11.01.2015

,

TAJUK 5 - DAH JUMPA SV?


Dah jumpa SV? Last saya jumpa ialah pada 30 Julai 2015. Masa tu nak hantar proposal MyBrain15. Masa ni, SV saya hanya angguk sahaja apa yang saya dah tulis. Al-maklum, dah siap tulis, apa lagi yang Sv saya nak betulkan pun dah tak sempat. SV hanya ubah sikit lenggok tajuk. 

Kebetulan, semester ni, SV saya mengajar tajuk research metode untuk core subject. Ada kebaikan di situ. Saya boleh belajar dan tambah ilmu banayk untuk perbaiki research project. 

Sebelum ni, saya memang dah ada topik untuk thesis. Topik besar. Setelah berjaya baca 50 (artikel, jurnal dan tesis), saya dah faham lenggok awal kajian saya. 

Last-last, kelmarin, ada pulak perubahan 360 darjah daripada SV saya. Buat saya termenung panjang dan sakit-sakit kepala. Haahahah. Sebeb mungkin saya dah terlalu yakin dengan topik yang saya nak buat. 

Saya tak kecil hati pun. Cuma, betul. Apa-apaun kene jumpa SV dulu. Sebab dia akan bimbing kita fully dari mula sampai akhir. Walaupun SV saya nampak macam garang sangat (air muka kurang senyum), tapi saya yakin SV saya akan bantu, bimbing dan pastikan saya berjaya. 

Dah jumpa SV? Jangan syok sendiri ye.


TAJUK 5 - DAH JUMPA SV?, tesis, tips tulis tesis,

0 comments:

Post a Comment