Tahun lepas dengan tahun ni, sangat banyak benda yang berubah. dalam masa 23 bulan berada di Selangor, macam-macam benda dah berlalu.
Dalam bulan 8 atau 9 tahun lepas macam tu, saya isi masa saya dengan join orang meniaga. Glamour MLM ni, orang panggil MLM tipu orang. Bila saya join, pandangan saya sedikit berbeza, bab tipu orang tu, ada betul dan ada salah. Pastinya, saya usahakan untuk buat yang betul, bukan yang tipu-tipu.
Dengan modal 50 hinggit, sehingga dapat pangkat yang pertama, durasi 4 bulan tu, macam-macam yang saya belajar. Kerenah group leader, kerenah pembeli, kerenah kawan sepasukan dan kerenah pemalas saya. Ada beberapa perkara yang tak kena dengan jiwa saya. Mungkin sebab, jiwa saya jiwa orang biasa-biasa. Atau mungkin juga, saya tak pandai meniaga barang. Jadi, dengan jadi ahli pasif, saya beri sahaja sapa-sapa nak guna nombor ahli saya untuk beli barang kat sini. Dan masa ni juga saya nampak, sapa kawan, sapa lawan. Sapa yang bersama masa kita nak jatuh, sapa yang tak ada masa kita dah jatuh.
Sekarang saya meniaga juga, meniaga idea dan kemahiran saya. Ternyata, ia lebih membuat jiwa saya bahagia. Yang berubah, saya kenal potensi saya sendiri, saya cabar diri saya sendiri, saya lead diri saya sendiri. Well, walaupun tak lumayan, tapi hasil duit ikut kepala sendiri, apa ada hal.
Awal tahun, saya dapat tawaran sambung master. Ini pun bercinta juga. Kelas hari jumaat waktu petang, saya pula mengajar petang. Apabila terdapat masalah nak pergi kelas, saya nak drop dah master saya, tapi Dr Zaharah kata, "Jangan, awak datang bila presentation dan exam". Begitu juga dengan Ustaz Rahimi, dia memberi peluang kepada saya dengan sebesar-besar peluang.
Ustaz Rahimi bersama pelajar-pelajar lelaki dalam kelas.
Budak berdua yang manja dan comel, Zara dan Suhaida.
Begitu pensyarah UM memberi peluang untuk belajar. Bayangkan macam mana, saya amek master, tapi tak pergi kelas. Hati rasa macam disiat-siat. Tapi, usahakan juga, dengan cara terbaik. Alhamdulillah, semester 1 berakhir dengan baik. Dapat 3 point ke atas, lebih baik dari orang yang selalu datang kelas, ok what???
Saya tekad nak mohon biasiswa. Semoga dengan biasiswa mudah saya ke kelas. Saya cuba HLP dan MyBrain15. Saya masih ingat, ucapan hari akhir dengan kelas Dr Zaharah, saya minta semua doakan saya dapat biasiswa. Masuk semester 2, saya buat gila sikit. Saya tekad habiskan semua CRK saya untuk pergi kelas hari Jumaat. Sebenarnya, saya lambat mendapat kelulusan PJJ kerana beberapa perkara yang tak dapatlah disebutkan di sini. Tak kisahlah kan semua tu. Dan saya tak miss kelas langsung.
Bukan macam tu sahaja saya buat gila. Saya jumpa pengetua dan penolong kanan saya, mereka akan menilai saya. Nampak macam tak penting penialain, buatnya saya nak jadi pengarah, tak ke semua tu penting? Saya relakan diri diberi kerja yang banyak dari Isnin sampai Khamis, tapi Jumaat, berilah saya pergi belajar. Ye, segala tugas yang diberi saya pulun betul-betul. Saya jaga kelas saya betul-betul sampai menang 20 kali terbersih dan terceria. Kalau tak mampu, saya minta beri masa. Lepas daftar dua minggu kelas master, saya berjaya mendapat biasiswa MyBrain15.
Dengan markah prestasi yang memberansangkan, saya cukup-cukup lega.
Rupanya, sumbangan saya ada tempatnya di tempat kerja saya.
Dan apa lagi yang berubah, tak sabar saya nak laluinya. Tahun 2016 ini saya mengharap akan banyak benda baru berlaku dalam hidup saya. Meskipun, kadang-kadang harapan kita tu macam tak logik, tak masuk akal, dan macam tak pernah di buat di dunia ini, tapi saya selalu percaya, orang jujur selalu menang.
Menang cepat atau lambat, itu bukan ceritanya. Tapi, menang dengan cara apa, itulah isinya. May The Force With You.
Kawan-kawan kelas yang sangat memahami - Fazi, Shida dan Kak Long Sharifah.
Ini hidup saya, ini cerita saya.
0 comments:
Post a Comment