10.07.2015

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN


SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN 

Ala... apa ada hal. Ini semua dunia. Erm, di dunialah kita diberi peluang menjadi sebaik-baik umat. Semoga amal ibadat kita yang baik-baik tu di bawa sebagai bekal mengadap Allah S.W.T. 

Masih teringat, saya berhempas pulas memikirkan item apa yang sesuai dengan tiga aras untuk ditanya. Soalan yang kene buat pembetulan kerana kurang capat tahap pelajar, terlebih tahap pelajar dan tak masuk lagi typo ketika ngantuk-nagntuk menaip soalan. 

Pelajar hanya guna masa 2 jam untuk berjuang. Sekiranya, tidak mendapat seperti yang diangankan, pelajar dah pun berusaha bersungguh-sungguh. ni ayat klise bagi pada pelajar tak berjaya. 

Namun, ada yang tak menghargai. Tak menjawab soalan, biarkan kertas kosong. Hentam kromo sahaja. Salin soalan, tidur dan tak kurang juga yang sambung peta Malaysia pada kertas jawapan. 

Peliknya, pelajar boleh ketawa-ketawa bila tak dapat jawab soalan. Lepas tu siap cari gang kalau jawapan salah. Hargailah ilmu pengtetahun. Kerana ilmu tu adalah penyuluh orang-orang yang selalu berbuat kebaikan. 

Jawab dulu exam ye... Belum boleh merdeka. 



,

TAJUK 4 - APA RESEARCH GAP SAYA NI?


Hari ini saya merasakan research gap saya salah. Ye ke salah ni? Kalau saya sendiri dah rasa salah, apatah lagi lah SV saya yang terkenal dengan susah nak kata "yes". 

Yer, say dah dapat kesan kesalahan saya. Kalau dah tahu salah, betulkan sahajalah. Jangan tunggu-tunggu. Tapi saya belum cukup membaca artikel. Saya perlu teruskan pembacaan saya. 

Kenapa saya kata macam tu? Saya baru baca  2 artikel, tapi saya dah rasa ada yang tak kena. Belum boleh nak delete sesuka hati maklumat awal yang saya perolehi. Saya cuma kene betulkan balik. 

Saya sudah ada tema topik yang baik. Saya perlu buat lebih cantik. Tak mahulah, cakap aje lebih tapi hasilnya telur ayam. Jadi kat mana GAP masalah saya ni? Kat mana? Siapa yang kata pada kajian lepas? Dan macam mana pula dengan kajian saya? Apa yang saya nak tengok. 

Masalah? Kenapa ? Apa hal dengan topik ni? Sendiri tanya sendiri yang panik. Tak apa-tak apa. Baca artikel lagi. Jangan risau. ALL IS WELL. 


TAJUK 4 - APA RESEARCH GAP SAYA NI?, tips tulis tesis.



Sumber : Penulisan ini adalah dari pengelaman dan respons penulis terhadap bahan bacaan Tulis Tesis Cepat, Dr OT. 

,

TAJUK 3 - DOCUMENT MAP MICROSOFT WORD





Sejauh mana anda menguasai Microsoft Word? Saya fikir, saya dah cukup terror dengan Ms Word ni, rupanya saya bodoh. Masih ada lagi benda yang saya tak tahu. Selama ni, taip soalan, buat surat, buat nota, selama 10 tahun selepas keluar universiti, saya doklah buat benda yang sama. 

Kalaulah saya tahu tentang Document Map awal-awal, tak ada lah tesis saya masa ijazah lari setting, hilang, terpadam dan sebagainya, tidak terjadi. 

Better Late Than never. 

Sekarang, saya dah tahu. Bolehlah berlagak sikit. Saya tahu pun atas pembacaan ke atas buku Zero Draft To Tesis . Alhamdulillah, buku ini sebagai panduan memang sangat-sangat membantu. Saya pun banyak lagi cuba dan salah. Belum berapa mahir. Tapi saya bangga dengan perkembangan diri saya yang mampu belajar benda baru setiap hari. 

Dengan Document Map dapatlah saya memilih part-part yang saya ingin "go through". Tak adalah, asyik scroll ke atas, sekejap ke bawah, dan potensi apa yang saya taip akan hilang. 

Satu tugasa, Satu Fail, Satu Nama. 

Yeay!!!!




Sumber : Pengalaman sendiri selepas membaca dan menggunakan buku ZDOT, Othman Talib. 
,

TAJUK 2 - PENYATAAN MASALAH AWAK, KENAPA?


Masih lagi teringat kelas dengan Ustaz Dr Zawawi Jumaat lepas. Kami kene bawa topik atau bidang yang kami rasa nak kaji. Saya dengan rasa yakin, nak bawa tajuk proposal MyBrain15 hari tu. 

Masa giliran saya. 
Ok dah tu topik saya pilih. Lega sikit.
Pastu dr tanya, kenapa? 
Tangan ni dah readylah dengan pernyataan masalah yang ada pada proposal. Terkial-kial juga nak membaca. Dr angguk-angguk. 

Dr tanya balik? Kenapa? 
Saya terkedu. Saya cakap, macam saya cakap tadilah dr. 
Dr ketawa. Dan Dr tanya balik? Kenapa? 

Saya dah mula garu kepala. 
Errr.... errrr.... 
"Sebab ada kajian cakap macam tu?" - ni main jawab aje nak lepas tengkuk sendiri. 
Kemudian, Dr tanya, - "siapa?"

Owwhh.. fahamlah saya. Saya kene "code" siapa yang cakap masalah yang sama dengan saya. Paling baik, lebih dari satu. Kemudian, saya tentukan sendiri pendirian saya tentang penyataan masalah saya. 

Sampailah kepada 2 4 orang kawan-kawan saya dalam kelas. Dr ulang soalan yang sama, kenapa? 

Soalan kenapa ni sahaja dah membawa kepada satu jam setengah. Bukan benda main-main. Selalunya bahagian pernyataan masalah lah ramai orang sangkut. Saya yang level confident tinggi dah ada proposal kononnya pun, terkujat-terkujat. 

tips tulis tesis, pernyataan masalah, masters,




Sumber : Pengalaman sendiri selepas membaca dan menggunakan buku Tulis Tesis Cepat, Othman Talib. 
,

TAJUK 1 - WAJIB BACA DULU ARTIKEL


Diam-diam dah minggu kelima kelas semester ini. Rata-rata, gang semester kedua dah sibuk tanya dah ada belum tajuk. Setakat hari ini, saya masih lagi pegang proosal 10 mukasurat yang saya hantar masa mohon MyBrain15 tempoh hari. Dan confirm atau tidak, saya belum tahu lagi. NAK CAKAP LEBIH PUN TAK BERANI. Al-maklumlah, saya belum pergi jumpa SV saya lagi untuk semester ni. Silap hari bulan, SV suruh rombak semua benda yang saya dah buat tu. 

Lepas baca 10 mukasurat,buku Tulis Tesis Cepat, baru saya sedar. Mujurlah saya dah SEDAR. saya dah buat kesilapan BESAR. Mujurlah saya masih di peringkat awal. Saya masih belum terlewat. Semester ini saya memang belum layak mendaftar Seminar 1, tapi takkan nak tunggu semester depan, baru ada proposal full, baru nak masuk Seminar 1 dan defend. 

Apa bidang nak kaji? Saya dah ada pilihan saya. Maka, saya perlu cari sebanyak-banyaknya artikel yang berkaitan dengan bidang yang saya pilih. Saya masih teringat kata-kata SV saya. Kamu baca buku dan artikel. Sama aje Dr OT dan SV saya cakap. Nampak sangat saya tak dengar cakap SV saya. 1 ke 2? 20 artikel. Itu pun belum tentu cukup lagi. Entah-entah dalam 20 artikel tu, yang ada betul-betul dengan apa yang saya cari hanya satu baris sahaja. Yang penting baca artikel. Ni dapat beratus-ratus, tapi kalau tak baca pun tak guna kan? 

Ps : Mata dah mula bengkak-bengkak, tak cukup tidur. 





Sumber : Pengalaman sendiri selepas membaca dan menggunakan buku Tulis Tesis Cepat, Othman Talib. 

10.06.2015

,

OPPORTUNITY



Under the glow 
in the very bright lights
I turn my face
towards 
The warm night sky 
and I

I'm not afraid
Of a thousand eyes
Where they're above
Five hundred smiles

Oh I used to think 
What wouldn't I give
For a moment like this? 
This moment this gift 

kpt, opportunity, mybrain15, biasiswa,

Now look at me 
and this opportunity
Is standing right in front of me

kpt, opportunity, mybrain15, biasiswa,


But one thing I know
It's only part luck and so
I'm putting on my best show
Under the spotlight 
I starting my life

Big dreams
Becoming real tonight
So look at me
And this opportunity 
You're witnessing my moment, you see?

My big opportunity

Now I'm right here
And it's mine
Cause this is real, this is real and it's all mine
I'm not afraid to fly
When it's above five hundred smiles

Oh I used to think 
What wouldn't I give
For a moment like this? 
This moment this gift 

kpt, opportunity, mybrain15, biasiswa,

Now look at me 
and this opportunity
Is standing right in front of me
But one thing I know
It's only part luck and so
I'm putting on my best show
Under the spotlight 
I starting my life

Big dreams
Becoming real tonight
So look at me
And this opportunity 
You're witnessing my moment, you see?

My big opportunity
I won't waste it 

I guarantee

By Annie, 2014

10.04.2015

, , ,

JOM HEBAT PASCASISWAZAH





Akhirnya, saya datang juga setelah berkira-kira jadual yang pack di bulan Oktober ini. Pertama sekali, waze dah buat saya kecik hati pagi-pagi. Laluan yang diberi ke Fakulti Perubatan UPM, laluan lama yang sekarang dalam pembinaan. Enrah sampai ke mana-mana saya di bawanya. Berpusing-pusinglah saya sekitar UPM dalam 20 minit nak cari jalan keluar. 

Mujurlah ada seorang bro, nak bantu tunjuk jalan. Dalam UPM memang tak nampak habuk pun satu bunting tentang seminar ni. Yelah, ini bukan anjuran UPM pun. Ingat-ingat saya sampai kat traffic light nak hala ke kiri hospital pun, masih tak ada bunting. Depan pondok jaga pun tak ada bunting. Saya sempat lah tanya crew event, memang you tak gantung bunting ke, banner, tanda arah ke, jawabnya, tak ada peruntukan kak. Apa? Tak ada peruntukan? Ok... malas nak ulas. 

 

Saya park kereta, dan berjalan ke bangunan Fakulti Perubatan. Daftar, booth buku dan masuk dalam dewan. Oleh kerana semangat yang membara, saya ambil tempat duduk baris ke 10 dari depan. 

Sekali toleh ke belakang, ramai juga yang datang. Dan ramai juga yang sambung belajar rupanya. Pelbagai peringkat umur. 



Siap pakai "gelang event" ni, mesti gempak!!!

Slot pun bermula jam 8.45 pagi. Habis slot 1, rehat 5 minit. Masuk slot 2. Rehat 5 minit, masuk slot ketiga. Peserta seminar telah diberitahu tiada ada soal jawab, apabila berdiri seorang peserta bertanya. Ketiga-tiga "sifu" (merujuk kepada edaran tentatif program) mengatakan, ini hanya pengenalan ye, masa ada satu jam sahaja. Erkkkk.....

Sesekali crew event buat promosi buku 10 peratus buku terbitan MPWS kalau beli hari ini. Ada juga promosi kursus-kursus lain anjuran MPWS. 


Beli juga buku nak lengkapkan E-Filling nanti

Slot Dr Naar memang berkesan di hati saya. Satu ayat yang saya ingat ialah sampai malam ni "kajian tiada betul atau salah. Hanya diri sendiri sahaja yang mampu berhujah dan mempertahankannya". Penyampaiannya yang bersahaja tetapi penuh makna. 

Secara kesimpulan saya boleh saya rumuskan, 
Seminar hari ini ialah 

1. Pengenalan tentang kursus-kursus anjuran MPWS
2. Mana mungkin benda-benda penting untuk persediaan thesis pelajar Master dan PhD siap dalam masa 1 jam. 
3. Harga murah kerana slot hanya sekadar asas dan pengenalan. 
4. Kalau nak lebih mendalami dan memahami, boleh masuk kursus-kursus khas yang ditawarkan oleh MPWS. 


Anda boleh pilih tarikh mengikut kelapangan masa anda mengikut kursus-kursus yang disedikan. Harga setiap kursus juga disertakan sekali. 

Yang paling penting, saya jumpa kawan saya setelah 7 tahun berpisah. Kak Salina. Masih lagi berusaha meneruskan perjuangan, tiada batas umur waktu dalam pencarian ilmu pengetahuan. Ye, ini contoh baik untuk saya. 

yessszzaaaaa..




, ,

BEZA ABE DAN SAYA


Hargai persamaan, raikan perbezaan. 

Setiap hari, bila saya dan Abe duk rehat-rehat tengok tv, kami akan mula bercerita. Abe akan tanya, macam mana kerja saya. Setiap hari. 
Setiap hari ada sahaja topik kelaka-laka saya dengan anak murid. Lawak-lawak tengik dalam kelas. Apa saya buat, makan apa, sekolah macam mana. Cuaca, batuk ke tak. Abe akan tanya semua tu. Soalan Abe empat lima patah perkataan aje, saya jawab dalam masa satu jam. 

Walaupun saya tahu, tiga tahun dah Abe melayan saya bercakap, Abe tetap tabah mendengar. Ceritalah apapun, confirm tak ada orang tahu. Satu benda yang saya kagum, Abe ingat semua cerita saya. Sekali pandang, macam tak peduli, tetapi bila saya recall cerita, Abe akan kata, yes, I remember!

Kalau saya pula tanya Abe, macam mana kerja, jawabnya, erm, ok. Itu sahaja. Tak ada sambung-sambung. 

Bila begitu, saya akan terus sambung dengan cerita saya semula. 
Bla.. bla.....bla
Saya mampu berceloteh 3 jam tanpa henti semasa menemani Abe memandu ke Kuantan. Abe kata, saya akan senyap bila saya tidur,saya sakit dan saya lapar. Lagi saya penat, lagi banyak bercakap. 
Nak meluah perasaan konon-konon. 

Prinsip Abe, mudah aje. 
Ada masalah kat sekolah, kasi setel. 
Selagi tak setel, selagi itu saya akan terus membebel dan membebel. 
Skop kerja tak sama, itu sahaja jawapan saya. 
Entah-entah, masalah kerja dia lagi besar. 
Cuma, tak mahu cakap dengan saya. 
Saya bukan faham semua pun (walaupun dah tiga tahun ni yang saya faham ialah ticketing, support, team cloud, reset password dan entah apa-apa lagi)

Saya kene buka google kalau nak faham. 
nak bagi paham. supaya bila Abe cakap, ok saya tahu tu. 

Abe memang tahu penguasaan Bahasa Inggeris saya sederhana sahaja.
Pada dia.. kalau tengok movie, mesti cari yang ada subtitle. 
Abe malas nak dengar saya cakap, "Yang, apa dia cakap tu". 
Bukan sekali, banyak kali. 
Maklumlah, kamus hidup. 
kadang-kadang rasa gak rendah diri,
ada masa eksyen sikit, tak mahu ada subtitle, nak tunjuk pandai. 

Sudahnya, saya kena hafal perkataan dan tengok kamus. 
Hehehehe. 

Kami memang ada banyak lagi beza. 
Tapi kami cuba mencari persamaan. 
Tak perlu banyak, asalkan saling memahami. 
walaupun ada masa, rasa cukup sakit hati. 

errrrmmm...... 


BEZA ABE DAN SAYA, LEAMUSTAFA.COM, SUAMI ISTERI



10.03.2015

, , ,

BUAT KEBAIKAN



BUAT KEBAIKAN, baik, bantu, good things,


Siapa yang tak nak jadi baik. Saya percaya semua orang baik. Kerana kebaikan itu fitrah semua manusia. Kebaikan tak perlu untuk perkara yang besar. Kecik-kecik pun, kalau benda baik, ia tetap dikira. 

Saya membantu kawan-kawan saya menyelesaikan urusan HRMIS. Apabila urusan SKT dan LNPT diisi secara online, masalah gangguan talian, sibuk, loading dan menunggu lama. Tidak semua orang peka dengan masalah IT ni. Pada mereka, boleh buka, boleh taip, boleh send, masalah selesai. 

Orang-orang IT selalunya sangat penyabar. Benda-benda teknikal, memang kena banyak sabar. Saya memang akan bantu kawan-kawan yang tak pandai buat. Ajar mereka satu-satu, gambar ke gambar, satu step ke satu step. Macam ajar anak murid kita. Saya ajar sampai selesai. 

Satu kepuasan pada saya jika bantuan yang saya berikan dapat menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang saya harapkan, bila waktunya saya susah atau perlukan pertolongan, Allah S.W.T akan mudahkan pula urusan saya. 

Bantuan yang saya berikan atas kepakaran, kemampuan dan ilmu yang saya ada. Semua itu datang daripada Allah S.W.T. Allah mengurniakannya kepada saya supaya saya boleh membantu orang lain, jika mereka perlukan. 

Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Semoga Allah jauhkan saya daripada sifat itu. Seboleh-bolehnya saya bantu tanpa banyak cakap. Dan kawan-kawan saya semua baik-baik. Ada yang beri makanan kepada saya, masakkan, belanja makan. Allah... saya dapat pulangan dengan rezeki yang melimpah-limpah atas pertolongan yang saya berikan, 

Bukan mereka tak usaha nak belajar, mereka usaha. Namun, ada ketikanya, masalah timbul sana sini. Mereka bukan manja. Tidak salah membantu, mudah-mudahan di satu masa nanti, Allah S.W.T akan bantu saya pula. 

"Kerana itu Allah memberikan mereka ganjaran pahala di dunia dan pahala yang sebaik-baiknya di akhirat. Dan Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan"- Surah Ali-Imran ayat 148.


, ,

TERUSLAH MENULIS


Semangat menulis saya meluap-luap hari ini. Meskipun otak saya penat, saya tetap nak habiskan satu catatan lagi. Lebih-lebih lagi, bila Dr Zawawi menggalakkan kami menulis. Tulislah tentang apa sahaja katanya. Di sekeliling kita, ada macam-macam. Ada 1001 benda berlaku. Tulislah untuk setiap satunya. 

Garaplah idea dan gasaklah pemikiran kita. 
Baru saya perasan. Menulis adalah terapi saya. Bila saya kecewa atau sedih, menulis boleh meredakan saya. Kalau tidak juga, saya akan tidur. Menulis membuatkan saya lupa tentang perjalanan masa. Menulis membawa saya hanyut dalam dunia perkataan saya. Dan menulis menambah tahap keyakinan saya. 

Setiap kali  menulis, saya berharap tulisan saya memberi inspirasi kepada diri saya sendiri. Kalau dapat pada orang lain pun lebih baik. Malu juga kalau baca balik apa yang kita pernah tulis, apa yang kita merapu, tapi itu adalah hakikat proses pembelajaran. Saya tiadak akan jemu. 


TERUSLAH MENULIS, cerita cikgu, leamustafa.com,


, , ,

APA YANG KITA CARI

zawawi ismail, leamustafa.com, apa yang kita cari, kelas master,

Sebelum tidur ni, masih terngiang-ngiang di telinga saya lontaran soalan Dr Zawawi bin Ismail dalam kelas tadi. Apa yang kita cari? dalam kerjaya, apa yang saya cari? Soalan ini buat saya terkaku seketika. 

Cari apa dalam kerjaya kita sebenarnya? Cari duit? Duit akan pergi bersama-sama hutang yang kita bayar. 

Saya sendiri. Saya mencari kepuasan dalam kerjaya saya. Kepuasan dalam perkara yang saya lakukan. 10 tahun mengajar, rasanya belum capai tahap kepuasan betul-betul mengajar dalam kelas sama tara nilai 10 tahun. Kalau buat anggaran, barangkali 4 atau 5 tahun. 

Apakah saya puas dengan menjadi guru biasa? Apakah saya puas jika saya menjadi pensyarah? Atau sudahkah saya puas bila tidak bekerja? Menjadi guru, pahalanya berpanjangan selagi mana ilmunya dimanfaatkan. 

Nikmat sebenar mengajar. Itu yang saya cari. Bila mengajar, nikmatnya sukar untuk digambarkan. Kadang-kadang sampai hilang suara, suara tinggi rendah, macam-macam ragam anak-anak murid kita. Lawak tengik buat anak-anak kita ketawa. Rasa sedih bila semua markah mereka merah belaka. Saya tetap cari yang ini. Saya puas dengan cara ini. 

Cuma, bahu ini terkadang senget menahan beban yang tertimpa-timpa. Wajah manis ke kelas hilang tiba-tiba. Bukan itu yang saya cari. Sehingga ini, saya masih tercari-cari, adakah ini yang saya mahukan? Atau sebenarnya, apa yang saya cari masih belum ditemui. 




10.02.2015

, , , ,

SEHABIS BAIK


CRK saya dah lulus untuk hari ini. Masuk hari ini, dah dua kali Jumaat, saya ambil CRK untuk pergi kelas master. Sementara menunggu kelulusan cuti kursus sambilan saya. Tak apalah, sudah hujung tahun. Saya berharap tidak ada apa-apa aral melintang dalam kehidupan saya suami isteri, Insha Allah. 

 Walaupun CRK, jika ada keperluan untuk datang sekolah, saya datang. Sebab kelas master saya mula jam 3 petang. Saya ada masa untuk datang sekolah. Tugas mencatat jadual guru ganti pada slip, pesan pada ketua tingkatan ambil kedatangan, jumpa orang itu ini. 

Bukan gitu-gitu aje saya suka-suka mohon CRK. Saya jumpa Pengetua dan Penolong Kanan Petang. Saya terangkan keadaan saya. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Namun begitu, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk membuat sehabis baik tugas-tugas saya dari hari Isnin hingga Khamis. 

Supaya, bila saya tiada pada hari Jumaat, tugas-tugas yang saya dah buat 4 hari sebelum cuti, dah terangkum Saya perlu buat sesuatu. Kena berkorban. Lebih lebih lagi saya dah diberi biasiswa untuk pengajian saya. Saya kena belajar dengan sungguh-sungguh. 

Saya wajib buat sehabis baik. Sedaya upaya, apa sahaja perkara melibatkan murid terutama di surau, saya uruskan dengan sehabis baik, sesempurna mungkin. Saya tak perlu pikir apa orang keliling cakap tentang saya. Kalau nak difikirkan sampai bila-bila pun, saya tak akan ke depan. Saya dah pernah tewas sekali, saya tak mahu tewas lagi. 




, ,

SEMAKAN TAWARAN HLPS TAHUN 2015



Berita yang ditunggu-tunggu sudah tiba. 
kawan-kawan guru yang memohon boleh buat semakan. 


Ini keputusan saya. 

SEMAKAN TAWARAN HLPS TAHUN 2015, HLPS, BIASISWA
Masuk ni, dah kali kedua TIDAK BERJAYA.
Sekali tahun 2013, sekarang tahun 2015.
Kene cuba lagi, baru dua kali kan?
Belum tentu lagi kali ketiga tak dapat.
Positif sungguh.

Apapun, Alhamdulillah. 
Saya dah cuba sedaya upaya. 
Namun rezeki bukan milik saya. 

Kepada yang berjaya tahniah saya ucapkan. 
Yang tidak berjaya, usaha lagi. 
Jangan sedih. 
Allah S.W.T sentiasa ada untuk kita. 

Mana tahu, tahun depan MyBrain15 ada lagi kan?


10.01.2015

, ,

MATA MASUK HABUK



mata masuk habuk, my beautiful woman,


Mata saya masuk habuk pagi-pagi ni. 
Jalan cerita yang sangat menyentuh perasaan. 

Orang mengata kiri kanan
orang benci sana sini
Ada dia kisah

Diri sendiri lebih tahu
Apa yang ada pada dirinya

Mungkin saya,
 adakalanya tak sekuat dan setabah perempuan ini. 
Walaupun kadang-kadang, 
hati ini rasa geram 
orang keliling yang faham kita
yang tak nak faham tentang diri kita

Tapi saya percaya
setiap kebaikan akan dibalas dengan ganjaran hebat
Tak nampak sekarang 
akan-akan datang 

Hebat? 
Anda lebih tahu kemampuan anda
Sentiasa boleh buat lebih
Ada sesuatu dalam diri anda yang tersembunyi
Jauh di sudut hati, diri itu kuat dan tabah

Tetapi
andai kata kita penat
berehatlah
waktu itu, Allah beri kita peluang dan ruang 
Merenung dan muhasabah
sebelum kita sambung mendaki 
ke puncak yang lebih tinggi