Masih lagi teringat kelas dengan Ustaz Dr Zawawi Jumaat lepas. Kami kene bawa topik atau bidang yang kami rasa nak kaji. Saya dengan rasa yakin, nak bawa tajuk proposal MyBrain15 hari tu.
Masa giliran saya.
Ok dah tu topik saya pilih. Lega sikit.
Pastu dr tanya, kenapa?
Tangan ni dah readylah dengan pernyataan masalah yang ada pada proposal. Terkial-kial juga nak membaca. Dr angguk-angguk.
Dr tanya balik? Kenapa?
Saya terkedu. Saya cakap, macam saya cakap tadilah dr.
Dr ketawa. Dan Dr tanya balik? Kenapa?
Saya dah mula garu kepala.
Errr.... errrr....
"Sebab ada kajian cakap macam tu?" - ni main jawab aje nak lepas tengkuk sendiri.
Kemudian, Dr tanya, - "siapa?"
Owwhh.. fahamlah saya. Saya kene "code" siapa yang cakap masalah yang sama dengan saya. Paling baik, lebih dari satu. Kemudian, saya tentukan sendiri pendirian saya tentang penyataan masalah saya.
Sampailah kepada 2 4 orang kawan-kawan saya dalam kelas. Dr ulang soalan yang sama, kenapa?
Soalan kenapa ni sahaja dah membawa kepada satu jam setengah. Bukan benda main-main. Selalunya bahagian pernyataan masalah lah ramai orang sangkut. Saya yang level confident tinggi dah ada proposal kononnya pun, terkujat-terkujat.
Sumber : Pengalaman sendiri selepas membaca dan menggunakan buku Tulis Tesis Cepat, Othman Talib.
0 comments:
Post a Comment