KALAU PAK NIL DATANG


Bila last posing-posing, entah dah lupa.
 Hari ini kene berkumpul di dataran untuk program "audition" Oh My English Day Out. 
Budak-budak suka sangat. 
Dah berangan lah tu nak jumpa artis-artis dan masuk TV. 
Malangnya, cikgu-cikgu tak ada "chance" pun.
Kalau boleh, saya pun nak menyibuk sama.
Bukan susah sangat. 
Yes, No, Thank You. 
Bereh. 
Oh No! 

Syarat nak menyertai pada pelajar, mesti ada ASTRO.
 Kalau tak ada ASTRO kene ambil borang untuk sign up dahulu. 
Bayar entah berapa. 
Budak-budak bukan kisah pasal duit, tahu kehendak dia aje. 
Kemudian, ada kuiz. 
Siapa dapat jawab kuiz, dapatlah ikut My English Day Out. 

Baguslah nak menggalakkan penyertaan pelajar. 
Pelajar-pelajar tak mampu nak ada ASTRO memang tak adalah peluang. 
Maka apa peluang yang mereka ada? 
Menganga ajelah. 

Saya hanya sebagai pemerhati melihat pelajar-pelajar yang tak mampu dengan sayu. 
Tak apa. Tunggulah... saya nak jemput Pak Nil.
Mana tau !
 Kalau-kalau Pak Nil nak datang sekolah kita, jumpa kamu semua. 
Pelajar sesi petang. 
Gempak gitu. 

Kalau Pak Nil datang, 
Bersusun peminat nak minta tanda tangan. 
Kita boleh dengar cerita hidup Pak Nil
Sekejap pun tak apa. 
Mungkin ada cerita yang boleh kita kongsikan bersama

Ayat-ayat motivasi untuk diri sendiri. 
Harap-harap ada peluang yang cerah untuk ujibakat.
kalau tak berjaya, tengok at tv ajelah. 

huhuhu. 


No comments