Diam-diam dah minggu kelima kelas semester ini. Rata-rata, gang semester kedua dah sibuk tanya dah ada belum tajuk. Setakat hari ini, saya masih lagi pegang proosal 10 mukasurat yang saya hantar masa mohon MyBrain15 tempoh hari. Dan confirm atau tidak, saya belum tahu lagi. NAK CAKAP LEBIH PUN TAK BERANI. Al-maklumlah, saya belum pergi jumpa SV saya lagi untuk semester ni. Silap hari bulan, SV suruh rombak semua benda yang saya dah buat tu.
Lepas baca 10 mukasurat,buku Tulis Tesis Cepat, baru saya sedar. Mujurlah saya dah SEDAR. saya dah buat kesilapan BESAR. Mujurlah saya masih di peringkat awal. Saya masih belum terlewat. Semester ini saya memang belum layak mendaftar Seminar 1, tapi takkan nak tunggu semester depan, baru ada proposal full, baru nak masuk Seminar 1 dan defend.
Apa bidang nak kaji? Saya dah ada pilihan saya. Maka, saya perlu cari sebanyak-banyaknya artikel yang berkaitan dengan bidang yang saya pilih. Saya masih teringat kata-kata SV saya. Kamu baca buku dan artikel. Sama aje Dr OT dan SV saya cakap. Nampak sangat saya tak dengar cakap SV saya. 1 ke 2? 20 artikel. Itu pun belum tentu cukup lagi. Entah-entah dalam 20 artikel tu, yang ada betul-betul dengan apa yang saya cari hanya satu baris sahaja. Yang penting baca artikel. Ni dapat beratus-ratus, tapi kalau tak baca pun tak guna kan?
0 comments:
Post a Comment