MyBrain15? Sumpah, saya tak pernah dengar pun benda ni. Maksud saya, MyBrain15 adalah satu jenis biasiswa. Sejak bila? Nampak sangat pengetahuan pendidikan saya ni masih cetek. Suami saya pun tahu pasal MyBrain15. Apa yang saya tahu dan kenal ialah PTPTN (pinjaman) dan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk cikgu-cikgu.
Kesedaran tentang MyBrain15 makin tinggi apabila sepupu suami saya, Sarah Ezanee tamat belajar di peringkat sarjana dengan tajaan MyBrain15. Menurut Sarah, isi borang, download borang, minta tanda tangan mengikut kehendak borang dan upload semula. (bunyi macam senang). Dalam hati dah mula tanam niat nak buat awal-awal. Rupa-rupanya hanya angan-angan.
25 Julai 2015
Saya menghadiri kursus Integriti di Universiti Selangor (Kampus Shah Alam). Semasa sesi pembukaan, saya mendengar tentang kata-kata aluan dari seorang pegawai PPD Petaling Utama. Beliau ada menyebut tentang sambung belajar, dan tiba-tiba telinga saya menangkap dia menyebut tentang MyBrain15 yang akan tamat pada 31 Julai 2015. Tiba-tiba, saya gelisah. Ye, memang patut sebab tinggal 6 hari lagi. Dan saya masih belum buat apa-apa.
Rasa dah putus asa sangat-sangat. Malas nak mengisi pun ada. Saya tanya suami saya, patut buat ke tak, jawapan dia cuma "biar menyesal sebab you buat, dari menyesal sebab tak buat". Tarik nafas panjang-panjang, dan saya mula atur semula "work list". Saya ada masa, saya cuma perlu atur masa supaya semua benda boleh selesai.
29 Julai 2015
Saya semak semula kertas cadangan yang saya bawa semasa temuduga HLPS. Seingat saya, ada beberapa bahagian dalam kertas cadangan saya ditegur oleh panel. Memang patut pun, sebab "last minute" saya tak tunjuk pun kertas cadangan kepada penyelia. Saya baca semula dan buat beberapa pembetulan pada kertas cadangan. Saya tahu, kalau banyak sangat salah, penyelia saya pasti akan tolak mentah-mentah sebab kertas cadangan tak rujuk padanya.
30 Julai 2015
Dari Isnin hingga hari khamis, saya berada di Melaka menhadiri kursus. Waktu malamnya saya isi dengan meneliti borang MyBrain15. Kursus saya tamat jam 12 tengahari, hari Khamis. Dengan segala borang MyBrain15 yang dah siap tulis, saya bercadang untuk singgah UM untuk mendapatkan pengesahan. Dari Melaka jam 1 petang, lebih kurang jam 3 petang saya sampai UM.
![]() |
1. Pengesahan pertama dari pejabat Bendahari |
![]() |
2. Pengesahan dari Institut Pengajian Siswazah |
2 part dah selesai. Dalam hujan renyai-renyai, saya kembali ke kereta. Dan, kereta suami saya tak leh hidup. Huwaaaarghhh!!! Suami saya tengah kerja. Kalau call suami pun, dia mesti suruh setelkan sendiri. Nasiblah saya berdua dengan kawan, Atiqah. Dan paling mujur, saya park kereta saya di tempat yang betul. Memang rasa nak menjerit. Dan masa tu pulak, bateri handphone saya mati masa tu jugak. Ya Allah, besarnya ujian Allah. Atiqah kata, perlahan-lahan kita selesaikan masalah. Telefon Etiqa insurans dan dalam masa 30 minit, sampailah penyelamat kami. Rupa-rupanya, wayar tak contact dengan bateri kereta. Kalaulah saya tahu bagaimana nak selesaikannya....
![]() |
Mujurlah ada seseorang yang bersama saya pada masa itu, kalau tidak kalut saya sorang-sorang. |
31 Julai 2015
Jam 11 pagi, saya singgah ke sekolah dulu untuk dapatkan tanda tangan pengetua. Pengetua saya beri masa sehingga jam 12.30 tengahari untuk jumpa sebab beliau nak berkejar ke masjid untuk solat Jumaat. Pengetua saya pun tidak pernah mendengar tentang MyBrain15. (bukan saya seorang ) Selesai urusan di sekolah, saya datang lagi ke fakulti pendidikan untuk minta tanda tangan penyelia. Malangnya, penyelia saya ada mesyuarat sehingga tengah hari. Jadi penyelia minta saya letakkan kertas cadangan di pintu dan ambil pada waktu petang. Nampaknya saya kena ke UM semula selepas jam 6.45 petang (tamat sesi persekolahan). Adoi.
Selepas sekolah, saya terus ke UM sekali lagi. Kira-kira jam 7.20 malam, saya sampai ke fakulti pendidikan. Baiknya hati penyelia saya, letakkan kertas cadangan dalam plastik. Saya lihat ada pembetulan pada tajuk kertas cadangan. Panik sekejap. Rupa-rupanya penyelia saya dah sediakan satu kertas kosong siap tanda tangan dan cop untuk saya buat cetakan sekali lagi. Terharunya.
Jam 9 malam, saya singgah ke rumah kawan saya, Kak Waheedah. Saya minta bantuan kak Waheedah walaupun masa tu beliau baru aje selesai terima tetamu bertandang ke rumah sempena Hari Raya. Masa memang dah suntuk. Saya masih belum scan semua bahan. Mujurlah, rumah kak Waheedah ada scanner, printer dan internet, jadi saya boleh buat semua serentak di rumahnya. Setelah berpeluh-peluh, adjust itu ini dan sebagainya, lebih kurang jam 10.30 malam, permohonan saya lengkap di muat naik ke laman web MyBrain15 dengan jayanya. Perasaan? Sangat-sangat lega. Allah SWT permudahkan segala urusan saya, meskipun dah "last minute".
21 September 2015
Alhamdulillah, saya berjaya mendapat tawaran MyBrain15. Mungkin tidak sehebat HLP yang ada elaun, tajaan penuh dan sebagainya, saya amat bersyukur dengan apa yang saya terima. HLP? Masih belum ada berita, mungkin itu bukan rezeki saya. Semoga tajaan ini menjadi satu titik permulaan saya menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini memang rezeki "last minute" untuk saya. Bila kenangkan balik, usaha "last minute" saya tu, rasa tak sia-sia berusaha walaupun masa dah suntuk. Ini memberi kesedaran kepada saya bahawa jangan cepat mengalah. Jangan sekali-kali mengalah. Betul kata suami saya, saya akan menyesal sebab tak buat.
Agaknya, 10 tahun menjadi pendidik, sudah terbiasa sangat dengan "last minute". Sudah terasuh rupanya. Sehingga saat bila-bila pun, saya akan sentiasa ingat, usaha itu sehingga saat terakhir dan jangan cepat mengalah kerana biarpun "last minute", kalau dah rezeki, tidak akan ke mana-mana. Tapi yang lebih penting, jangan buat kerja "last minute". Naya aje...
0 comments:
Post a Comment