9.14.2015

, ,

CUTI TAJAAN TAKAFUL


Siang hari Ahad. Masa ni, suhu belum turun sepenuhnya. Tak pernah seumur hidup pakai nap oksigen ni, selalu tengok orang lain pakai. Dada saya rasa sakit bila bernafas. Doktor beritahu kene bronchitis. Sekali tengok balik gambar ni, dah rasa macm Darth Vader. 

Percutian kali ini di KPJ Damansara Specialist Hospital  ditaja penuh oleh PruBSN Takaful. Jumlah penuh yang ditanggung oleh takaful ialah RM37++ Perghh!!! Lebih mahal dari bercuti di Pulau Perhentian atau KRABI. Rasanya bercuti kat hospital ni lebih tenang. Tak ada gangguan. Tak ada bunyi hiruk pikuk. Dan memang boleh cepat baik dari sakit macam ni. HUHUHU. Punyalah dah lama tak bercuti, sekali bercuti kat hospital. 

Inilah hasil selepas Abe bertegas nak juga saya ada perlindungan takaful. Selama-lama tak pedulik pun pasal medical card. Masa kat Muar, jarang sakit. Demam pun rasa 3 tahun sekali. Bila kene viral infection ni, baru tahu rasa sakitnya masukkan ubat ikut jarum kat tangan tu. Pergh!!!!! memang dah menangis. Nurse tu pun geleng-geleng kepala bila saya dok jerit-jerit. Mujur Abe ada dok sabarkan dengan kata-kata "kalau macam ni, cepat baik, ubat terus masuk dalam darah". Sejuk hati sikit. Kalau tidak. Saya mesti nak ambil ubat pakai pil sahaja. 

Saya sangat berpuas hati dengan layanan KPJ Damansara Specialist Hospital sebab tak jemu-jemu melayan kerenah pesakit yang setiap jam tekan butang HELP tu. Sebab... jari saya sakit sahaja lepas masuk ubat ikut jarum di tangan tu. Kadang-kadang darah keluar. Kadang-kadang tak slesa. Ini saya yang ada daging dan lemak yang banyak. Terbayang juga kalau kanak-kanak kecil yang kene macam saya. Huwaaaa!!!! Sakit wei. 

Langkah berjaga-jaga memang kene ada. Alternatif memang kena ada walaupun kadang-kadang ada rasa tak perlu. Saya disahkan oleh doktor boleh discharge, saya melonjak-lonjak kegembiraan. Hati dah rindu pada rumah, cuma,... badan saya masih belum fit untuk bekerja. Berehat dirumah. Boleh ke tak mngadap laptop? 

Bila GL dari PruBSN dah selamat tiba, saya dah boleh keluar hospital tanpa bayaran. Lega. Kalau tak mana nak korek banyak tu. Meskipun belum fit sepenuhnya, terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan saya. Alhamdulillah, doa diperkenankan oleh Allah dan saya dah boleh balik rumah pada petang Selasa. 

Masa bila perlu pakai kemudahan yang takaful sediakan, kita tak tahu bila. Saya tak pernah terbayangkan bila. Bila kita ditimpa musibah, demam sakit maca ni, dan seumpamanya yang memerlukan anda di tahan di hospital dengan kadar segera, medical card inilah yang boleh ditunjukkan. Pastikan anda tahu mana hospital panel. Apa sahaja untuk  memulihkan keadaan  kesihatan anda, InshaAllah agent perlindungan takaful, Pru BSN sedia berkhidmat.  Sempat juga agent datang melawat saya di hospital. 


Yabedabeduuuu !!!!


0 comments:

Post a Comment