Tiap malam Isnin, pukul 10 malam mesti ada cerita P. Ramlee. Walaupun dah berpuluh kali tengok, saya tetap nak tengok. Kadang-kadang, sampai merajuk-rajuk dengan Abe. Kenapa suka sangat tengok cerita P. Ramlee ni? Dan berapa kali ulang? Tak apa, saya tetap nak tengok.
Cerita P. Ramlee tak memenatkan otak saya. Jalan cerita padat. Tak merapu-rapu. Tak ada part yang saya tak suka. Kadang-kadang saya sampai hafal dialog dalam cerita. Tak semua lah.. tapi ada juga. Mana-mana ayat yang boleh guna untuk menyakat Abe, saya akan guna.
Satu benda yang buat saya kagum, mungkin orang lain dah nampak banyak. P. Ramlee TAHU apa dia buat. Tahu mesej yang beliau nak sampaikan dalam setiap dialog, setiap watak, "scene". Tahu. Ideanya hebat pada zamannya. Kelakar, sedih, cinta, duka, semua ada.
Kita selalu laung-laungkan, bila kita tahu apa kita buat, kita akan berjaya. P. Ramlee dah buktikan. Jadi, kita boleh contohi. Durasi cerita yang pendek tetapi penuh teladan. Beliau memang lagenda.
Abe sangat suka dengan MADU TIGA. Nampak tak?
0 comments:
Post a Comment