9.25.2015

, , , ,

CHEESE ROLL WITH AIR FRYER

CHEESE ROLL WITH AIR FRYER, air fryer,
Lagi resepi dengan Air Fryer. 

Resepi ni ada banyak kat FB. Ramai dah buat, saya pun tumpang share dan menyibuk sama. Lepas keluar dari hospital saya pun cubalah resepi ini. 

1. Roti gardenia. Leperkan roti ni. Kalau ada roller baguslah, kalau tak ada, boleh guna botol kicap, atau mug tapi, janganlah lenyek kuat-kuat sangat. Asalkan boleh leper roti tu sahaja sudah mencukupi.  

2. Cheese keping-keping. 

3. Sosej. Ada yang suka ayam mas, pilihlah mana-manayang anda suka. Boleh belah dua kalau nak jimat, boleh pakai seketul besar sahaja. 

4. Telur. Saya gabung aje telur kuning dan putih. Belasah. 

5. Serbuk roti. Sebetulnya nak bagi crispy. 

Langkah-langkah. 

Roti gardenia yang dah leper-leperkan. Letak cheese keping. Letak sosej dan gulungkan roti. Tekan-tekan sikit roti supaya padat isi kat dalam. Kemudia, celup roti dalam telur, kemudian golekkan pada serbuk roti. 

Dah siap. Ulang langkah-langkah di atas untuk dapatkan 5 hingga 6 cheese roll. Tak mahu minyak-minyak kan? Pakailah AIR FRYER AJAIB. Masukkan semua cheese rol tadi, set suhu 180 dan 15 minit. Biarkan sehingga bunyi TING !!! Cheese roll anda siap tanpa minyak. Makan 3 keping pun dah kenyang. 

Hati-hati kalau panas nanti melecur lidah. Selamat mencuba. 

2 comments:

  1. This looks delicious. I like this recipe. That's great information. Thanks for sharing this blog. I did a search and found your blog and glowing review. It's been a big help! Thanx!

    ReplyDelete