11.14.2015

, , , , , , , , , , , ,

KRABI & TRAVEL TAKAFUL

Selasa baru-baru ni, wife aku pi Krabi dengan dua orang cikgu satu sekolah. Nak jadi kan cerita, dia serah bulat-bulat kepada 'ketua rombogan' untuk book flight. Sebagai suami yang concerned aku tanya dia, "Dah amik Travel Insurance skali tak?"..... nak meletop kepala aku dibuatnya bile dia jawab, "Ya". 

Aduih. Ni la masalahnya. Syarikat perkhidmatan penerbangan ada offer Travel Insurance, tapi dia tak offer option Travel TAKAFUL. So bile wife aku kata ketua rombongan dah amik Travel Insurance dengan pembelian tiket penerbangan, hangin la aku. Bayangkan lah, Travel Insurance ni dah jadi terlalu common, sampai tiket bas ekspress perjalanan di semenanjung pun dah siap masuk charge insurance. 


Kali terakhir aku tengok tiket bas ekspress JB-Shah Alam, rasanya RM0.10 charge insuran

Salah siapa?

Salah Syarikat Takaful la!! Dok riuh pom pang pom pang Insuran Haram la, Insuran adalah Riba, Riba bererti perang dengan Allah la... tapi ape usaha diorang supaya Takaful menjadi alternatif utama kepada Insuran dalam tambang tiket bas dan tambang tiket penerbangan?

Berbalik kepada cerita wife aku tadi. Aku pesan siap-siap, bagitau 'ketua rombongan' untuk tuntut balik refund bahagian duit Travel Insurance yang dia dah bayar. Aku tahu boleh refund sebab Afyan Mat Rawi penah cerita dalam salah satu status FB dia. 

Ape tindakan aku plak untuk 'remedy' situasi ni? Aku telipon Etiqa Takaful. Sebab aku tau Etiqa Takaful ade produk Travel Takaful.


Takaful, Etiqa, Etiqa Travel Takaful
Etiqa Travel Takaful

Satu je slack Etiqa ni, dia jual dua-dua Insuran DAN Takaful, so kalau nak beli either at Maybank branch, Etiqa branch atau over the phone, kena sebut dengan jelas nak TAKAFUL. Dalam kes aku, since aku beli over the phone, aku terpaksa mintak sales agent tu bezakan Insuran dengan Takaful just so that takde insiden "lost in translation" seperti awal tahun baru ni masa aku nak beli Home Content Takaful (kebetulan dengan Etiqa jugak).
So how did the overall process go?
1 - Call Etiqa, Etiqa hantar borang application through email
2 - Print and fill up the form
3 - Get the covered person to sign (in this case Lea)
4 - Scan the document and email them back to Etiqa
5 - Etiqa call kite balik, confirm kan payment details, dan selesaikan akad jual beli
6 - Within 4hours, Etiqa dah email kat aku balik polisi Travel Takaful untuk isteri aku.

Selesai.

Oh by the way, 'ketua rombongan' kata kat wife aku, "Ya, dah beli insuran", tapi dia (ketua rombongan) bukan refer ke Travel Insurance, dia ingatkan wife aku tanya, "Ko dah ada insuran?". Macam-macam jenis sound trouble kat Malaysia ni.



Penulis undangan,



M.K. Anwar Rangkuti, AFPM #015579
|| Chief Digital Curator 
|| http://SolidusDenarius.com






ps: 4 tahun lalu, pada hari ni, Opah aku meninggal dunia. Aku takkan merasa lagi dah roti canai Opah buat. Al-Fatihah. 


0 comments:

Post a Comment