KBAT - SPM P.I K1 - TAJUK ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM


KERTAS 1 - TAJUK ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM

KBAT - SPM P.I K1 - TAJUK ADAB MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
                                                                         Kertas Percubaan SPB 2015 - Pendidikan Islam Kertas 1
Cadangan Jawapan : 

Isi 1: 
- menganjurkan hari sayang kemudahan awam - melibatkan semua lapisan  dengan pelbagai program agar kesedaran timbul - tiada perasaan sayang - kerosakan harta dapat dikurangkan untuk bantu kewangan negara

Isi 2 : 
- mengarahkan kuat kuasa undang-undang - tindakan boleh diambil - dapat timbul rasa takut - kerosakan harta semakin berkurangan menjadikan negara dihormati


Jawapan penuh 1: 


Saya akan menganjurkan hari sayang harta awam di seluruh Malaysia (isi) supaya kesedaran akan timbul dalam kalangan semua rakyat Malaysia. (huraian). Kajian mendapati 85 peratus harta benda awam yang terdapat di Malysia ini tidak dapat digunakan dengan baik kerana rosak dan tidak berfungsi (huraian sokongan). Oleh itu, kita hendaklah menghentikan segera perbuatan ini suapaya duit negara yang digunakan untuk memperbaiki harta awam dapat digunakan untuk memajukan lagi negara (kesimpulan). 

Jawapan penuh 2: 


Saya akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan undang-undang supaya pelaku vandalisme ini akan dapat ditangkap setelah dikenal pasti. Hal ini adalah untuk menimbulkan rasa takut kepada mereka kerana mereka tidak merasakan harta awam adalah harta yang perlu dijaga. Oleh itu, tindakan seumpama ini diharapkan dapat menjadikan harta awam lebih baik supaya kita dipandang tinggi oleh masyarakat luar. 

No comments