9.10.2015

, , , , , , , , , , , ,

PELABURAN EMAS ~ HARGA USD vs HARGA RM

Nak jadikan cerita, pada April 2013, adik aku ade kirim duit mintak aku tolong belikan syiling Kijang Emas setengah ounce (15.550 gram). Masih segar di ingatan, pada masa tu, harga emas menjunam sebab Cyprus bercadang nak jual stok emas negara mereka bagi membolehkan mereka bayar hutang. Jika jualan ini diteruskan, ia akan menyebabkan lambakan emas di pasaran, bile barang berlambak, harga pun turun la. Begitu lah kisah aku mula mula pegang Syiling Kijang Emas.

Berusaha aku cari branch Maybank mana yang ade stok Kijang Emas ni. Last-last dapat information, Maybank cawangan Bangsar ade stok. Aku pon naik la motor ke sana.

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
1/2 troy ounce, 99.99% Emas tulen

Ape kena mengena Kijang Emas ni dengan topik hari ni? Well, nak jadikan cerita, pada masa aku belikan emas ni, harga Kijang Emas 1/2 ounce pada waktu itu bersamaan RM2404 (seingat aku).

Pada masa yang sama, harga satu ounce emas dalam USD sekita USD1400-1500...dan sejak dari itu, harga tak pernah cecah USD 1400 dah kecuali pada Ogos 2013 semasa pergerakan tentera NATO untuk berdepan dengan konflik Syria.

Hari ni, aku ter'tak sengaja tengok harga emas dalam USD dan membandingkan harga emas dalam RM sejak April 2013. Korang mesti tak sangka :-)

Graf berikut menunjukkan emas dalam harga USD menunjukkan kerugian bagi tempoh April 2013 sehingga hari ini:

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
Emas dalam harga USD
Graf berikut pula menunjukkan dalam tempoh yang sama, TIBA-TIBA, harga emas naik bila harga disebut dalam Ringgit Malaysia:

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
Emas dalam har RM
Pelik tapi benar. Sebenarnya, takde la pelik mana pon; Emas memang jual-belinya quoted pada harga USD, sejak dua menjak RM tengah jatuh ni, maka nampak la macam harga emas tengah naik, hakikatnya, kenaikan harga hanya berdasarkan kadar tukaran matawang asing USD/MYR.

Pelaburan Emas, Kijang Emas, Emas Pelaburan
Kijang Emas ~ Harga Jual vs Harga Beli

Adakah emas masih berbaloi sebagai satu medium simpanan? Terpulang. Aku masih berpendapat, emas TAK termasuk dalam kategori harta  bermanfaat/harta produktif.



Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com





0 comments:

Post a Comment