Siapa yang tak nak jadi baik. Saya percaya semua orang baik. Kerana kebaikan itu fitrah semua manusia. Kebaikan tak perlu untuk perkara yang besar. Kecik-kecik pun, kalau benda baik, ia tetap dikira.
Saya membantu kawan-kawan saya menyelesaikan urusan HRMIS. Apabila urusan SKT dan LNPT diisi secara online, masalah gangguan talian, sibuk, loading dan menunggu lama. Tidak semua orang peka dengan masalah IT ni. Pada mereka, boleh buka, boleh taip, boleh send, masalah selesai.
Orang-orang IT selalunya sangat penyabar. Benda-benda teknikal, memang kena banyak sabar. Saya memang akan bantu kawan-kawan yang tak pandai buat. Ajar mereka satu-satu, gambar ke gambar, satu step ke satu step. Macam ajar anak murid kita. Saya ajar sampai selesai.
Satu kepuasan pada saya jika bantuan yang saya berikan dapat menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang saya harapkan, bila waktunya saya susah atau perlukan pertolongan, Allah S.W.T akan mudahkan pula urusan saya.
Bantuan yang saya berikan atas kepakaran, kemampuan dan ilmu yang saya ada. Semua itu datang daripada Allah S.W.T. Allah mengurniakannya kepada saya supaya saya boleh membantu orang lain, jika mereka perlukan.
Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Semoga Allah jauhkan saya daripada sifat itu. Seboleh-bolehnya saya bantu tanpa banyak cakap. Dan kawan-kawan saya semua baik-baik. Ada yang beri makanan kepada saya, masakkan, belanja makan. Allah... saya dapat pulangan dengan rezeki yang melimpah-limpah atas pertolongan yang saya berikan,
Bukan mereka tak usaha nak belajar, mereka usaha. Namun, ada ketikanya, masalah timbul sana sini. Mereka bukan manja. Tidak salah membantu, mudah-mudahan di satu masa nanti, Allah S.W.T akan bantu saya pula.
"Kerana itu Allah memberikan mereka ganjaran pahala di dunia dan pahala yang sebaik-baiknya di akhirat. Dan Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan"- Surah Ali-Imran ayat 148.
0 comments:
Post a Comment