JANJI ISTERI



Makan KFC buka tanda kita kaya, tapi pada saya ia petanda kita sangat miskin. Miskin masa. Saya rasa mak saya kat kampung ialah orang paling kaya. Sebagai isteri mak mampu masak sendiri, taki kira lauk apa, hari-hari. Tapi, mak mesti masak. Mak kaya masa. Saya beli siap-siap, takut-takut Abe kata dia lapar bila saya balik nanti. Balik lambat satu hal, lapar satu hal. 

Ceritanya, hari ini, saya mungkir janji saya sebagai isteri. Nama aje cuti sekolah, saya tetap nak ke sekolah.Yer, semua orang kata cikgu ada 55 hari tak kerja, cuti gaji jalan. Cakaplah apa orang nak cakap, kalau nak mai jadi cikgu. Kalau tak nak diam-diam. 

Saya mungkir janji? Bukan hari ini aje, rasa dah banyak kali. Yang sedar sekali dua, yang tak sedar, buat-buat burn ajelah. Tak pernah tepati peruntukan masa, kalau kata habis kul 2, tak pernah jadi kul 2, kul 4 5 ada. 

Cuti sekolah ni memang best sebab saya tak perlu nak fikir anak murid untuk beberapa hari sahaja. Saya tak perlu fikir berapa orang datang sekolah, berapa yang tak datang sekolah, tak datang sekolah sebab apa, buku bawa ke tidak, stokin pakai ke tidak, semua benda-benda dan benda lain tentang anak murid rehat sekejap aje. Perkara-perkara lain? Jangan harap.  

Hari ini, saya janji dengan suami nak balik tengahari. Hari ini, saya perlu ambil bahan untuk website sekolah dan bantu ajar cikgu-cikgu buat vle frog. Semua tu bukan benda mudah. Oleh kerana banyak perkara-perkara tersangkut-sangkut, saya tak perasan jam pukul 3.30 petang. Syok bukan main buat kerja. Bila dah duduk kat sekolah, macam-macam kerja nak buat. Senarai sehari kekadang sampai 20 benda nak buat. 

Jam 4 petang Abe call. Mendengar suaranya yang sayu, tanya jam berapa nak balik. Tadi janji kul 12. Saya terus terdiam. Saya terus pack laptop dan buku masuk dalam bag. Hati seorang isteri, rasa tak senang terus. Rasa gelap aje pandangan depan mata. Meskipun nada suaranya perlahan, hati saya sangat tak keruan. Macam mana dengan hari-hari lain sebelum ni saya lewat? Macam manalah perasaan Abe kan? Selama ini, tak pernah pun sebut. Aduhai, makin kuat debar gelisah di dada. Masalahnya hari ini saya berjanji, kalau tidak tadi, tidaklah saya begini. 

Saya singgah tapau KFC. Sepanjang jalan saya berdoa, semoga perjalanan saya selamat, saya nak balik rumah, saya nak minta maaf sebab saya dah mungkir janji. Hujan renyai-renyai, jalan basah, kenderaan banyak. Alhamdulillah, masuk dalam rumah, suami saya hanya senyum. Katanya, dah kenyang masak nugget Ramli. Saya terus minta maaf, Abe buat-buat merajuk, takpe, saya tahu, Abe maafkan saya. Biarpun sebelum keluar rumah tadi, Abe dah redha dan beri izin pada saya.

Abe tahu, dia beristerikan seorang guru. Itu saya tak perlu nak ingatkan padanya. Saya tahu Abe sangat faham. Walaupun, Abe tak membebel macam saya, bila cakap, 2 3 kali nak ulang. Cakap pun, kadang-kadang nada suara tinggi macam nak cakap dalam kelas. Masakan tanpa redha Abe, banyak benda-benda baik berlaku pada saya tahun ini. Abe juga tahu, bila cuti sekolah akhir tahun, saya akan selalu tiada di rumah. Penuh masa dengan mesyuarat sana sini. Sampaikan, nak amek cuti pun, tunggu masa sama dengan masa saya ada. 

Kadang-kadang Abe selalu cover,  dia kata, dia buat research, baca report sahamlah, baca artikel, bila saya tak ada. Tapi, bila dia pulak tak ada kat rumah, 5 minit aje saya rasa bosan. Rasa macam, apa aku nak buat ni? Rupanya, inilah juga yang Abe rasa.   

Bukan senang suami ingin memahami kerjaya cikgu, kadang-kadang masam muka, nak pergi sana sini, tak boleh, clash dengan ladaplah, kerut-kerut dahi, banyak tanya, itu ini, gaduh-gaduh sayang, 24 jam mesyuarat, taklimat, kursus, ladap, takut pengetua, takut ppd dan sebagainya. Cikgu, ada seribu satu kerja yang tersurat dan tersirat. Tak perlu senaraikan, cikgu-cikgu sendiri tahu dan boleh rasakan. Pada saya, tak apalah kalau tak faham semua perkara. Senyuman di bibir saya, sudah memadai sebagai tanda Abe memahami. 

Saya bukan Khadijah, bukan juga Aishah, malah jauh sangat seperti Sumaiyah. Saya hanya Noor Muslieah, manusia biasa yang ingin jadi luar biasa. Janji saya, buat yang terbaik dalam kerjaya saya. Dan pastikan, Abe redha dalam semua perkara. 

No comments