KBAT- SPM P.I K2 - TAJUK NASIHAT LUKMANUL HAKIM


KERTAS 2 - TAJUK NASIHAT LUKMANUL HAKIM

KBAT- SPM P.I K2 - TAJUK NASIHAT LUKMANUL HAKIM
Kertas Percubaan SBP Pendidikan Islam K2



Cadangan Jawapan : 

KATA KUNCI : CARA 
Isi : 

bertegur sapa dan tunjuk muka manis - supaya dapat wujud kemesraan - dalam al-Quran mengatakan Allah  akan tambah kemuliaan dan tinggikan darjat - amal akhlak mulia untuk wujud harmoni dalam pelbagai lapisan masyarakat


Jawapan penuh : 


Ahmad hendaklah bertegur sapa dan menunjukkan muka yang manis kepada kawannya (isi) supaya Ahmad mewujudkan kemesraan dan rasa selesa ketika bergaul (huraian). Hal ini kerana, Allah menyebut dalam al-Quran, bahawa Allah akan meninggikan darjat seseorang yang sentiasa merendah diri kerana Allah. .  (huraian sokongan). Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia untuk mewujudkan rasa harmoni dalam pelbagai lapisan masyarakat (kesimpulan). 


------------------------------------------------- 

Kertas Percubaan Negeri Melaka


Cadangan Jawapan : 

KATA KUNCI : CARA / TINDAKAN - APA NAK BUAT
Isi : 

laporkan kepada guru disiplin - tindakan tegas dapat diambil - firman Allah supaya menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran - usaha mewujudkan masyarakat harmoni


Jawapan penuh : 


Saya akan membuat laporan kepada guru disiplin agar tindakan tegas dapat diambil kepada pelaku buli tersebut. Sesungguhnya, Allah berfirman dalam Al-Quran supaya umat Islam sentiasa menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Oleh itu, sikap prihatin terhadap masalah buli di sekolah mampu membantu untuk mewujudkan masyarakat harmoni. 

-------------------------------------------------------------

No comments