9.04.2015

, , , ,

GIMIK PERASMIAN


Kalau memang tak pernah buat gimik perasmian, rasa nak cramp juga otak ni memikirkan apa idea nak buat. Saya dan anak-anak buah, kak wee dan ansar, makin pening pikir gimik apa nak buat. Akhirnya, paling jimat dan murah ialah dengan pasang lampu disco disertakan dengan asap-asap keluar dari belakang. Mujurlah ada juga yang merakam moment bersejarah ini. Nak harapkan kami, memang tak sempatlah. 


Lampu disco yang duduk atas stand bunga. Nampak simple aje sebenarnya. Mujurlah ada yang sudi beri pinjam tanpa sebarang bayaran. Zaman sekarang mana nak cari yang macam ni. Saya mengharapkan apa yang kami rancang jadi seperti yang diharapkan. Dengan back ground kami bertiga yang tak ada kene mengena dengan seni, kami belasah aje. Moto kami " KITA BOLEH BUAT". Kasihan juga pada kak wee dan ansar nak melayan kerenah boss ni. 



Berehat sekejap dari latihan raptai untuk mandi dan bersiap-siap. 


Boss pun nak posing. 


Susunan persembahan multimedia yang dah final. Tinggal click sahaja. 


Alhamdulillah. Berkat usaha dan doa kawan-kawan, team montaj dapat feedback yang amat mengharukan. Ramai yang memberikan komen yang baik. Kami amat gembira. Usaha 2 bulan berbaloi-baloi. Semua orang suka. Penat tetapi semangat. 

Montaj ni, lagi dekat dengan masa nak guna, lagi banyak idea mencurah-curah. Saya sampai tak boleh tidor malam memikirkan susunan cerita, ayat dan pilihan lagu yang sesuai. Bukan senang. Sebab ia memerlukan kemahiran dan pemikiran yang penuh kreatif. 

Apa yang saya harapakan, jika diberi peluang lagi, saya nak hasilkan yang lebih baik. Dan lebih baik, duduk dengan team yang sama. Seronoknya rasa. Tapi untuk hari ni, nak rehatlah dulu. Penat.... tambahan pula lepas aje selesai gimik perasmian, saya tak berhenti-berhenti bersin dan batuk. Lalalla. Itu petanda badan minta untuk berehat. 










2 comments:

  1. assalamualaikum tuan...peralatan perasmian gimik tu pinjam dkt mne

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam. owh, lampu tu saya punya. Stand pinjam dengan kedai peralatan pengantin.

    ReplyDelete