10.02.2015

, , , ,

SEHABIS BAIK


CRK saya dah lulus untuk hari ini. Masuk hari ini, dah dua kali Jumaat, saya ambil CRK untuk pergi kelas master. Sementara menunggu kelulusan cuti kursus sambilan saya. Tak apalah, sudah hujung tahun. Saya berharap tidak ada apa-apa aral melintang dalam kehidupan saya suami isteri, Insha Allah. 

 Walaupun CRK, jika ada keperluan untuk datang sekolah, saya datang. Sebab kelas master saya mula jam 3 petang. Saya ada masa untuk datang sekolah. Tugas mencatat jadual guru ganti pada slip, pesan pada ketua tingkatan ambil kedatangan, jumpa orang itu ini. 

Bukan gitu-gitu aje saya suka-suka mohon CRK. Saya jumpa Pengetua dan Penolong Kanan Petang. Saya terangkan keadaan saya. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan. Namun begitu, saya berjanji pada diri saya sendiri untuk membuat sehabis baik tugas-tugas saya dari hari Isnin hingga Khamis. 

Supaya, bila saya tiada pada hari Jumaat, tugas-tugas yang saya dah buat 4 hari sebelum cuti, dah terangkum Saya perlu buat sesuatu. Kena berkorban. Lebih lebih lagi saya dah diberi biasiswa untuk pengajian saya. Saya kena belajar dengan sungguh-sungguh. 

Saya wajib buat sehabis baik. Sedaya upaya, apa sahaja perkara melibatkan murid terutama di surau, saya uruskan dengan sehabis baik, sesempurna mungkin. Saya tak perlu pikir apa orang keliling cakap tentang saya. Kalau nak difikirkan sampai bila-bila pun, saya tak akan ke depan. Saya dah pernah tewas sekali, saya tak mahu tewas lagi. 




0 comments:

Post a Comment