11.27.2015

, , , , , , , , , , ,

6 BULAN TANPA GAJI

Aku terbaca artikel ni kat MalayMail Online

perancangan kewangan, financial planning
6%je? ke?!

Hasil kajian ni (malas aku nak translate ke BM):

===============================//
  • Malaysians tend to focus on short-sighted gratification
  • 93% of the survey respondents earn a monthly wage of RM3,000 or less individually
  • About 19% of the respondents also said they felt they have too much debt, 
  • ONLY 26% said they make full settlements of their credit card debts at the end of the month.
  • ONLY 51% of the respondents have a “rainy day” fund, 
  • 76% admitted to having difficulty to raise RM1,000 in emergency cash if needed.
===============================\\

Responden kajian ni pon satu hal jugak, macam mana 51% kata ade ‘rainy day” fund sedangkan 76% menghadapi kesukaran untuk keluarkan RM1000 bila keadaan mendesak??


Besar tak besar jugak la pasaran untuk Perancangan Kewangan kat Malaysia ni :-)
Kalau korang kenal sesiapa dalam kategori survey kat atas, bleh la mintak diorang kontek aku untuk di "sekolahkan".







Penulis undangan,




M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com





11.26.2015

,

JANJI ISTERI



Makan KFC buka tanda kita kaya, tapi pada saya ia petanda kita sangat miskin. Miskin masa. Saya rasa mak saya kat kampung ialah orang paling kaya. Sebagai isteri mak mampu masak sendiri, taki kira lauk apa, hari-hari. Tapi, mak mesti masak. Mak kaya masa. Saya beli siap-siap, takut-takut Abe kata dia lapar bila saya balik nanti. Balik lambat satu hal, lapar satu hal. 

Ceritanya, hari ini, saya mungkir janji saya sebagai isteri. Nama aje cuti sekolah, saya tetap nak ke sekolah.Yer, semua orang kata cikgu ada 55 hari tak kerja, cuti gaji jalan. Cakaplah apa orang nak cakap, kalau nak mai jadi cikgu. Kalau tak nak diam-diam. 

Saya mungkir janji? Bukan hari ini aje, rasa dah banyak kali. Yang sedar sekali dua, yang tak sedar, buat-buat burn ajelah. Tak pernah tepati peruntukan masa, kalau kata habis kul 2, tak pernah jadi kul 2, kul 4 5 ada. 

Cuti sekolah ni memang best sebab saya tak perlu nak fikir anak murid untuk beberapa hari sahaja. Saya tak perlu fikir berapa orang datang sekolah, berapa yang tak datang sekolah, tak datang sekolah sebab apa, buku bawa ke tidak, stokin pakai ke tidak, semua benda-benda dan benda lain tentang anak murid rehat sekejap aje. Perkara-perkara lain? Jangan harap.  

Hari ini, saya janji dengan suami nak balik tengahari. Hari ini, saya perlu ambil bahan untuk website sekolah dan bantu ajar cikgu-cikgu buat vle frog. Semua tu bukan benda mudah. Oleh kerana banyak perkara-perkara tersangkut-sangkut, saya tak perasan jam pukul 3.30 petang. Syok bukan main buat kerja. Bila dah duduk kat sekolah, macam-macam kerja nak buat. Senarai sehari kekadang sampai 20 benda nak buat. 

Jam 4 petang Abe call. Mendengar suaranya yang sayu, tanya jam berapa nak balik. Tadi janji kul 12. Saya terus terdiam. Saya terus pack laptop dan buku masuk dalam bag. Hati seorang isteri, rasa tak senang terus. Rasa gelap aje pandangan depan mata. Meskipun nada suaranya perlahan, hati saya sangat tak keruan. Macam mana dengan hari-hari lain sebelum ni saya lewat? Macam manalah perasaan Abe kan? Selama ini, tak pernah pun sebut. Aduhai, makin kuat debar gelisah di dada. Masalahnya hari ini saya berjanji, kalau tidak tadi, tidaklah saya begini. 

Saya singgah tapau KFC. Sepanjang jalan saya berdoa, semoga perjalanan saya selamat, saya nak balik rumah, saya nak minta maaf sebab saya dah mungkir janji. Hujan renyai-renyai, jalan basah, kenderaan banyak. Alhamdulillah, masuk dalam rumah, suami saya hanya senyum. Katanya, dah kenyang masak nugget Ramli. Saya terus minta maaf, Abe buat-buat merajuk, takpe, saya tahu, Abe maafkan saya. Biarpun sebelum keluar rumah tadi, Abe dah redha dan beri izin pada saya.

Abe tahu, dia beristerikan seorang guru. Itu saya tak perlu nak ingatkan padanya. Saya tahu Abe sangat faham. Walaupun, Abe tak membebel macam saya, bila cakap, 2 3 kali nak ulang. Cakap pun, kadang-kadang nada suara tinggi macam nak cakap dalam kelas. Masakan tanpa redha Abe, banyak benda-benda baik berlaku pada saya tahun ini. Abe juga tahu, bila cuti sekolah akhir tahun, saya akan selalu tiada di rumah. Penuh masa dengan mesyuarat sana sini. Sampaikan, nak amek cuti pun, tunggu masa sama dengan masa saya ada. 

Kadang-kadang Abe selalu cover,  dia kata, dia buat research, baca report sahamlah, baca artikel, bila saya tak ada. Tapi, bila dia pulak tak ada kat rumah, 5 minit aje saya rasa bosan. Rasa macam, apa aku nak buat ni? Rupanya, inilah juga yang Abe rasa.   

Bukan senang suami ingin memahami kerjaya cikgu, kadang-kadang masam muka, nak pergi sana sini, tak boleh, clash dengan ladaplah, kerut-kerut dahi, banyak tanya, itu ini, gaduh-gaduh sayang, 24 jam mesyuarat, taklimat, kursus, ladap, takut pengetua, takut ppd dan sebagainya. Cikgu, ada seribu satu kerja yang tersurat dan tersirat. Tak perlu senaraikan, cikgu-cikgu sendiri tahu dan boleh rasakan. Pada saya, tak apalah kalau tak faham semua perkara. Senyuman di bibir saya, sudah memadai sebagai tanda Abe memahami. 

Saya bukan Khadijah, bukan juga Aishah, malah jauh sangat seperti Sumaiyah. Saya hanya Noor Muslieah, manusia biasa yang ingin jadi luar biasa. Janji saya, buat yang terbaik dalam kerjaya saya. Dan pastikan, Abe redha dalam semua perkara. 

11.14.2015

, , , , , , , , , , , ,

KRABI & TRAVEL TAKAFUL

Selasa baru-baru ni, wife aku pi Krabi dengan dua orang cikgu satu sekolah. Nak jadi kan cerita, dia serah bulat-bulat kepada 'ketua rombogan' untuk book flight. Sebagai suami yang concerned aku tanya dia, "Dah amik Travel Insurance skali tak?"..... nak meletop kepala aku dibuatnya bile dia jawab, "Ya". 

Aduih. Ni la masalahnya. Syarikat perkhidmatan penerbangan ada offer Travel Insurance, tapi dia tak offer option Travel TAKAFUL. So bile wife aku kata ketua rombongan dah amik Travel Insurance dengan pembelian tiket penerbangan, hangin la aku. Bayangkan lah, Travel Insurance ni dah jadi terlalu common, sampai tiket bas ekspress perjalanan di semenanjung pun dah siap masuk charge insurance. 


Kali terakhir aku tengok tiket bas ekspress JB-Shah Alam, rasanya RM0.10 charge insuran

Salah siapa?

Salah Syarikat Takaful la!! Dok riuh pom pang pom pang Insuran Haram la, Insuran adalah Riba, Riba bererti perang dengan Allah la... tapi ape usaha diorang supaya Takaful menjadi alternatif utama kepada Insuran dalam tambang tiket bas dan tambang tiket penerbangan?

Berbalik kepada cerita wife aku tadi. Aku pesan siap-siap, bagitau 'ketua rombongan' untuk tuntut balik refund bahagian duit Travel Insurance yang dia dah bayar. Aku tahu boleh refund sebab Afyan Mat Rawi penah cerita dalam salah satu status FB dia. 

Ape tindakan aku plak untuk 'remedy' situasi ni? Aku telipon Etiqa Takaful. Sebab aku tau Etiqa Takaful ade produk Travel Takaful.


Takaful, Etiqa, Etiqa Travel Takaful
Etiqa Travel Takaful

Satu je slack Etiqa ni, dia jual dua-dua Insuran DAN Takaful, so kalau nak beli either at Maybank branch, Etiqa branch atau over the phone, kena sebut dengan jelas nak TAKAFUL. Dalam kes aku, since aku beli over the phone, aku terpaksa mintak sales agent tu bezakan Insuran dengan Takaful just so that takde insiden "lost in translation" seperti awal tahun baru ni masa aku nak beli Home Content Takaful (kebetulan dengan Etiqa jugak).
So how did the overall process go?
1 - Call Etiqa, Etiqa hantar borang application through email
2 - Print and fill up the form
3 - Get the covered person to sign (in this case Lea)
4 - Scan the document and email them back to Etiqa
5 - Etiqa call kite balik, confirm kan payment details, dan selesaikan akad jual beli
6 - Within 4hours, Etiqa dah email kat aku balik polisi Travel Takaful untuk isteri aku.

Selesai.

Oh by the way, 'ketua rombongan' kata kat wife aku, "Ya, dah beli insuran", tapi dia (ketua rombongan) bukan refer ke Travel Insurance, dia ingatkan wife aku tanya, "Ko dah ada insuran?". Macam-macam jenis sound trouble kat Malaysia ni.



Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com






ps: 4 tahun lalu, pada hari ni, Opah aku meninggal dunia. Aku takkan merasa lagi dah roti canai Opah buat. Al-Fatihah. 


11.01.2015

,

TAJUK 6 - RENEW TESIS LAMA

TAJUK 6 - RENEW TESIS LAMA, tips tulis tesis

Pernah buat research paper masa degree? Atau project paper? Atau apa-apa jurnal yang anda pernah guna research metode. Ingat tak letak kat mana? Pergi cari semula. Boleh jadi boleh buat thesis untuk master anda. 

Kenapa saya cakap macam tu? Sebab ini yang terjadi kepada saya. Dengan izin Allah, SV bantu buka jalan baru di waktu saya stuck dengan research gap untuk skop lama yang saya pilh. 

Sesuatu yang menarik bila SV dah bantu kita kan? Walaupun tidak secara langsung bertentang empat mata, saya tahu SV saya tahu apa yang difikirkan terbaik untuk saya. 

Balik rumah, saya terus cari tesis saya masa degree. Erm, belek-belek teringat kata-kata Prof Madya Dr Ramli Awang masa belajar kat UTM 10 tahun lepas. Tesis degree ni boleh pergi untuk tesis Master. 

Dan, kata-kata itu membuatkan saya termenung panjang. 
,

TAJUK 5 - DAH JUMPA SV?


Dah jumpa SV? Last saya jumpa ialah pada 30 Julai 2015. Masa tu nak hantar proposal MyBrain15. Masa ni, SV saya hanya angguk sahaja apa yang saya dah tulis. Al-maklum, dah siap tulis, apa lagi yang Sv saya nak betulkan pun dah tak sempat. SV hanya ubah sikit lenggok tajuk. 

Kebetulan, semester ni, SV saya mengajar tajuk research metode untuk core subject. Ada kebaikan di situ. Saya boleh belajar dan tambah ilmu banayk untuk perbaiki research project. 

Sebelum ni, saya memang dah ada topik untuk thesis. Topik besar. Setelah berjaya baca 50 (artikel, jurnal dan tesis), saya dah faham lenggok awal kajian saya. 

Last-last, kelmarin, ada pulak perubahan 360 darjah daripada SV saya. Buat saya termenung panjang dan sakit-sakit kepala. Haahahah. Sebeb mungkin saya dah terlalu yakin dengan topik yang saya nak buat. 

Saya tak kecil hati pun. Cuma, betul. Apa-apaun kene jumpa SV dulu. Sebab dia akan bimbing kita fully dari mula sampai akhir. Walaupun SV saya nampak macam garang sangat (air muka kurang senyum), tapi saya yakin SV saya akan bantu, bimbing dan pastikan saya berjaya. 

Dah jumpa SV? Jangan syok sendiri ye.


TAJUK 5 - DAH JUMPA SV?, tesis, tips tulis tesis,