Hargai persamaan, raikan perbezaan.
Setiap hari, bila saya dan Abe duk rehat-rehat tengok tv, kami akan mula bercerita. Abe akan tanya, macam mana kerja saya. Setiap hari.
Setiap hari ada sahaja topik kelaka-laka saya dengan anak murid. Lawak-lawak tengik dalam kelas. Apa saya buat, makan apa, sekolah macam mana. Cuaca, batuk ke tak. Abe akan tanya semua tu. Soalan Abe empat lima patah perkataan aje, saya jawab dalam masa satu jam.
Walaupun saya tahu, tiga tahun dah Abe melayan saya bercakap, Abe tetap tabah mendengar. Ceritalah apapun, confirm tak ada orang tahu. Satu benda yang saya kagum, Abe ingat semua cerita saya. Sekali pandang, macam tak peduli, tetapi bila saya recall cerita, Abe akan kata, yes, I remember!
Kalau saya pula tanya Abe, macam mana kerja, jawabnya, erm, ok. Itu sahaja. Tak ada sambung-sambung.
Bila begitu, saya akan terus sambung dengan cerita saya semula.
Bla.. bla.....bla
Saya mampu berceloteh 3 jam tanpa henti semasa menemani Abe memandu ke Kuantan. Abe kata, saya akan senyap bila saya tidur,saya sakit dan saya lapar. Lagi saya penat, lagi banyak bercakap.
Nak meluah perasaan konon-konon.
Prinsip Abe, mudah aje.
Ada masalah kat sekolah, kasi setel.
Selagi tak setel, selagi itu saya akan terus membebel dan membebel.
Skop kerja tak sama, itu sahaja jawapan saya.
Entah-entah, masalah kerja dia lagi besar.
Cuma, tak mahu cakap dengan saya.
Saya bukan faham semua pun (walaupun dah tiga tahun ni yang saya faham ialah ticketing, support, team cloud, reset password dan entah apa-apa lagi)
Saya kene buka google kalau nak faham.
nak bagi paham. supaya bila Abe cakap, ok saya tahu tu.
Abe memang tahu penguasaan Bahasa Inggeris saya sederhana sahaja.
Pada dia.. kalau tengok movie, mesti cari yang ada subtitle.
Pada dia.. kalau tengok movie, mesti cari yang ada subtitle.
Abe malas nak dengar saya cakap, "Yang, apa dia cakap tu".
Bukan sekali, banyak kali.
Maklumlah, kamus hidup.
kadang-kadang rasa gak rendah diri,
ada masa eksyen sikit, tak mahu ada subtitle, nak tunjuk pandai.
Sudahnya, saya kena hafal perkataan dan tengok kamus.
Hehehehe.
Kami memang ada banyak lagi beza.
Tapi kami cuba mencari persamaan.
Tak perlu banyak, asalkan saling memahami.
walaupun ada masa, rasa cukup sakit hati.
errrrmmm......
0 comments:
Post a Comment