10.04.2015

, , ,

JOM HEBAT PASCASISWAZAH





Akhirnya, saya datang juga setelah berkira-kira jadual yang pack di bulan Oktober ini. Pertama sekali, waze dah buat saya kecik hati pagi-pagi. Laluan yang diberi ke Fakulti Perubatan UPM, laluan lama yang sekarang dalam pembinaan. Enrah sampai ke mana-mana saya di bawanya. Berpusing-pusinglah saya sekitar UPM dalam 20 minit nak cari jalan keluar. 

Mujurlah ada seorang bro, nak bantu tunjuk jalan. Dalam UPM memang tak nampak habuk pun satu bunting tentang seminar ni. Yelah, ini bukan anjuran UPM pun. Ingat-ingat saya sampai kat traffic light nak hala ke kiri hospital pun, masih tak ada bunting. Depan pondok jaga pun tak ada bunting. Saya sempat lah tanya crew event, memang you tak gantung bunting ke, banner, tanda arah ke, jawabnya, tak ada peruntukan kak. Apa? Tak ada peruntukan? Ok... malas nak ulas. 

 

Saya park kereta, dan berjalan ke bangunan Fakulti Perubatan. Daftar, booth buku dan masuk dalam dewan. Oleh kerana semangat yang membara, saya ambil tempat duduk baris ke 10 dari depan. 

Sekali toleh ke belakang, ramai juga yang datang. Dan ramai juga yang sambung belajar rupanya. Pelbagai peringkat umur. 



Siap pakai "gelang event" ni, mesti gempak!!!

Slot pun bermula jam 8.45 pagi. Habis slot 1, rehat 5 minit. Masuk slot 2. Rehat 5 minit, masuk slot ketiga. Peserta seminar telah diberitahu tiada ada soal jawab, apabila berdiri seorang peserta bertanya. Ketiga-tiga "sifu" (merujuk kepada edaran tentatif program) mengatakan, ini hanya pengenalan ye, masa ada satu jam sahaja. Erkkkk.....

Sesekali crew event buat promosi buku 10 peratus buku terbitan MPWS kalau beli hari ini. Ada juga promosi kursus-kursus lain anjuran MPWS. 


Beli juga buku nak lengkapkan E-Filling nanti

Slot Dr Naar memang berkesan di hati saya. Satu ayat yang saya ingat ialah sampai malam ni "kajian tiada betul atau salah. Hanya diri sendiri sahaja yang mampu berhujah dan mempertahankannya". Penyampaiannya yang bersahaja tetapi penuh makna. 

Secara kesimpulan saya boleh saya rumuskan, 
Seminar hari ini ialah 

1. Pengenalan tentang kursus-kursus anjuran MPWS
2. Mana mungkin benda-benda penting untuk persediaan thesis pelajar Master dan PhD siap dalam masa 1 jam. 
3. Harga murah kerana slot hanya sekadar asas dan pengenalan. 
4. Kalau nak lebih mendalami dan memahami, boleh masuk kursus-kursus khas yang ditawarkan oleh MPWS. 


Anda boleh pilih tarikh mengikut kelapangan masa anda mengikut kursus-kursus yang disedikan. Harga setiap kursus juga disertakan sekali. 

Yang paling penting, saya jumpa kawan saya setelah 7 tahun berpisah. Kak Salina. Masih lagi berusaha meneruskan perjuangan, tiada batas umur waktu dalam pencarian ilmu pengetahuan. Ye, ini contoh baik untuk saya. 

yessszzaaaaa..




0 comments:

Post a Comment