8.30.2015

, ,

AIR TANGAN ISTERI


masak sendiri, air tangan isteri, leamustafa.com,



Bila suami kata, masakan kita lebih sedap dari kedai mamak, rasa lega sikit hati saya ni. Maklumlah, kalau nak banding dengan masakan ibu mertua, kita memang tak masuk dalam senarai pemenang. Hikhikhik.

Bukan tak boleh masak, cuma takut masakan saya ni tak sedap. Biasanya memang macam tu bila saya rasa bila saya nak mula masak. Kalau saya tanya kawan-kawan macam mana mereka masak, jawapan yang saya dapat ialah, "ala lea, masak campak-campak aje, letak garam settle". Owh, punya lah power air tangan kawan isteri ni kan, campak aje siap.

Masak kat rumah ni, hanya nasi sahaja, lauk-lauk biasa beli kat luar aje. Bila dapur elektrik saya rosak baru dua minggu beli pada bulan Mac hari tu, projek masak-masak tergendala. Bila dah masuk 3 bulan tak siap, Abe mengamuk di Hauz Depot, maka dapatlah set dapur elektrik yang baru. Sejak tu, saya dah mula memasak di rumah.

Saya mula rajin tengok you tube, screenshot resepi-resepi mudah. yelah, makan berdua. Rupanya sangat nikmat dapat masak sendiri. Kan? Lebih-lebih lagi kita masak dengan penuh kasih sayang. Ye, bila penuh kasih dan sayang, semua benda jadi sedap.

Pada isteri-isteri yang macam saya, walaupun celam-celum memasak, jangan sampai tak masak. Beri peluang suami merasa masakan kita. Meskipun adakalanya rasa masakan kita tersangat tawar, tersangat masin dan tersangat manis, ketahulah, kita sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment