9.13.2015

, , , ,

LARIAN MALAM MENGECEWAKAN


Jerebu makin teruk. Tapi acara larian malam ni tak batal. Saya tetap nak berlari. Degil? (ye agaknya) Bila Abe kata nak hantar, owh... sangat-sangat rasa bersyukur. paling tidak Abe boleh tunggu di masjid. Janji nak flag off jam 8 malam, saya budget boleh habis 9.30 (termasuk dah beratur kutip medal, sijil, roti, pisang). Memang tak akan singgah mana-mana booth yang ada, kalau Abe tolong hantar dan ambil. Pesan Abe, pastikan IC dan medical card standby. 

 Kita pun dah ready2 lah jam 7.45 kumpul. Selesai jamah sikit kebab ayam, air milo ais (degil lagi), dan solat maghrib kat padang depan Istana Kehakiman. Dalam tentatif tak ada cerita tentang aerobik, Ada aerobik plak. Itu ini, lebih kurang 8.45 malam baru flag off kot. Entah-entah lebih lagi (Delay 45 minit). Tak pastilah, kalau sepanjang saya duk tengok page rasmi Asean Rides Night Run 2015 ni, tak ada pulak makluman tentatif. Orang duk tanya-tanya ON ke TIDAK sebab haze pun tak berjawab sampailah jam 3.37 petang. Serius !!!


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,
Apa yang mengecewakan, 

1. Semua pelari biasa bajet masa. Sudah tentu, meskipun saya pelari cikai (lari dan jalan), saya juga bajet masa saya. Warm up pun dah dekat 1 jam. Kata nak flag off jam 8 malam... tapi. Al maklumlah, selama-lama ni kata flag off kul 7.00 pagi, memang 6.45 tu dah bising kat tempat pelepasan. Pernah juga sampai tepat-tepat, orang dah mula berlari. 


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,


2. Penganjur sebut aje, pakai mask. Jaga kesihatan. Cuaca tak elok. Sepanjang habis 5km berlari, mana pasukan medic. Tak nampak pun!!! Kalau ada yang pengsan tengah jalan, macam mana? 

3. Tak ada sukarelawan dalam jarak 1km pun. Lepas2 tu pun tak ada. Selama2 ni pengalaman lari waktu siang, saya boleh nampak  2 atau 3 sukarelawan setiap 500 meter. Memberikan kata-kata semangat kepada pelari-pelari macam saya. Tak laju pun lari kan? Tapi... sukarelawan mana? Adoi... bertempik-tempik kat tempat konsert ke. Yang ada, kawan-kawan pelari yang duk tunggu tepi jalan pass air. Ko hengat? Mungkin juga, kawasan terlalu gelap, saya tak nampak ada sukarelawan jaga tepi-tepi jalan. Tapi, kat area tasik tu, seorang pun saya tak nampak. 

4. Tak ada papan arah tuju. Serius, saya hanya ikut orang depan aje. Kalaulah orang depan tu masuk dalam masjid. Saya pun ikut jugak. Konon-konon itu laluan larian. Saya banyak kali nampak pelari sekejap amek jalan kiri, sekejap kanan. mana hala tuju nak pergi. Serius, dah lah kereta memang macam nak pecut 180km sejam lalu kat putrajaya ni. Tak ada BUNTING event pun sepanjang larian. orang Putrajaya tak tahu ke ada larian? 

5. Laluan hampeh. 1st of all, takkan lah tak tengok laluan kot. Tahu tak, saya dan orang-orang belakang saya tu, lalu ikut laluan tasik. Orang-orang depan tak tahu la lalu mana.  Lampu? Poodah. Gelap. Pelari kan ada lelaki dan perempuan. dan saya pasti, pelari lelaki walaupun macam buat dek aje, tapi kalau ada kesusahan mesti tolong punya. Saya ingat, kami ni pinjam cahaya lampu orang-orang yang berkhemah tepi tasik memancing. Betul ke ni? Acara peringkat ASEAN pinjam sinaran lampu orang mancing. Siap lalu depan masjid, panjat tangga, lalu tepi tong sampah. Lepas tu kene tahan kat tepi jalan selama 5 minit sebab nak beri laluan kepada pengguna jalan raya yang menaiki kenderaan. Eh, kita memang kene buat macam tu eh?

6. Polis trafik. Selalu-selalu polis trafik ni lah yang beri semangat. Contoh-contoh ayat "kuatkan semangat", "anda boleh", atau "nak tumpang ke". Biasanya saya akan senyum. Kadang-kadang siap posing dengan abang polis. Nak tahu apa ayat saya dengar? (tak kuasa aku nak hengat mukanya) "cepat sikit lari", "apa tuh laju sikit", "ikut sini, saya kata ikut sini". Pada waktu, saya dah berlari sejauh 3 kilometer, rasa nak bagi pelempang aje. Come on! Bukan nak suruh layan macam puteri, tunjuk arah,  cakap elok-elok. Saya perasan beberapa pelari marah-marah cakap "meh lah lari sekali nak rasa cepat ke lambat". Sepanjang larian, hanya nampak 2 orang polis aje yang duk vvrrooom san vrooommm sini. (Agaknya korang pun tension kot). Maaf ajeleh ye abang polis. 

7. Sampai di finishing line, saya tak tahu apa yang berlaku. Kat mana arah sebenar nak habis ni. Sampai-sampai nampak satu barisan panjang. Rupanya, kene beratur lagi sejauh hampir 500 meter nak kene sarung medal. Kebetulan, ada gak kawan-kawan pelari ni nak tunjuk. Satu hal dapat medal (medal kaca sling merah). Pastu sila beratur lagi 500 meter untuk ambil sijil, roti dan pisang. Ampun  Ya Allah... dalam hati dah rasa geram. Kang amek air, kene beratur balik. Mujurlah ada kawan yang nak tolong ambilkan air, kita jaga barisan, sampai macam tu sekali. Bukan ke boleh kalau, masukkan aje semua tu dalam satu plastik A4, tak adalah nak pegang benda-benda tu, sampaikan ada yang pisangnya tergolek dan dipijak orang. ( tak pe pisang murah, boleh beli)


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,

8. Stesen air. Hahahha.. ini memang tak ada. Saya dok telan air, bagai nak rak. Pelari-pelari lain pikul air sendiri. Saya? Dengan confident kata, mesti ada water station. Sudahnya, air tasik aje yang ada. 

9. Tshirt. Saiz badan saya memang bukan untuk saiz tshirt 36. Hahahaha... Adakah sebab saya datang lambat ambil race kit atau memang semua orang dapat t shirt salah saiz (ini major salah saya). Duk kat hospital sebab demam memang tak mungkin datang ambil punya (alasan tak diterima ye). Pass!!!


LARIAN MALAM MENGECEWAKAN, ASEAN RIDES NIGHT RUN 2015, LEAMUSTAFA.COM, FINISHER MEDAL, RUN, ACARA LARIAN,

Satu keluhan berat...

Saya bukan pelari handalan. Bukan juga mempunyai badan kurus dan ramping, yang lari 30 minit untuk 5km. Ada lagi hebat. Tapi saya ada semangat. MC tu tak berhenti-henti kata, ini FUN RUN ye. Lari untuk "gembira". Semangat saya ni support event-event macam ni. Kami yang lari, ofkoslah, ramai aje yang nak lari kalau saya tak masuk pun. Tetapi dalam usaha nak menggalakkan orang Malaysia berlari, (dah lah Malaysia terkenal dengan obesiti), benda-benda ni kenalah jaga. 

Takkan penganjur tak perasan. Atau penganjur lupa ada lebih kurang 500 orang sedang berlari dalam cuaca jerebu dan kegelapan. Siapalah saya nak ulas lebih-lebih, tetapi ini adalah pengalaman larian malam saya yang mengecewakan. Siapa pun penganjurnya, selepas ni, buat molek-molek deh. Semangat kemanusiaan. 

Mungkin, kalau buat lagi, saya mungkin fikir dua kali. Pertama, adakah benda-benda yang di atas berulang lagi atau saya patut beri peluang kepada orang lain untuk perbetulkan kesilapan. Saling memaafkan? Ye... saya sangat respect kepada brother yang jaga air 100 plus tu, tabah dan sabar tuangkan air yang SEJUK pada pelari-pelari yang kehausan. Mereka terus tuang dengan penuh amanah. Dan bro, saya minum 7 cawan kertas tau. Tahniah. 

Saya? Masih lagi dengan misi menyertai acara-acara larian yang bakal datang di Putrajaya. HRDF dan BSN PNM. Satu pagi dan satu siang. Moh kita jumpa di sana. Yeehaaa!!!



0 comments:

Post a Comment