni aku decide nak abadikan cerita ni kat blog wife aku.

Pada tahun 2008, aku bertugas di Doha, Qatar... kerani cabuk je kat Qatar National Bank Al-Islami. Rumah aku di Gharrafah (ade Mazhab mengatakan kawasan aku tu namanya Izghawa).

5 tahun belajar bahasa Arab sepanjang sekolah menengah di Malaysia, tak pernah praktis pon cakap Arab. Tetibe, bile dapat opportunity keje kat Doha, wah!! semakin aktif aku mempoyoskan diri cakap Arab. Jangan salah faham Tuan-Tuan & Puan-Puan sekalian, bukan fasih mane pon pertuturan bahasa Arab aku. Pendek cerita, Mr. Miyagi punye English dalam Karate Kid lagi fasih dari aku punye penguasaan bahasa Arab yang dah berkarat since 1998.



                                                            


Setakat order makan malam nak beli Shawarma, dengan jus mampelam untuk tapau bawak balik rumah takde la susah sangat, tengok menu, time malas nak bercakap, tunjuk aje ape ko nak, pastu tunjuk berape ko nak dengan jari :-) pastu buat la sign language nak balik rumah supaya dia bungkus ;-p

Ade satu insiden tu, berlaku pada hari cuti, aku nak order shawarma plate nak suruh dia deliver ke rumah.... pekh!! Jahanam! Arab aku ntah kemana, English Haji delivery tu pon ntah ke mana. Kebetulan pada mase kejadian, housemate aku, Ahey yang fasih berbahasa Arab takde kat rumah. Dengan perkembangan Waze, mungkin sekarang cuma perlu bagi koordinate Villa je kot; 25.352849, 51.447981. Selesai masalah, itu pun kalau dia reti pakai.

Sambung cerita, elok je Ahey balik rumah, aku mintak dia ajar aku bagi direction orang nak datang rumah DALAM BAHASA ARAB. Basically, the following was part of the whole conversational lesson: 

hang pi straight ==> على طول
hang belok kanan nooo ==> يمين
pastu hang belok kiri ===> يسار
ekau copek siket  ===> بسرعة

chewah!! sekarang aku sudah pandai bagi direction. esok lusanya (atau mungkin beberapa hari selepas tu) aku test power :-) Aku order Shawara Plate skali lagi, untuk dinner, mintak hantar ke rumah. SUCCESS!!  


Berdasarkan kejayaan memberi direction ni, pada suatu hari, aku, Dave, Albert & Wendell naik teksi dari (kalau tak silap) Souq Waqif nak pergi ke our office di Salwa Road.

Since Salwa Road is well known, macam C-Ring Road, aku cuma perlu tunggu sampai teksi tiba di Salwa Road untuk bagi direction seterusnya hingga sampai depan opis kami. Aku masih ingat lagi, driver taxi tu, orang Sri Lanka, penguasaan Arab dia memang waaAAy much better dari aku, sumpah tak tipu. 

Setibanya di Salwa Road, ape lagi, aku pon siap-sedia mempraktikkan dengan penuh yaqeen dan percaya pada ajaran Ahey, bekas pelajar Al-Azhar:

يمين
يسار
على طول
بسرعة

Huh! Sungguh confiden aku dengan 4 patah perkataan ni. Semakin kami menghampiri opis, aku get ready nak sebut "berhenti", tibe-tibe, baru aku teringat, Ahey tak ajar perkataan berenti dalam "Silibus Pengajian Shawarma Delivery" hari tu.

Aduh!!! kang aku cakap melayu kang dia tak paham, confirm punya. Punya la Allah tarik nikmat "bijak-pandai" hari tu, nak sebut "Stop!" pon tak keluar. Padahal penguin pon paham Stop = berenti. Aku try nak sebut Stop, for some odd bangang reason tak terlafaz perkataan omputeh yang satu ni pada time tu.

By now, teksi dah terlajak sikit dari opis yang dia patut berenti tadi.

Tiba-tiba, aku aku teringat silibus Ibadah Haji Tingkatan Lima (of all things, ini yang aku ingat, MasyaAllah!), maka dengan confiden aku jerit...













!!وقوف

!!وقوف

!!وقوف


Maka driver tu terus emergency brek,
dan serta-merta,
dia gelak macam Jozan buat kelaka-laka.

Takpelah, terpaksa la terime kena bahan ngan drebar teksi. Dia sempat betulkan aku, dia kata the correct way to say (stop) is Qif قف 

Itulah ilmu bermanfaat yang dia wariskan pada aku. Dan giliran aku sampaikan pada korang :-)

Ini lah cerita yang aku jadikan tradisi aku, untuk ceritankannya setiap hari 'Arafah atau pada Hari Raya Haji.

Bagi yang berpuasa, selamat menjalani ibadah puasa di Hari Arafah.
Bagi yang belum Daftar Haji, pi la daftar, bukan mahal pon, RM1300 aje nak daftar, kalau takde RM1300, p daftar dengan statement KWSP
Tanamkan azam, panjatkan doa, agar dapat panggilan menunaikan ibadah Haji kala tubuh kita masih sihat. 







Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com
|| 09 Zulhijjah 1436
|| 23 September 2015


Daftar Haji, Tabung Haji, KWSP, Tahun Peruntukan Haji
Dianggarkan giliran aku pada tahun 2082



9.14.2015

, ,

CUTI TAJAAN TAKAFUL


Siang hari Ahad. Masa ni, suhu belum turun sepenuhnya. Tak pernah seumur hidup pakai nap oksigen ni, selalu tengok orang lain pakai. Dada saya rasa sakit bila bernafas. Doktor beritahu kene bronchitis. Sekali tengok balik gambar ni, dah rasa macm Darth Vader. 

Percutian kali ini di KPJ Damansara Specialist Hospital  ditaja penuh oleh PruBSN Takaful. Jumlah penuh yang ditanggung oleh takaful ialah RM37++ Perghh!!! Lebih mahal dari bercuti di Pulau Perhentian atau KRABI. Rasanya bercuti kat hospital ni lebih tenang. Tak ada gangguan. Tak ada bunyi hiruk pikuk. Dan memang boleh cepat baik dari sakit macam ni. HUHUHU. Punyalah dah lama tak bercuti, sekali bercuti kat hospital. 

Inilah hasil selepas Abe bertegas nak juga saya ada perlindungan takaful. Selama-lama tak pedulik pun pasal medical card. Masa kat Muar, jarang sakit. Demam pun rasa 3 tahun sekali. Bila kene viral infection ni, baru tahu rasa sakitnya masukkan ubat ikut jarum kat tangan tu. Pergh!!!!! memang dah menangis. Nurse tu pun geleng-geleng kepala bila saya dok jerit-jerit. Mujur Abe ada dok sabarkan dengan kata-kata "kalau macam ni, cepat baik, ubat terus masuk dalam darah". Sejuk hati sikit. Kalau tidak. Saya mesti nak ambil ubat pakai pil sahaja. 

Saya sangat berpuas hati dengan layanan KPJ Damansara Specialist Hospital sebab tak jemu-jemu melayan kerenah pesakit yang setiap jam tekan butang HELP tu. Sebab... jari saya sakit sahaja lepas masuk ubat ikut jarum di tangan tu. Kadang-kadang darah keluar. Kadang-kadang tak slesa. Ini saya yang ada daging dan lemak yang banyak. Terbayang juga kalau kanak-kanak kecil yang kene macam saya. Huwaaaa!!!! Sakit wei. 

Langkah berjaga-jaga memang kene ada. Alternatif memang kena ada walaupun kadang-kadang ada rasa tak perlu. Saya disahkan oleh doktor boleh discharge, saya melonjak-lonjak kegembiraan. Hati dah rindu pada rumah, cuma,... badan saya masih belum fit untuk bekerja. Berehat dirumah. Boleh ke tak mngadap laptop? 

Bila GL dari PruBSN dah selamat tiba, saya dah boleh keluar hospital tanpa bayaran. Lega. Kalau tak mana nak korek banyak tu. Meskipun belum fit sepenuhnya, terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah, doa diperkenankan oleh Allah dan saya dah boleh balik rumah pada petang Selasa. 

Masa bila perlu pakai kemudahan yang takaful sediakan, kita tak tahu bila. Saya tak pernah terbayangkan bila. Bila kita ditimpa musibah, demam sakit maca ni, dan seumpamanya yang memerlukan anda di tahan di hospital dengan kadar segera, medical card inilah yang boleh ditunjukkan. Pastikan anda tahu mana hospital panel. Apa sahaja untuk  memulihkan keadaan  kesihatan anda, InshaAllah agent perlindungan takaful, Pru BSN sedia berkhidmat.  Sempat juga agent datang melawat saya di hospital. 


Yabedabeduuuu !!!!


, ,

ROMANTIS TAK?

SAYA MAKIN SAYANG DIA, leamustafa.com, takaful,

Dalam pada saya sakit-sakit ni, saya tahu, dialah orang yang paling sedih. Meskipun, dia merengek pada saya sambil cakap "Tukang masak saya sakit, macam mana saya nak makan, saya lapar, buat hati saya sangat sebak. Tak sangka, saya masak macam tak masak ni pun, ada orang rindu nak makan masakan saya. Memanglah masakan tak boleh celen masakan mak mertua saya, tapi saya lebih baik daripada mamak kat luar. 

Bila dia duduk di sebelah katil saya, saya rasa sangat malu. Abe tak makan, saya minta dia makan sebab keadaan saya yang dah terbaring dengan SELESA di katil hospital. Pagi itu ( saya pun admitted jam 12.30 malam, Hari Ahad) Abe tido sofa yang disediakan dalam bilik saya. Dari jauh pandangan saya sangat sayu. 

Sepanjang 3 hari 2 malam, sekali sekala terjaga bila Abe cium dahi saya dan cakap "I LOVE YOU". Mata kene pura-puralah tutup. Tak mahu merosakkan saat-saat "romantis". Hahahaha. Segala keperluan yang saya perlukan sebagai pesakit, Abe tunaikan dengan sabar dan tabah sekali. Saya pula jenis bila sakit, mulut ni berat serba serbi. Bila saya senyap, Abe dok tanya, "you ok sayang" , "you nak apa-apa". Rupanya selama ini saya bercakap tak berhenti. Bila tak bercakap, semua benda nampak tak kena. 

Ada kawan-kawan mesej, masa nilah masa nak manja-manjakan diri. Nak romantis-romantis. Alahai, nak kene sakit dulu baru dapat momen romantis. Teruklah macam ni. 

Dia memang tak romantis. Cakap aje jujur aje.  Tapi bila saya jatuh sakit, saya tahu, saya makin sayang dia. Sangat sayang. Waktu sakitlah, ujian Allah pada kita nak cuci-cuci dosa kecil. Mudah-mudahan dosa saya diampunkan. Kami hanya berdua, saya tahu susah senang kami bersama. 

Romantis itu bukan perkara yang selalu dilafazkan, bukan sesuatu yang selalu ditunjukkan. Tapi, kita tahu momen dan saat-saat yang berlaku itu bersama suami adalah saat yang romantis. Walaupun hanya dengan seulas senyuman, sudah romantis pada saya. Meskipun dengan usikan, dah gemuk juga romantis buat saya. Apatah lagi, bermalam di hospital bersama dengan saya. Sanggup bersakit-sakit badan tidor di sofa bed sahaja. Mungkin ada saja saat romantis yang terjadi di saat saya sedar atau tidak sedar ketika saya tidur. 

Allah.. saya makin sayang dia. Jadikanlah kasih sayang ini sesuatu yang indah dan membawa ke syurga. Lillah hi Taala, dia suami terbaik saya. Romantis? Biarlah ia datang pada setiap saat dalam kehidupan kami bersama. 



, ,

MADIHAH SPORT PANTS


Bila Abe dah mula tegur, seluar track saya ketat, dah mula lah menggelabah. Nak cakap, seluar tu dah kecik, kang Abe amek penimbang, saya lari dulu. Then, untuk memastikan tiada lagi teguran yang sama saya jumpa MADIHAHSPORTPANTS. Scroll kat instagram. Seluar ada skirt. Abe kata, cubalah dulu. Saya terus order, untung-untung boleh pakai masa larian ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015 nanti. 

Maka, bungkusan pun diterima. Saya tak sangka boleh sampai cepat. Dan ... tadaaa.. saya dah pakai. Ini spect pakaian yang Abe lepaskan saya pakai untuk larian. Abe lepas, saya pun lega. Seluar yang memang selesa. Hahahha... bukan seluar bagi kita lari laju tau. Tak panas. Cukup selesa. Abe cakap, ada harapan nampak kurus bila pakai seluar cenggini. 




Abe kata, "macam ni OK"


Tuan tanah belaja gambar repost MADIHAHSPORTPANTS


Macam mana nak beli? Tak suka scroll Instagram, sila hubungi : 

MADIHAH SPORT PANTS
NO TEL : +6018 9088185
Whatsapp / Call 

Jika dah hantar mesej, harap bersabarlah menunggu balasan. Maklumlah, ramai pembeli dan itu satu-satunya nombor yang digunakan. Bagusnya, cik puan Madihah ni akan update stock apa yang ada dan tak ada. Tak adalah anda kecewa menangsi kat tepi bucu katil. 

Saya sudah, anda bila lagi. Cuba satu, pasti nak tambah lagi satu. 

Antara warna yang disediakan. Pilihlah apa saiz yang sesuai dengan saiz badan anda.
Kalau anda nak baca feedback dari pelanggan-pelangan MADIHAHSPORTPANTS ni, boleh tengok di instagram. Kene bacalah juga kan, kurang-kurang ada ilmu sedikit sebelum membeli.

Saya ni kelompok rendang-rendang, maka kene lipatlah sikit seluar tu kat bawah. Still, masih lagi boleh berlari dalam keadaan selesa. Mungkin saya akan alter sedikit, sebab tak mungkin boleh tinggi lagi. Segini pun dah cukup.

Kepada cik puan MADIHAHSPORTPANTS, saya mendoakan kejayaan team cik puan. Semoga terus suksess di masa-masa akan datang. Pssssttt... jenis kain seluar ni, membuatkan anda TERPAKSA KURUS tau. Ekekekke... dah mula lah tu tergoda bila cakap kurus kan? Haaa... gitu orang perempuan. Pantang !!! 

Kudos !!!





9.13.2015

, , , , , , , , , , , ,

PELABURAN UNIT TRUST MERUGIKAN

Bangun pagi terbaca feed facebook Pak Di:





Zamy oh Zamy! Ape la malang nasib kau nih. Kalau aku ade RM47,600 diluar akaun KWSP, aku pon tak sejahil kau dan ajen kau; pi lebur semua sekali dalam satu fund.

Peraturan nak melabur ni senang je. Melabur amaun yang kite sanggup tengok LESAP 100% hari esok. Ini tidak, beli Unit Trust pada Mac 2015, tiba-tiba September 2015 bile pasaran saham menjunam dah menggelabah fikirkan nak jual atau tidak. Sepatutnya ini la masa untuk optimumkan pelaburan dengan Dollar Cost Averaging. Dalam kes sebegini, nak buat Dollar Cost Averaging pun dah tak optimum, melainkan saudara Zamy ni ade another extra RM47,600 tunai tersorok bawah tilam ke atau kat memane.


Ini antara kesilapan biasa pelabur unit trust: 

1- tak faham instrumen pelaburan unit trust
2- ikut cakap unit trust consultant

Unit trust consultant ni kejar sales commission je. Contoh terdekat ialah broker saham, diorang tak kisah pon saham ape kite beli atau saham kita untung atau rugi, sebab bila beli saham broker dapat brokerage fee, bila jual saham pun broker dapat brokerage fee. Percayalah cakap aku, unit trust consultant, might as well be called Salesman je.

KALAU aku ade sejumlah RM47,600 untuk dilaburkan macam saudara Zamy ni,aku akan pecahkan kedalam pelaburan berikut:

50-60% dilaburkan dalam Equity Funds, contohnya:
- Eastspring Investments Dana Al-Ilham, atau
- Kenanga Syariah Growth Fund

20-30% dilaburkan dalam Bond Funds, contohnya:
- RHB Islamic Bond Funds

10-30% di simpan tempat selamat, contohnya:
- Tabung Haji
- Amanah Hartanah Bumiputera
- Emas gred pelaburan (tak sebut emas kang ade pihak melenting)

Untuk tempoh 6 bulan dari Mac 2015 ketika Zamy mula beli unit trust,

Eastspring Investments Dana Al-Ilham       ==> RUGI 4.89%
Kenanga Syariah Growth                             ==> RUGI 3.36%
RHB Islamic Bond Funds                            ==> UNTUNG 2.72%
Emas                                                            ==> UNTUNG 11.68 % sila rujuk rajah berikut:

graf GoldPrice.org ~ emas dalam Ringgit Malaysia dari 11 MAC - SEPTEMBER 2015
Berikut adalah nilai pelaburan pada hari ni jika RM47,600 Zamy laburkan dalam pecahan seperti berikut:

50% dilaburkan melalui Eastspring Investments Dana Al-Ilham:
{
         47,600 x 50% = RM23,800
                                   RM23,800 - 4.89% = RM22,636.18
}

20% dilaburkan melalui RHB Islamic Bond Funds:
{
           47,600 x 20% = RM9520
                                      RM9520 + 2.72% = RM9,778.94
}

30% dilaburkan dengan emas gred pelaburan:
{
            47,600 x 30% = RM14,280
                                      RM14,280 + 11.68% = RM15,947.90
}

Pelaburan asal Mac 2015 RM47,600
Nilai pelaburan pada September 2015:
{
   15,947.904 + 9778.94 + 22,636.18 = RM48,363.024 [Untung 1.603%]
}






Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com





, , , ,

LARIAN MALAM MENGECEWAKAN


Jerebu makin teruk. Tapi acara larian malam ni tak batal. Saya tetap nak berlari. Degil? (ye agaknya) Bila Abe kata nak hantar, owh... sangat-sangat rasa bersyukur. paling tidak Abe boleh tunggu di masjid. Janji nak flag off jam 8 malam, saya budget boleh habis 9.30 (termasuk dah beratur kutip medal, sijil, roti, pisang). Memang tak akan singgah mana-mana booth yang ada, kalau Abe tolong hantar dan ambil. Pesan Abe, pastikan IC dan medical card standby. 

 Kita pun dah ready2 lah jam 7.45 kumpul. Selesai jamah sikit kebab ayam, air milo ais (degil lagi), dan solat maghrib kat padang depan Istana Kehakiman. Dalam tentatif tak ada cerita tentang aerobik, Ada aerobik plak. Itu ini, lebih kurang 8.45 malam baru flag off kot. Entah-entah lebih lagi (Delay 45 minit). Tak pastilah, kalau sepanjang saya duk tengok page rasmi Asean Rides Night Run 2015 ni, tak ada pulak makluman tentatif. Orang duk tanya-tanya ON ke TIDAK sebab haze pun tak berjawab sampailah jam 3.37 petang. Serius !!!


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,
Apa yang mengecewakan, 

1. Semua pelari biasa bajet masa. Sudah tentu, meskipun saya pelari cikai (lari dan jalan), saya juga bajet masa saya. Warm up pun dah dekat 1 jam. Kata nak flag off jam 8 malam... tapi. Al maklumlah, selama-lama ni kata flag off kul 7.00 pagi, memang 6.45 tu dah bising kat tempat pelepasan. Pernah juga sampai tepat-tepat, orang dah mula berlari. 


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,


2. Penganjur sebut aje, pakai mask. Jaga kesihatan. Cuaca tak elok. Sepanjang habis 5km berlari, mana pasukan medic. Tak nampak pun!!! Kalau ada yang pengsan tengah jalan, macam mana? 

3. Tak ada sukarelawan dalam jarak 1km pun. Lepas2 tu pun tak ada. Selama2 ni pengalaman lari waktu siang, saya boleh nampak  2 atau 3 sukarelawan setiap 500 meter. Memberikan kata-kata semangat kepada pelari-pelari macam saya. Tak laju pun lari kan? Tapi... sukarelawan mana? Adoi... bertempik-tempik kat tempat konsert ke. Yang ada, kawan-kawan pelari yang duk tunggu tepi jalan pass air. Ko hengat? Mungkin juga, kawasan terlalu gelap, saya tak nampak ada sukarelawan jaga tepi-tepi jalan. Tapi, kat area tasik tu, seorang pun saya tak nampak. 

4. Tak ada papan arah tuju. Serius, saya hanya ikut orang depan aje. Kalaulah orang depan tu masuk dalam masjid. Saya pun ikut jugak. Konon-konon itu laluan larian. Saya banyak kali nampak pelari sekejap amek jalan kiri, sekejap kanan. mana hala tuju nak pergi. Serius, dah lah kereta memang macam nak pecut 180km sejam lalu kat putrajaya ni. Tak ada BUNTING event pun sepanjang larian. orang Putrajaya tak tahu ke ada larian? 

5. Laluan hampeh. 1st of all, takkan lah tak tengok laluan kot. Tahu tak, saya dan orang-orang belakang saya tu, lalu ikut laluan tasik. Orang-orang depan tak tahu la lalu mana.  Lampu? Poodah. Gelap. Pelari kan ada lelaki dan perempuan. dan saya pasti, pelari lelaki walaupun macam buat dek aje, tapi kalau ada kesusahan mesti tolong punya. Saya ingat, kami ni pinjam cahaya lampu orang-orang yang berkhemah tepi tasik memancing. Betul ke ni? Acara peringkat ASEAN pinjam sinaran lampu orang mancing. Siap lalu depan masjid, panjat tangga, lalu tepi tong sampah. Lepas tu kene tahan kat tepi jalan selama 5 minit sebab nak beri laluan kepada pengguna jalan raya yang menaiki kenderaan. Eh, kita memang kene buat macam tu eh?

6. Polis trafik. Selalu-selalu polis trafik ni lah yang beri semangat. Contoh-contoh ayat "kuatkan semangat", "anda boleh", atau "nak tumpang ke". Biasanya saya akan senyum. Kadang-kadang siap posing dengan abang polis. Nak tahu apa ayat saya dengar? (tak kuasa aku nak hengat mukanya) "cepat sikit lari", "apa tuh laju sikit", "ikut sini, saya kata ikut sini". Pada waktu, saya dah berlari sejauh 3 kilometer, rasa nak bagi pelempang aje. Come on! Bukan nak suruh layan macam puteri, tunjuk arah,  cakap elok-elok. Saya perasan beberapa pelari marah-marah cakap "meh lah lari sekali nak rasa cepat ke lambat". Sepanjang larian, hanya nampak 2 orang polis aje yang duk vvrrooom san vrooommm sini. (Agaknya korang pun tension kot). Maaf ajeleh ye abang polis. 

7. Sampai di finishing line, saya tak tahu apa yang berlaku. Kat mana arah sebenar nak habis ni. Sampai-sampai nampak satu barisan panjang. Rupanya, kene beratur lagi sejauh hampir 500 meter nak kene sarung medal. Kebetulan, ada gak kawan-kawan pelari ni nak tunjuk. Satu hal dapat medal (medal kaca sling merah). Pastu sila beratur lagi 500 meter untuk ambil sijil, roti dan pisang. Ampun  Ya Allah... dalam hati dah rasa geram. Kang amek air, kene beratur balik. Mujurlah ada kawan yang nak tolong ambilkan air, kita jaga barisan, sampai macam tu sekali. Bukan ke boleh kalau, masukkan aje semua tu dalam satu plastik A4, tak adalah nak pegang benda-benda tu, sampaikan ada yang pisangnya tergolek dan dipijak orang. ( tak pe pisang murah, boleh beli)


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,

8. Stesen air. Hahahha.. ini memang tak ada. Saya dok telan air, bagai nak rak. Pelari-pelari lain pikul air sendiri. Saya? Dengan confident kata, mesti ada water station. Sudahnya, air tasik aje yang ada. 

9. Tshirt. Saiz badan saya memang bukan untuk saiz tshirt 36. Hahahaha... Adakah sebab saya datang lambat ambil race kit atau memang semua orang dapat t shirt salah saiz (ini major salah saya). Duk kat hospital sebab demam memang tak mungkin datang ambil punya (alasan tak diterima ye). Pass!!!


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,

Satu keluhan berat...

Saya bukan pelari handalan. Bukan juga mempunyai badan kurus dan ramping, yang lari 30 minit untuk 5km. Ada lagi hebat. Tapi saya ada semangat. MC tu tak berhenti-henti kata, ini FUN RUN ye. Lari untuk "gembira". Semangat saya ni support event-event macam ni. Kami yang lari, ofkoslah, ramai aje yang nak lari kalau saya tak masuk pun. Tetapi dalam usaha nak menggalakkan orang Malaysia berlari, (dah lah Malaysia terkenal dengan obesiti), benda-benda ni kenalah jaga. 

Takkan penganjur tak perasan. Atau penganjur lupa ada lebih kurang 500 orang sedang berlari dalam cuaca jerebu dan kegelapan. Siapalah saya nak ulas lebih-lebih, tetapi ini adalah pengalaman larian malam saya yang mengecewakan. Siapa pun penganjurnya, selepas ni, buat molek-molek deh. Semangat kemanusiaan. 

Mungkin, kalau buat lagi, saya mungkin fikir dua kali. Pertama, adakah benda-benda yang di atas berulang lagi atau saya patut beri peluang kepada orang lain untuk perbetulkan kesilapan. Saling memaafkan? Ye... saya sangat respect kepada brother yang jaga air 100 plus tu, tabah dan sabar tuangkan air yang SEJUK pada pelari-pelari yang kehausan. Mereka terus tuang dengan penuh amanah. Dan bro, saya minum 7 cawan kertas tau. Tahniah. 

Saya? Masih lagi dengan misi menyertai acara-acara larian yang bakal datang di Putrajaya. HRDF dan BSN PNM. Satu pagi dan satu siang. Moh kita jumpa di sana. Yeehaaa!!!



9.10.2015

, , , , , , , , , , , ,

PELABURAN EMAS ~ HARGA USD vs HARGA RM

Nak jadikan cerita, pada April 2013, adik aku ade kirim duit mintak aku tolong belikan syiling Kijang Emas setengah ounce (15.550 gram). Masih segar di ingatan, pada masa tu, harga emas menjunam sebab Cyprus bercadang nak jual stok emas negara mereka bagi membolehkan mereka bayar hutang. Jika jualan ini diteruskan, ia akan menyebabkan lambakan emas di pasaran, bile barang berlambak, harga pun turun la. Begitu lah kisah aku mula mula pegang Syiling Kijang Emas.

Berusaha aku cari branch Maybank mana yang ade stok Kijang Emas ni. Last-last dapat information, Maybank cawangan Bangsar ade stok. Aku pon naik la motor ke sana.

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
1/2 troy ounce, 99.99% Emas tulen

Ape kena mengena Kijang Emas ni dengan topik hari ni? Well, nak jadikan cerita, pada masa aku belikan emas ni, harga Kijang Emas 1/2 ounce pada waktu itu bersamaan RM2404 (seingat aku).

Pada masa yang sama, harga satu ounce emas dalam USD sekita USD1400-1500...dan sejak dari itu, harga tak pernah cecah USD 1400 dah kecuali pada Ogos 2013 semasa pergerakan tentera NATO untuk berdepan dengan konflik Syria.

Hari ni, aku ter'tak sengaja tengok harga emas dalam USD dan membandingkan harga emas dalam RM sejak April 2013. Korang mesti tak sangka :-)

Graf berikut menunjukkan emas dalam harga USD menunjukkan kerugian bagi tempoh April 2013 sehingga hari ini:

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
Emas dalam harga USD
Graf berikut pula menunjukkan dalam tempoh yang sama, TIBA-TIBA, harga emas naik bila harga disebut dalam Ringgit Malaysia:

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
Emas dalam har RM
Pelik tapi benar. Sebenarnya, takde la pelik mana pon; Emas memang jual-belinya quoted pada harga USD, sejak dua menjak RM tengah jatuh ni, maka nampak la macam harga emas tengah naik, hakikatnya, kenaikan harga hanya berdasarkan kadar tukaran matawang asing USD/MYR.

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
Kijang Emas ~ Harga Jual vs Harga Beli

Adakah emas masih berbaloi sebagai satu medium simpanan? Terpulang. Aku masih berpendapat, emas TAK termasuk dalam kategori harta  bermanfaat/harta produktif.



Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com





9.08.2015

, ,

BILA DAH SAKIT



bila dah sakit, leamustafa.com, takaful, pruBSN

Setelah terlalu lama bertahan, akhirnya saya dijangkiti kuman. Dalam masa kurang 3 jam, panas badan terus mendadak naik. Suhu badan pada jam 11.50malam lebih kurang 39.8 darjah celcius. Masa ni, saya dah tak rasa badan saya sendiri panas. Dah tak rasa. Hanya rasa tak larat sahaja. Abe cakap, jom pergi hopital. 

Dalam kepala saya, kalau pergi hospital, mesti kene tahan dalam wad. Sampai di KPJ Damansara Specialist Hospital. Aiseh, hospital swasta ke? Bila doktor dah check, perut ada sedikit gassy, tekak inflamed, something pasal synus, hidung berhingus, suhu badan panas dan tekanan darah ada naik sikit. 

Awal-awal doktor dah tanya, ada muntah ke tak, loya-loya, bila last period untuk pastikan kalau pregnant ke tak. Rupanya semua benda yang doktor tanya tu adalah simptom penyakit denggi. Huhuhu. Panik pun ye. Datanglah jururawat untuk masukkan IV drip dan ambil sampel darah. Sampel darah untuk diagnos sama ada ada denggi atau viral infection sahaja. 

Masa ini, hanya teringat kad Takaful PruBSN yang agent pernah beri 3 bulan lepas. Rupa-rupanya kad ini boleh dah pakai. Lega sungguh rasanya. Kurang sikit pening sebab masuk hospital swasta. Saya dah boleh lenggang kangkung aje. 


bila dah sakit, leamustafa.com, takaful, pruBSN

Bila Abe dah siapkan semua urusan di kaunter pendaftaran, saya pun disorong masuk ke dalam wad. Abe cakap, now I puas hati, you dah masuk hospital, rehat betul-betul. Perasaan saya masih lagi pikirkan, owh... banyaknya kerja yang akan bertangguh. Ermmm......

9.05.2015

, , ,

MELAWAT KAWASAN

Yeay !!! Melawat kawasan dengan Abe. Ini bakal rumah baru kami. Insha Allah, kalau tak ada aral sebelum masuk tahun 2016. Saya hanya teman Abe memandangkan hari ni hari Sabtu dan saya tak ada apa-apa temujanji. Saya dah mula rasa tak sedap badan mungkin sebab selsema dan sakit tekak yang dah semalaman.

Abe memang sangat teliti. Dari ruang tamu membawa ke bilik air, ke bilik tidur, kipas, lampu, suis dan segala mak nenek Abe periksa. Ada jugak 1 jam setengah. Bukanny tak mahu tolong, sebab lepas saya periksa Abe akan periksa lagi dua tiga kali. Haha. Maka saya duduk dan menyibuk sekali sekala sahaja bila dipanggil.


melawat kawasan, rumah baru kita, leamustafa.com, aset baru,

Lihatlah wajah saya yang ceria ini. Berkongsi rasa kasih sayang dengan Abe untuk kediaman sendiri yang lebih selesa. Tidak kira besar atau kecil, mahal atau murah, yang penting kami bersama. Kerana saya yakin, permulaan yang sedikit akan membawa kepada perubahan yang lebih besar. 

Doakan kami. 

9.04.2015

, , , ,

GIMIK PERASMIAN


Kalau memang tak pernah buat gimik perasmian, rasa nak cramp juga otak ni memikirkan apa idea nak buat. Saya dan anak-anak buah, kak wee dan ansar, makin pening pikir gimik apa nak buat. Akhirnya, paling jimat dan murah ialah dengan pasang lampu disco disertakan dengan asap-asap keluar dari belakang. Mujurlah ada juga yang merakam moment bersejarah ini. Nak harapkan kami, memang tak sempatlah. 


Lampu disco yang duduk atas stand bunga. Nampak simple aje sebenarnya. Mujurlah ada yang sudi beri pinjam tanpa sebarang bayaran. Zaman sekarang mana nak cari yang macam ni. Saya mengharapkan apa yang kami rancang jadi seperti yang diharapkan. Dengan back ground kami bertiga yang tak ada kene mengena dengan seni, kami belasah aje. Moto kami " KITA BOLEH BUAT". Kasihan juga pada kak wee dan ansar nak melayan kerenah boss ni. 



Berehat sekejap dari latihan raptai untuk mandi dan bersiap-siap. 


Boss pun nak posing. 


Susunan persembahan multimedia yang dah final. Tinggal click sahaja. 


Alhamdulillah. Berkat usaha dan doa kawan-kawan, team montaj dapat feedback yang amat mengharukan. Ramai yang memberikan komen yang baik. Kami amat gembira. Usaha 2 bulan berbaloi-baloi. Semua orang suka. Penat tetapi semangat. 

Montaj ni, lagi dekat dengan masa nak guna, lagi banyak idea mencurah-curah. Saya sampai tak boleh tidor malam memikirkan susunan cerita, ayat dan pilihan lagu yang sesuai. Bukan senang. Sebab ia memerlukan kemahiran dan pemikiran yang penuh kreatif. 

Apa yang saya harapakan, jika diberi peluang lagi, saya nak hasilkan yang lebih baik. Dan lebih baik, duduk dengan team yang sama. Seronoknya rasa. Tapi untuk hari ni, nak rehatlah dulu. Penat.... tambahan pula lepas aje selesai gimik perasmian, saya tak berhenti-berhenti bersin dan batuk. Lalalla. Itu petanda badan minta untuk berehat.