Dalam pada saya sakit-sakit ni, saya tahu, dialah orang yang paling sedih. Meskipun, dia merengek pada saya sambil cakap "Tukang masak saya sakit, macam mana saya nak makan, saya lapar, buat hati saya sangat sebak. Tak sangka, saya masak macam tak masak ni pun, ada orang rindu nak makan masakan saya. Memanglah masakan tak boleh celen masakan mak mertua saya, tapi saya lebih baik daripada mamak kat luar.
Bila dia duduk di sebelah katil saya, saya rasa sangat malu. Abe tak makan, saya minta dia makan sebab keadaan saya yang dah terbaring dengan SELESA di katil hospital. Pagi itu ( saya pun admitted jam 12.30 malam, Hari Ahad) Abe tido sofa yang disediakan dalam bilik saya. Dari jauh pandangan saya sangat sayu.
Sepanjang 3 hari 2 malam, sekali sekala terjaga bila Abe cium dahi saya dan cakap "I LOVE YOU". Mata kene pura-puralah tutup. Tak mahu merosakkan saat-saat "romantis". Hahahaha. Segala keperluan yang saya perlukan sebagai pesakit, Abe tunaikan dengan sabar dan tabah sekali. Saya pula jenis bila sakit, mulut ni berat serba serbi. Bila saya senyap, Abe dok tanya, "you ok sayang" , "you nak apa-apa". Rupanya selama ini saya bercakap tak berhenti. Bila tak bercakap, semua benda nampak tak kena.
Ada kawan-kawan mesej, masa nilah masa nak manja-manjakan diri. Nak romantis-romantis. Alahai, nak kene sakit dulu baru dapat momen romantis. Teruklah macam ni.
Dia memang tak romantis. Cakap aje jujur aje. Tapi bila saya jatuh sakit, saya tahu, saya makin sayang dia. Sangat sayang. Waktu sakitlah, ujian Allah pada kita nak cuci-cuci dosa kecil. Mudah-mudahan dosa saya diampunkan. Kami hanya berdua, saya tahu susah senang kami bersama.
Romantis itu bukan perkara yang selalu dilafazkan, bukan sesuatu yang selalu ditunjukkan. Tapi, kita tahu momen dan saat-saat yang berlaku itu bersama suami adalah saat yang romantis. Walaupun hanya dengan seulas senyuman, sudah romantis pada saya. Meskipun dengan usikan, dah gemuk juga romantis buat saya. Apatah lagi, bermalam di hospital bersama dengan saya. Sanggup bersakit-sakit badan tidor di sofa bed sahaja. Mungkin ada saja saat romantis yang terjadi di saat saya sedar atau tidak sedar ketika saya tidur.
Allah.. saya makin sayang dia. Jadikanlah kasih sayang ini sesuatu yang indah dan membawa ke syurga. Lillah hi Taala, dia suami terbaik saya. Romantis? Biarlah ia datang pada setiap saat dalam kehidupan kami bersama.
suami mithali
ReplyDeletesemestinya...
Delete