Abe memang sangat teliti. Dari ruang tamu membawa ke bilik air, ke bilik tidur, kipas, lampu, suis dan segala mak nenek Abe periksa. Ada jugak 1 jam setengah. Bukanny tak mahu tolong, sebab lepas saya periksa Abe akan periksa lagi dua tiga kali. Haha. Maka saya duduk dan menyibuk sekali sekala sahaja bila dipanggil.
Lihatlah wajah saya yang ceria ini. Berkongsi rasa kasih sayang dengan Abe untuk kediaman sendiri yang lebih selesa. Tidak kira besar atau kecil, mahal atau murah, yang penting kami bersama. Kerana saya yakin, permulaan yang sedikit akan membawa kepada perubahan yang lebih besar.
Doakan kami.
0 comments:
Post a Comment