9.08.2015

, ,

BILA DAH SAKIT



bila dah sakit, leamustafa.com, takaful, pruBSN

Setelah terlalu lama bertahan, akhirnya saya dijangkiti kuman. Dalam masa kurang 3 jam, panas badan terus mendadak naik. Suhu badan pada jam 11.50malam lebih kurang 39.8 darjah celcius. Masa ni, saya dah tak rasa badan saya sendiri panas. Dah tak rasa. Hanya rasa tak larat sahaja. Abe cakap, jom pergi hopital. 

Dalam kepala saya, kalau pergi hospital, mesti kene tahan dalam wad. Sampai di KPJ Damansara Specialist Hospital. Aiseh, hospital swasta ke? Bila doktor dah check, perut ada sedikit gassy, tekak inflamed, something pasal synus, hidung berhingus, suhu badan panas dan tekanan darah ada naik sikit. 

Awal-awal doktor dah tanya, ada muntah ke tak, loya-loya, bila last period untuk pastikan kalau pregnant ke tak. Rupanya semua benda yang doktor tanya tu adalah simptom penyakit denggi. Huhuhu. Panik pun ye. Datanglah jururawat untuk masukkan IV drip dan ambil sampel darah. Sampel darah untuk diagnos sama ada ada denggi atau viral infection sahaja. 

Masa ini, hanya teringat kad Takaful PruBSN yang agent pernah beri 3 bulan lepas. Rupa-rupanya kad ini boleh dah pakai. Lega sungguh rasanya. Kurang sikit pening sebab masuk hospital swasta. Saya dah boleh lenggang kangkung aje. 


bila dah sakit, leamustafa.com, takaful, pruBSN

Bila Abe dah siapkan semua urusan di kaunter pendaftaran, saya pun disorong masuk ke dalam wad. Abe cakap, now I puas hati, you dah masuk hospital, rehat betul-betul. Perasaan saya masih lagi pikirkan, owh... banyaknya kerja yang akan bertangguh. Ermmm......

0 comments:

Post a Comment