10.07.2015

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN


SEMOGA BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN 

Ala... apa ada hal. Ini semua dunia. Erm, di dunialah kita diberi peluang menjadi sebaik-baik umat. Semoga amal ibadat kita yang baik-baik tu di bawa sebagai bekal mengadap Allah S.W.T. 

Masih teringat, saya berhempas pulas memikirkan item apa yang sesuai dengan tiga aras untuk ditanya. Soalan yang kene buat pembetulan kerana kurang capat tahap pelajar, terlebih tahap pelajar dan tak masuk lagi typo ketika ngantuk-nagntuk menaip soalan. 

Pelajar hanya guna masa 2 jam untuk berjuang. Sekiranya, tidak mendapat seperti yang diangankan, pelajar dah pun berusaha bersungguh-sungguh. ni ayat klise bagi pada pelajar tak berjaya. 

Namun, ada yang tak menghargai. Tak menjawab soalan, biarkan kertas kosong. Hentam kromo sahaja. Salin soalan, tidur dan tak kurang juga yang sambung peta Malaysia pada kertas jawapan. 

Peliknya, pelajar boleh ketawa-ketawa bila tak dapat jawab soalan. Lepas tu siap cari gang kalau jawapan salah. Hargailah ilmu pengtetahun. Kerana ilmu tu adalah penyuluh orang-orang yang selalu berbuat kebaikan. 

Jawab dulu exam ye... Belum boleh merdeka. 



0 comments:

Post a Comment